Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Gambar Majlis Resepsi Danny X-Factor Kali Ke 3 Posted: 31 Mar 2012 06:49 PM PDT Majlis resepsi perkahwinan Danny atau nama sebenarnya Mohd Khardanie Anwa dengan seorang pramugari bernama Leen buat kali ketiga dah berlangsung di Zebra Square, Jalan Ampang pada 25 Mac lalu. Majlis bekas anggota kumpulan X-Factor ini diadakan bagi memperkenalkan isterinya iaitu Saidatul Fazlin Zakaria atau Leen kepada pihak media dan kenalan rapat yang tidak sempat menghadiri resepsi perkahwinannya di Kelantan pada Oktober lepas. Ternyata benar kerana masih ada keliru sama ada saya sudah berkahwin atau pun tidak? Rasanya tidak terlambat kerana Danny dan isteri baru sahaja berkahwin dalam enam bulan. Untuk info pembaca, Danny dan Leen telah bernikah pada 16 September 2011 tahun lalu selepas beberapa tahun menyulam cinta. Majlis resepsi ini bertemakan perkahwinan ala-Inggeris berikutan dewan yang ditempah memang berkonsepkan demikian dan telah menghantar sebanyak 400 jemputan. Danny memebritahu, kenikmatan berumah tangga sukar diucap dengan kata-kata dan mengakui bahagia berada di samping isterinya. "Alhamdulillahlah perkahwinan saya dengan Leen bahagia dan saya bertuah dapat menjadikan dirinya sebagai isteri," ujar Danny. Ditanya mengenai anak, Danny berkata, buat masa ini dia dan isterinya masih dalam fasa bulan madu dan merancang untuk menimang cahaya mata pada tahun hadapan. "Sekarang tengah "honeymoon" lagi, Insya-Allah tahun depan kami merancang nak dapatkan anak," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Danny memberitahu dia terpaksa mengurangkan aktiviti lakonan kerana sibuk menguruskan acara-acara yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Bagaimanapun dia akan terus berlakon kerana itu adalah minatnya sejak dahulu lagi. "Saya sekarang sudah berkahwin dan tak boleh mengharap kepada berlakon sahaja jadi kena buat pelbagai kerja untuk memastikan ekonomi keluarga bertambah kukuh," katanya. Tags: Artis Berkahwin, Danny X-Factor, GambarClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Drama Bersiri Pesona Kasih Lakonan Maria Farida Posted: 31 Mar 2012 05:43 PM PDT Konflik Seorang Bapa Dalam Drama Bersiri Pesona Kasih Mengisi Slot Arca Di TV1 Kebiasaannya kita berkongsi kisah suka duka seorang ibu dalam membesarkan anak-anak sendiri tanpa kehadiran seorang suami di sisi. Namun menerusi slot Arca yang menemui penonton RTM mulai 5 April 2012, setiap Khamis, jam 10.00 malam di TV1, penonton berkongsi kepayahan dan konflik dihadapi seorang ayah berdepan dengan kerenah lima orang anak lelaki setelah isterinya meninggal dunia. Drama bersiri bertajuk Pesona Kasih sepanjang 13 episod siarannya ini dibintangi oleh Shaharudin Thamby yang membawakan watak utama seorang bapa di samping Syed Aiman, Maria Farida, Shahrul Nizam, Ana Dahlia, Hafiz Halim dan Julia Hana. Kisahnya bermula dengan babak memperkenalkan watak Dr. Adam Jamil, usahawan bio-tech yang sudah lama kematian isteri. Atas dasar setia pada Maria arwah isterinya, Dr. Adam menutup pintu hatinya terhadap wanita. Lantas menghambakan seluruh hidup hanya untuk dua perkara – perniagaan dan anak-anak. Dan kesetiaannya itu dibuktikan melalui sebuah diari hitam yang sentiasa dibawa ke mana-mana. Diari itu mengandungi luahan hatinya di mana ingatan dan kasihnya pada arwah tidak berkurangan walau sedikit pun. Jadi, pada anak-anaklah Dr. Adam berkasih sayang. Namun, dek kerana keterlaluan dan menyayangi dan melindungi mereka, Dr. Adam tidak sedar yang dia telah menjadi seorang bapa yang autokratik. Lantas dia membesarkan dengan pelbagai syarat dan peraturan. Syarat utama, lima beradik itu wajib tinggal sebumbung walau apa pun berlaku. Namun, sayang Dr. Adam lebih kepada anak kedua, Jimmy yang menurut jejaknya sebagai saintis bio-tek. Pada Jimmy diharapkan untuk mengembangkan formula produk kesihatan ciptaannya yang menjadikannya seorang jutawan terkenal. Dan ada satu lagi alasan untuk Dr. Adam terlalu menjaga hati Jimmy. Lima tahun lalu anak ketiganya, Sam, telah merampas kekasih Jimmy, Fiona. Satu tamparan buat Dr. Adam apabila Sam berkahwin dengan Fiona lalu keluar dari rumah untuk tinggal berasingan. Sejak itu, Dr Adam meletakkan satu lagi peraturan kepada anak-anaknya. Tidak seorang pun dibenarkan lagi merampas teman wanita masing-masing. Justeru, apabila anak keempat, Eddy, rapat dengan Sofia, kekasih anak bongsunya, Johan, Dr. Adam mula bimbang. Sam yang kemudiannya hampir bankrap telah kembali ke rumah Dr. Adam atas desakan dan pujuk rayu Fiona dengan Dr. Adam. Sesuatu yang sukar buat Jimmy apabila Fiona, bekas kekasih kini tinggal sebumbung sebagai adik iparnya. Dr. Adam cuba merawat luka Jimmy dengan memperkenalkan beberapa gadis. Sehinggalah muncul Maya, guru tuisyen Dafi, anak Danial. Tetapi Maya jatuh hati pada Dr. Adam. Di saat hati Jimmy terbuka untuk Maya, hati Dr. Adam turut terbuka hati untuk Maya. Dr. Adam yang tidak sedar perasaan Jimmy, mula mendamba kehidupan romantik yang lama ditinggalkan. Terjadilah konflik cinta tiga segi yang rumit dalam diam di bawah satu bumbung. Apatah lagi apabila syarat yang ditetapkan oleh Dr. Adam ke atas anak-anaknya, kini terkena batang hidungnya sendiri. Sanggupkah Dr. Adam berkorban perasaannya? Tags: Drama, Maria FaridaClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |