Adsense

Rabu, 28 Mac 2012

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Model Kereta Proton P3-21A adalah Proton PREVE

Posted: 28 Mar 2012 07:52 AM PDT

Semenjak perlancaran Kereta Proton P3-21A, ramai mula menyukai model proton baru ini. Akhirnya name model yang selama ini dinanti-nantikan telah di rasmikan sebagai PROTON PREVE. Bermakna to PROVE / PROFF dalam Bahasa Inggeris.








Dengan tagline Drive it to belive it, ia pastinya membawa satu dimensi baru untuk model Proton. Kita nantikan pelancaran rasminya yang dijangka pada awal atau minggu kedua bulan April 2012.

Gambar Anak Perempuan Datuk Yusof Haslam Sosial?

Posted: 28 Mar 2012 07:26 AM PDT

Apakah perasaan anda apabila melihat anak perempuan anda bersosial tidak tentu pasal tanpa pengetahuan anda sebagai ibubapa. Gambar ini telah tersebar meluas di internet berhubung kisah ranjau perjalanan hidup anak perempuan dan dipercayai anak seniman jutawan tanah air (AnakPerempuan Datuk Yusof Haslam). Khabarnya gambar ini diambil ketika berada di Australia.

Anda tengok lah sendiri dan apa komen anda? Mengapalah bila anak anak melayu kita ke negara orang mesti lupa diri?







Adakah gambar disebelah itu gambar teman lelakinya?

GAMBAR dan Video : Nur Amalina Che Bakri Seksi Pelajar SPM 17A1

Posted: 28 Mar 2012 01:37 AM PDT

Sejak akhir akhir ini timbul isu Nur Amalina Che Bakri pelajar genius yang pernah memperolehi keputusan SPM 2004 dengan 17A1 telah menimbulkan kontroversi

Turut heboh di laman blog twitter, facebook dan banyak lagi media elektronik internet kecoh pasal gambar Nur Amalina Che Bakri Seksi tanpa bertudung.

Sepintas lalu Pelajar ini telah menjadi idola anak-anak muda sekarang dalam mengejar kejayaan dalam akademik sehinggakan beliau telah di anugerahkan Maulidurrasul suatu ketika dahulu.





Punca kontroversi tersebut adalah berkenaan gambar-gambar beliau yang agak keterlaluan ketika berada di UK.Khabarnya semua gambar yang diperolehi diambil dari laman sosial facebook beliau tetapi kini laman facebook beliau telah dipadamkan untuk tatapan semua.

Dibawah ini beberapa gambar yang sempat kami perolehi ketika dia dianugerahkan sijil dan yang dikatakan milik pelajar genius tersebut.

Apa komen anda?










Awal Ashaari dan Scha al Yahya berkahwin 4 Mei 2012

Posted: 27 Mar 2012 11:30 PM PDT

Pasangan kekasih Awal Ashaari dan Scha al Yahya telah memilih 4 Mei 2012 sebagai tarikh keramat untuk mereka disatukan bergelar Suami Isteri. Perkahwinan tersebut akan dibuat di Hotel Pullman, Putrajaya. Apa yang menariknya perkahwinan mereka ini, Awal Ashaari awal awal lagi sudah mengenakan syarat terhadap Scha Al Yahya, khususnya bagi menjaga nama baik rumahtangga mereka.

Mengikut sumber mStar, Awal mengenakan syarat selepas kahwin kepada Scha seperti

- menjaga nama baik suami/keluarga mertua,
- dilarang memeluk lelaki ketika adegan berlakon,
- selaku suami isteri, kenala tidur bersama walau apa jua keadaan.
- scha kena pulang rumah sebelum jam 12 malam

Syarat - syarat yang disebutkan adalah satu syarat wajib diikuti sebagai syarat seorang suami kepada isterinya. Bagaimanapun, pelakon Aku Bukan Tomboy ini tidak kisah dengan syarat itu memandangkan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mematuhi kata suami.


"Hahaha! Saya pun tak tahu yang dia mahu saya lebih memilih watak selepas berkahwin nanti. Bagaimanapun itu bukannya satu masalah pun.

"Sebagai isteri, saya perlu mengikut kata-katanya nanti. Cuma saya harap, Awal dapat menjaga saya seperti mana dia menjaga keluarganya,"

Pasangan tersebut akan melangsungkan pernikahan mereka pada 4 Mei depan di Hotel Pullman, Putrajaya.

Majlis resepsi kedua-dua mempelai pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 6 Mei 2012.


Pada peminat peminat yang ingin mengikuti perkembangan mereka, datang lah beramai ramai dilokasi pada hari tersebut.

Blog Ekslusif PAPAGOMO Top 5 Di Malaysia

Posted: 27 Mar 2012 08:15 PM PDT

Blog yang penuh dengan Kontroversi dan Spekulasi dengan cerita cerita Politik 90% telah menerima tamparan hebat dari Ahli Ahli Politik di Malaysia, ada yang mengatakan PAPAGOMO di lindungi oleh Ahli Politik yang besar dan ada mengatakan Blog PAPAGOMO dijalankan secara personal. Isu terbaru di Blog PAPAGOMO berkenaan SAMAN MENYAMAN. Tapi hari ini saya bukan ingin memberikan pandangan kepada BLog PAPAGOMO tetapi ingin menceritakan TOP 10 Populari Blog Malaysia di Search Engine.


CARIAN PALING TINGGI MELALUI GOOGLE SEARCH | Google search sememangnya memberikan jumlah trafik yang cukup lumayan jika kena pada caranya. Namun bukan mudah untuk target sesuatu keyword atau SEO melalui carian google melekat pada blog kita. Namun bagi mereka yang tersenarai dibawah, nama blog pun sudah cukup untuk dijadikan modal keyword. Nama blog mereka ini menjadi carian utama kategori blog Malaysia yang mendapat carian tertinggi dalam google search. Google Malaysia telah menyenaraikan 10 Blog paling kerap dicari di Malaysia.

Berikut adalah senarai Top 10 Blog Malaysia 2011 mengikut carian Google :

1. Blog Serius
2. Beautifulnara
3. Papagomo
4. Jejariruncing
5. Honeykoyuki
6. Oh Bulan
7. Kari Ngeri
8. Malaymoviesfull
9. MyResipi
10. IniBelogSaya

Kepada laman- laman Blog yang masih belum tersenarai jangan kecewa, usaha lagi, pastinya kejayaaan akan menyunsul di kemudian hari. Yang Paling penting setiap isi kandungan haruslah uniq content, pasti akan diperhatikan oleh Google Search Engine. Tak mustahil 2012 nama blog anda tersenarai dalam senarai Top 10 Blog Malaysia 2012 mengikut carian Google! Semoga Berjaya!

Gambar Artis Sedia Dedah Rahsia Di 'Bilik 7'!!

Posted: 27 Mar 2012 07:20 PM PDT

Bila dengar sahaja Artis Sedia Dedah Rahsia di Bilik 7 teruja sungguh nak tau lebih lanjut, apakah yang dimaksudkan Bilik 7. Apa yang dimaklumkan Bilik 7 ialah satu bilik yang mengurung artis untuk membongkarkan segala rahsia mereka secara umum. Ini cukup menarik.

Dengan cara ini peminat peminat akan mengetahui perkara sebenar daripada masing masing asyik menafi sesama sendiri. Sampai bila pun isu semasa tersebut tidak akan selesai.

Pada pandangan saya, Bilik 7 ini pastinya akan menjadi rancangan hot dan akan ditunggu tunggu oleh semua peminat di tanah air untuk mengetahui gossip gossip liar dan semasa.



PETALING JAYA: Pelakon kontroversi Zarina Anjoulie percaya pendedahan dan pengakuan selebriti mengenai cerita-cerita sensasi mereka dalam program terbaru Bilik 7 di ntv7 adalah hidangan yang dinantikan oleh peminat hiburan tanah air.

Zarina berkata ia disebabkan mentaliti dan sikap semula jadi masyarakat khususnya penonton Melayu sememangnya menggemari dan teruja untuk mengetahui kisah-kisah panas artis.

"Sebab itu saya yakin Bilik 7 akan menawarkan satu bentuk hiburan yang digemari oleh masyarakat kita.

"Sama ada kita mahu terima atau tidak, cerita panas artis adalah bahan yang mendapat respons yang baik daripada khalayak.

"Apatah lagi pendekatan program ini mendedahkan pengakuan jujur artis dalam menjawab sesuatu isu yang berkaitan," katanya.




'Bilik 7' mendedahkan pengakuan jujur artis dalam menjawab sesuatu isu yang berkaitan.
Zarina merupakan salah seorang daripada 13 selebriti yang bakal dipaparkan dalam program tersebut.

Bilik 7 yang bersiaran sebanyak 13 episod itu akan mula ditayangkan pada 5 April depan pada setiap Khamis bermula pukul 9 malam di ntv7.

Mengulas lanjut, Zarina berkata dia tidak melihat konsep program itu sebagai sesuatu yang mengaibkan golongan artis, sebaliknya ia adalah ruang terbaik untuk membuat pendedahan daripada mulut artis itu sendiri.
"Ia bukan membuka pekung atau memburukkan nama artis. Bagi saya, Bilik 7 memberikan pengalaman dan peluang yang baik kepada artis untuk meluahkan sesuatu kebenaran terhadap kontroversi yang tercetus.
"Saya melihat program ini sebagai platform yang telus dan berani buat artis mendedahkan kebenaran bagi sesuatu kontroversi itu daripada mulut kami secara rela dan ikhlas," katanya

Zarina merupakan salah seorang daripada 13 selebriti yang bakal dipaparkan dalam program tersebut.

Bilik 7 yang bersiaran sebanyak 13 episod itu akan mula ditayangkan pada 5 April depan pada setiap Khamis bermula pukul 9 malam di ntv7.

Mengulas lanjut, Zarina berkata dia tidak melihat konsep program itu sebagai sesuatu yang mengaibkan golongan artis, sebaliknya ia adalah ruang terbaik untuk membuat pendedahan daripada mulut artis itu sendiri.

"Ia bukan membuka pekung atau memburukkan nama artis. Bagi saya, Bilik 7 memberikan pengalaman dan peluang yang baik kepada artis untuk meluahkan sesuatu kebenaran terhadap kontroversi yang tercetus.

"Saya melihat program ini sebagai platform yang telus dan berani buat artis mendedahkan kebenaran bagi sesuatu kontroversi itu daripada mulut kami secara rela dan ikhlas," katanya.

Dalam pada itu, penerbitnya Engku Azmin Engku Zaini berkata program tersebut mampu menarik minat dan tumpuan penonton kerana kelainan pada konsep dan paparannya.

"Kami bukan mahu mengambil kesempatan daripada golongan artis dengan menjadikan kontroversi mereka untuk tarik penonton.

"Sebaliknya, Bilik 7 wajar dilihat sebagai pengajaran dan mesej kepada penonton daripada kisah atau kesilapan yang didedahkan oleh artis itu sendiri," katanya.

Selain Zarina, 12 lagi selebriti yang bakal berkongsi pendedahan mereka bersama hos Richie Rachman adalah Azwan Ali, Radhi OAG, Lisdawati, Raja Azmi, Pian (Cecupak), Johan Asa'ri, Melia Aimiellia, Mawi, Natasha Hudson, Ayu Damit dan Gambit Saifullah.

credit mStar Online