OHBULAN! |
Liyana Jasmay Sah Bertunang, Bakal Bernikah Pada 24 Januari 2013 Posted: 28 Mar 2012 06:43 AM PDT Pelakon popular, Liyana Jasmay, 24 mengikat tali pertunangan bersama Fathuddin Mazlan, 28 di kediamannya bertempat di Kemensah Height, KL, malam tadi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diiringi dengan ucapan perbincangan oleh bapa saudara yang mewakili bapa pihak lelaki, Datuk Abdul Rauf. Pihak lelaki menghantar 5 hantaran berupa set wangian Gucci Guilty, set telekung, sebentuk cincin, sirih junjung dan cupcake. Hantaran tersebut turut diiringi dengan hiasan tepak sirih sebagai tanda mengikut adat. Manakala, pihak wanita membalas 7 hantaran berupa senaskah Al-Quran, set butang baju melayu, sebijik kek, sehelai kain samping, biskut, pewangi berjenama Dunhill dan cupcake. Majlis kemudiannya disusuli dengan adat menyarung cincin dimana Liyana Jasmay tampil anggun dalam persalinan Rizman Ruzaini yang bernilai RM 10000. Kedua-dua pihak keluarga bersetuju menetapkan tarikh pernikahan berlangsung pada 24 Januari 2013. |
Drama : Cinta Nur Fathia Ditentang Bapa Kekasih Posted: 28 Mar 2012 03:21 AM PDT Sesungguhnya setiap percintaan mempunyai kisah tersendiri dan jika tidak mendapat restu dari ibu bapa, itulah lumrah yang harus dilalui oleh pasangan kekasih dengan tabah. Begitulah suratan yang harus dilalui Iman Mutiara dan Ihsan Shafik sebelum ibu bapa mereka akur akan takdir yang menyatukan mereka tidak kira apa yang dilakukan oleh Azlin dan Zafrul. Menyusuli drama siri Pelangi Kasih, sebuah lagi drama baru mengisi slot Samarinda iaitu "Mahabbah", memaparkan kisah pasangan kekasih, Iskandar dan Sabila yang menyintai antara satu sama lain semenjak mereka di universiti lagi. Selepas menamatkan pengajian, Iskandar berhasrat untuk menikahi Sabila namun hasrat itu mendapat tentangan hebat daripada bapanya iaitu Tan Sri Sabri. Drama bersiri 25 episod terbitan Asia Media Content telah membuka tirainya pada 27 Mac 2012 dan bersiaran setiap hari Selasa dan Rabu pada jam 10.30 malam manakala pada hari Khamis jam 9.30 malam. Drama yang diarahkan oleh Jamal Khan (sebelum ini pernah mengarah drama untuk slot Samarinda, "Sahara" dan drama slot Seram, "You Saka Pergi Jauh-Jauh") dan nukilan skrip oleh Zarihah Hassan membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Azlee Khairi, Nur Fathia Latiff, Dato' Jalaludin Hassan, Aida Aris, Fazlina Ahmad Daud, Aiman Hakim Ridza, Anzalna Nasir dan ramai lagi. Mahabbah membuktikan setiap insan mempunyai persepsi tersendiri mengenai cinta. Tan Sri Sabri (Dato' Jalaludin Hassan) menganggap sebuah perkahwinan itu tidak seharusnya berlandaskan cinta semata-mata, malah harus berlandaskan legasi perniagaan. Tan Sri Sabri menganggap Sabila (Nur Fathia Latiff) tidak layak untuk menjadi menantunya, malah merasakan Sabila adalah pesaingnya yang akan mempengaruhi hidup Iskandar. Dia merasakan hubungan itu perlu dihalang dan memaksa Iskandar (Azlee Khairi) untuk membuat pilihan, samada keluarga atau Sabila. Walau apapun rintangan yang datang menguji, cinta Iskandar terhadap Sabila melebihi dari segalanya. Iskandar tetap dengan pendiriannya untuk berkawin dengan Sabila. Sesungguhnya, takdir menyebelahi Iskandar dan hajat untuk berumahtangga bersama Sabila menjadi kenyataan. Selepas berkahwin, mereka dianugerahkan cahaya mata yang bernama Asyraf. Meskipun kehidupan Iskandar bahagia di samping keluarga tersayang, namun di sebalik kebahagian itu dia terpaksa menanggung derita akibat daripada penyakit kanser yang dihadapinya. Iskandar cuba menyembunyikan penyakit kanser yang dialaminya dari pengetahuan Sabila. Namun begitu penyakitnya itu bertambah teruk sehingga menyebabkan dia pengsan. Iskandar dikehendaki untuk menjalani pembedahan dan ini memaksa meminta pertolongan dari bapa mertuanya. Tan Sri Sabri bersetuju untuk menghulurkan bantuan tetapi mengenakan syarat supaya Sabila meninggalkan Iskandar dan Asyraf. Sabila bersetuju untuk menuruti syarat bapa mertuanya itu dan meninggalkan Iskandar sejurus pembedahan dilakukan. Berbulan lamanya Iskandar menanti kepulangan Sabila. Namun penantian itu berakhir dengan kehadiran surat cerai daripada Sabila. Sabila terpaksa menipu dengan memberi alasan bahawa dia ingin kembali ke pangkuan bekas kekasihnya. Tan Sri Sabri berusaha untuk menjodohkan Iskandar dengan pilahannya, Kartina (Anzalna Nasir). Selepas beberapa tahun, Iskandar menjumpai Sabila menerusi majalah sebagai pereka fasyen yang berjaya. Asyraf disahkan mempunyai masalah lemah jantung dan memerlukan penderma. Sejurus Sabila mengetahui mengenai penyakit yang dialami oleh Asyraf, dia terus datang untuk menghulurkan bantuan. Pada masa yang sama, Iskandar ingin mengetahui kebenaran daripada Sabila. Berjayakah Iskandar mendapat kebenaran yang bertahun lamanya disembunyi oleh Sabila? Adakah kepulangan Sabila akan mengubah segala-galanya? Berjayakah Iskandar dan Sabila mengecapi kebahagian yang pernah punah sebelum ini? Ingin mengetahui apakah yang berlaku seterusnya? |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |