Adsense

Rabu, 28 Mac 2012

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Sinaran bintang Cristina

Posted:

Sinaran bintang Cristina

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar SHAHRIL AZMAN ZAIN

SAYA begitu ralit melihatnya berbicara. Keramahan dengan orang sekeliling membuatkan sesiapa sahaja berasa selesa di sampingnya.

Butir bicara juga cukup petah seperti bertih jagung. Pantang ada soalan, jawapan yang dibalas cukup bernas dan telus. Tiada apa yang perlu diselindung katanya.

Begitu juga dengan penggunaan nama sekarang ini. Jika dahulu, peminat hiburan tempatan mengenalinya sebagai Kris Cempaka tetapi katanya, dia mahu menyimpan nama itu dalam lipatan sejarahnya.a

"Saya menghargai jasa Rosyam Nor yang mencadangkan saya menggunakan nama itu sewaktu menyertai program Pilih Kasih musim kedua, tahun lalu.

"Tetapi selepas setahun dan kerjaya saya pun semakin berkembang baik, adalah lebih baik saya menggunakan nama saya sendiri untuk mengukuhkan lagi kedudukan di persada seni.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Cinta Aiman, Izara disokong 4.5 juta orang

Posted:

Cinta Aiman, Izara disokong 4.5 juta orang

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar IRWAN MAJID


(Dari kiri) Izara, Aiman dan Iqram Dinzly sewaktu menonton episod akhir Vanila Coklat di sebuah restoran di ibu negara baru-baru ini .


SERBA salah Aiman apabila ada pihak mendakwa dia sudah mula besar kepala gara-gara namanya semakin dikenali kerana populariti drama bersiri Vanila Coklat.

Aiman Hakim Ridza Abdoh yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti Mentor juga dikatakan sukar memberi kerjasama pada pihak media.

Meski kecewa dengan tuduhan yang tidak berasas itu, Aiman menjelaskan yang dia masih lagi Aiman yang dikenali sewaktu awal pembabitan.

"Tidak ada apa yang berubah pada diri Aiman. Nak kata Aiman sombong, jauh sekali. Cuma sekarang ini Aiman banyak mengejar masa kerana terikat dengan jadual lakonan.

"Disebabkan sibuk dengan penggambaran, Aiman tidak berani untuk membuat temu janji dengan pihak media. Nanti kalau sudah dibuat dan dibatal saat akhir, timbul cerita lain pula. Jadi biarlah Aiman betul-betul free barulah buat temujanji," katanya terus terang.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.