Adsense

Rabu, 28 Mac 2012

Celebrity News

Celebrity News


Siapa Kita Didunia Ini !

Posted: 28 Mar 2012 10:37 AM PDT

ღ Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu impikan, semoga Dia menghadirkan seseseorang yang MENGIMPIKANMU..

ღ Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan, semoga Dia menghadirkan seseorang yang MERINDUKANMU..

ღ Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu dambakan, semoga Dia memberimu seseorang yang MENDAMBAKANMU..

ღ Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai, semoga Dia menghadirkan seseorang yang MENCINTAIMU..

Yang bukan HANYA kerana apa yang ada PADAMU tetapi apa adanya DIRIMU..semoga ALLAH memberikan kita yang TERBAIK dengan segala keindahan hati & KETAQWAANNYA, insyaAllah…
>_< ♥




Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Zarina Anjoulie Buka Rahsia Dalam Rancangan Bilik 7

Posted: 28 Mar 2012 08:14 AM PDT

ZoOM tidak pasti samada rancangan ini memberi kebaikan atau keburukan kepada artis yang sebelum ini pernah menimbulkan konterversi di Malaysia khususnya dalam bidang hiburan. Kisah terbaru mengenai Zarina Anjoulie yang merupakan salah seorang artis yang menjadi tetamu dalam program Bilik 7 di NTV7.


Sungguh berani artis-artis kita melebarkan gossip panas yang kadang-kadang menjadikan mereka popular sekelip mata walaupun bakat tidak mencapai tahap yang diperlukan.


Ramai diantara anda sudah mengenali artis bernama Anjoulie ini, dan apa yang ingin ZoOM kongsi bersama ialah mengenai penglibatan beliau secara langsung dengan program ini. Dan berikut adalah jawapan beliau ketika ditanya oleh wartawan :



Zarina berkata ia disebabkan mentaliti dan sikap semula jadi masyarakat khususnya penonton Melayu sememangnya menggemari dan teruja untuk mengetahui kisah-kisah panas artis.
"Sebab itu saya yakin Bilik 7 akan menawarkan satu bentuk hiburan yang digemari oleh masyarakat kita. 
"Sama ada kita mahu terima atau tidak, cerita panas artis adalah bahan yang mendapat respons yang baik daripada khalayak.
"Apatah lagi pendekatan program ini mendedahkan pengakuan jujur artis dalam menjawab sesuatu isu yang berkaitan," katanya.

Mengulas lanjut, Zarina berkata dia tidak melihat konsep program itu sebagai sesuatu yang mengaibkan golongan artis, sebaliknya ia adalah ruang terbaik untuk membuat pendedahan daripada mulut artis itu sendiri.
"Ia bukan membuka pekung atau memburukkan nama artis. Bagi saya, Bilik 7 memberikan pengalaman dan peluang yang baik kepada artis untuk meluahkan sesuatu kebenaran terhadap kontroversi yang tercetus. 
"Saya melihat program ini sebagai platform yang telus dan berani buat artis mendedahkan kebenaran bagi sesuatu kontroversi itu daripada mulut kami secara rela dan ikhlas," katanya

Dan diantara12 artis yang bakal tampil dalam program ini ialah :

Azwan Ali, Radhi OAG, Lisdawati, Raja Azmi, Pian (Cecupak), Johan Asa'ri, Melia Aimiellia, Mawi, Natasha Hudson, Ayu Damit dan Gambit Saifullah.
 AZWAN ALI
 RADHI OAG
RAJA AZMI
MELIA AIMELIA






Info : Anda boleh menonton secara live di : www.tonton.com.my


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Update : 2 Gambar Terbaru Majlis Pertunangan Liyana Jasmay Dan Tunang Fathuddin

Posted: 28 Mar 2012 07:47 AM PDT

Berikut adalah gambar pertunangan Liyana Jasmay dengan pasangannya Fathuddin di kediamannya di kediamannya di Kemensah Height. Nampak bahagia pasangan ini, bilalah ZoOM dapat jumpa Liyana ni yer...artis lain dah puas dan boring tengok...Mesti dia ni comel macam dalam cerita janji2 tu kan :)
APA KOMEN ANDA ?
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Terkini : Gambar Majlis Pertunangan Liyana Jasmay & Fathuddin Mazlan

Posted: 28 Mar 2012 07:36 AM PDT



Majlis Pertunangan pelakon dan penyanyi , Liyana Jasmay (LJ), 24, dengan jejaka pilihannya, Fathuddin Mazlan telah berlangsung kira-kira pukul 9.00malam tadi. Tarikh 28 Mac 2012 menjadi pilihan kepada pasangan itu kerana ia merupakan tarikh ulangtahun kelahiran LJ yang ke 24 tahun.

Pada majlis itu, upacara menyarungkan cincin pertunangan telah disempurnakan oleh ibu Fathuddin, Puan Hajah Jamilah disaksikan ahli keluarga terdekat.

Liyana Jasmay mengenakan sepasang persalinan berwarna putih gading pada majlis pertunangannya itu. Pakaian bertunangannya itu dianggarkan berharga RM10,000, direka oleh Rizman Ruzaini dan ia berkonsep gaun Puteri Diraja Inggeris menggunakan fabrik 'Valentino Lace'.

Pelakon Liyana Jasmay membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan Fathuddin Mazlan,28, yang juga seorang ahli perniagaan pada Januari tahun depan selepas menamatkan kursus jangka pendeknya di New York, Amerika Syarikat (AS).


Sumber : Gua Online







ZoOM : Tahniah dan kalau ada rezeki dan dipanjangkan umur...cepat-cepatlah kahwin ye....!!! suka tengok lakonan Liyana Jasmay dalam drama Janji..Janji tu :)




Apa KOmen Anda ?


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Artis Dibunuh Kerana Dituduh Ingin Mencuri Harta Suami

Posted: 28 Mar 2012 07:26 AM PDT

Kerana tidak mempercayai diantara satu sama lain menyebabkan hubungan yang berlandaskan percintaan dan kasih suci akhirnya berakhir dengan kisah berdarah. Walaupun perjalanan hubungan yang sah disulam dengan kemas dan indah, namun dipertengahan jalan benang-benang halus menjadi penghalang sehinggakan terputus dan malahan mengaliran sejarah yang tidak dapat dilupakan. 

Dan kisah ini berkait dengan apa yang berlaku di China, kisah bagaimana seorang artis dibunuh oleh suami kerana salah faham, dan berikut berita dan cerita yang ZoOM baca (Hanya berkongsi je tau ) :

BEIJING: Aktres China Bai Jing dibunuh suaminya ekoran satu pertengkaran yang berlaku Selasa lalu di kediaman mereka di daerah Chaoyang di bandar raya ini.
Suaminya, Zhou Chenghai, 44, menikam Bai Jing sebelum membunuh diri, lapor media China.
 
Aktres berusia 29 tahun itu telah membintangi filem "Kung Fu Wing Chun", "Three Kingdoms: Resurrection of the Dragon" dan puluhan filem lagi, siri televisyen seperti "Legend of Xiangxi", selain drama kanak-kanak dan rancangan muzikal. Dia dipuji sebagai pengganti kepada Michelle Yeoh dan hingga kini adalah bintang kung-fu wanita China paling terkenal 
Berita kematiannya dihebah kali pertama kira-kira jam 3 petang di Sina Weibo - Twitter versi China oleh pengurus besar agensi hiburannya, Ju Chunlei.
Ju berkata, pembunuhan dan bunuh diri itu berlaku ekoran pertengkaran yang sudah lama tercetus antara pasangan itu dan kematian ibu Zhou pada 31 Januari lalu menjadi punca terakhir dalam hubungan bermasalah antara kedua-duanya.
Ju enggan memberikan maklumat lanjut tetapi menurut akhbar China, Legal Evening News, Zhou bersemuka dengan Bai selepas menerima tuntutan perceraian pagi Selasa lalu.

Petisyen perceraian itu menyatakan Bai tidak tahu mengenai perkahwinan terdahulu Zhou dan anak lelaki yang dimiliki serta menuduhnya berlaku curang.
Zhou dikatakan seorang bilionair yang memperoleh kekayaan daripada pasaran saham dan hartanah. Dia juga mempunyai seorang anak lelaki daripada perkahwinan dengan isteri pertama yang diceraikannya untuk bersama Bai. Laporan berita menyatakan Zhou melaburkan sejumlah besar wang dalam karier lakonan Bai dan mereka akhirnya berkahwin pada Oktober 2010.

Awal tahun ini, satu sumber mendakwa Bai bersubahat dengan teman lelakinya dalam plot untuk mencuri 20 juta yuan (RM9.5 juta) daripada Zhou dan mengupah pelacur untuk menggodanya supaya aktres itu dapat menuntut cerai dan memperoleh lebih banyak wang.
Khabar angin mendakwa ibu Zhou "mati akibat berang" awal tahun ini selepas mendapat tahu mengenai hal itu.
Pengarah Zhang Tongzhu yang pernah bekerja dengan Bai berkata, khabar angin itu tidak benar. Dalam fikiran saya, Bai seorang perempuan yang lurus dan rajin bekerja," katanya.
ZoOM : Apa Komen Anda ?


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Dewi Persik atau Depe Berlakon Dengan Rowan Atkinson (Mr Bean)

Posted: 28 Mar 2012 06:58 AM PDT


Pelawak terkenal siri komedi "Mr Bean", Rowan Atkinson bakal terjun ke dunia perfileman Indonesia apabila dia akan bergandingan dengan aktres jelita Indonesia Dewi Persik (Depe) dalam sebuah filem seram terbaru Depe.

Depe nyata gembira kerana berpeluang berlakon dengan pelawak terkenal Rowan Atkinson.
"Ya, sekarang ini saya tengah buat penggambaran untuk filem terbaru. Alhamdulillah saya berkesempatan untuk berlakon bersama dengan Rowan Atkinson,"ujar bekas isteri Saipul Jamiell kepada KapanLagi.Depe turut memberitahu bahawa filem ini akan diberi judul "Mr Bean Kesurupan Depe". 
"Dalam filem ini nanti, Rowan memegang watak sebagai pocong. Kebetulan anak saya, Gabriel sangat suka pada Rowan. Jadi ini adalah peluang untuk saya berlakon bersama dia,"kata Depe.

Sementara itu, ketika Depe ditanya tentang berapa jumlah bayaran yang dikeluarkan penerbit filem, KK Dheraj untuk mendapatkan Rowan Atkinson untuk ke dunia filem Indonesia, Depe enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

ZoOM : Entah berapalah jumlah bayaran yang diberi kepada pelakon lawak terkenal ini. ZoOM   teka mesti berjuta-juta yang ditawarkan sehingga Rowan Atkinson sanggup berlakon di seberang. Pengarah dan penerbit di Malaysia bila pula !!!!?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Hollywood : Lindsay Lohan kantoi melakukan hubungan seks dengan pelakon porno

Posted: 27 Mar 2012 08:55 PM PDT

Setelah terlibat pergaduhan dengan lelaki yang dituduh memukul keretanya dalam kemalangan langgar lari, ketika ini Lindsay Lohan dikenakan tuduhan baru. Seperti dipetik laman sebuah akhbar luar negara, seorang bintang porno mengaku di sebuah acara radio telah berhubungan seks dengan pelakon berusia 25 tahun itu.

Alex Torres mengaku melakukan malam ghairah itu ketika ayah Lindsay berada di rumah. Lelaki yang terkenal dengan panggilan Voodoo itu tampil di acara The Jim Richards pada program Newstalk 1010 di Toronto.


Ketika Richards meminta pendapat Torres mengenai Michael Lohan, bintang porno itu berkata,"Tanyakan kepada Michael apakah dia tahu tentang kejadian pada malam hari saya bersama anaknya ditingkat atas rumahnya."


Torres juga menambah bahawa Lindsay Lohan telah membayarnya diatas hubungan seks itu dan ramai juga selebriti Hollywood turut menggunakannya dengan harga tinggi.

Hal ini bukan pertama kalinya pelakon porno itu mengundang kontroversi. Dia pernah dipecat dari pekerjaan part time sebagai instruktur payung terjun pada Oktober tahun lalu kerana menggunakan fasiliti penerbangan untuk membuat rakaman seks.

Nampaknya tuduhan ini juga dibuat kerana Lindsay dikhabarkan menjalin hubungan dengan fotografer Terry Richardson.



ZoOM : Lantak ko la Lindasayyyyy....!! Jangan berlaku dekat artis kita sudahlah...!!

Apa Komen anda ?


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Pelakon Gerak Khas,Farid Amirul Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Posted: 27 Mar 2012 08:43 PM PDT

Pelakon drama bersiri Gerak Khas, Farid Amirul Hisham Wu Abdullah yang dikenakan waran tangkap kerana gagal hadir dalam prosiding rayuan di Mahkamah Rayuan, dibebaskan dengan jaminan RM20,000 hari ini sementara menunggu rayuan pendakwa raya, esok.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan pelakon itu dibebaskan dengan seorang penjamin selepas membenarkan permohonannya.


Farid Amirul yang lebih dikenali dengan panggilan "Detektif Lim" ditangkap sepasukan polis di Tambun, Ipoh, Perak pada Jumaat lalu ekoran waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Disember tahun lalu kerana gagal hadir dalam prosiding rayuan pendakwa raya.


Dia ditangkap hasil maklumat orang ramai ketika terlibat membantu krew sebuah produksi menjalani pengambaran di negeri itu. Dia ditempatkan di lokap selama empat hari sebelum dibawa ke mahkamah hari ini.


Pendakwa raya merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Farid Amirul daripada hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 atas kesalahan mencuri buku, selepas membenarkan rayuannya pada 24 September 2010.



ZoOM : Sedih apabila membaca kisah seorang artis yang berpengalaman dan mempunyai karisma tersendiri.Semoga beliau tidak didapati bersalah.



Apa komen anda ?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Picture Marilyn Monroe that not have been witnessed before

Posted: 27 Mar 2012 08:39 PM PDT


Gambar menawan Marilyn Monroe yang dipercayai diambil oleh make-up artisnya ketika dia berehat, di set filem, telah muncul untuk dijual. Arkib daripada Allan 'Whitey' Snyder adalah luar biasa dan ianya bukan bertujuan untuk penerbitan.
Gambar-gambar yang dipercayai belum pernah disaksikan oleh umum itu menunjukkan imej-imej Monroe ketika berusia 27 tahun. Dia adalah simbol seks ketika itu. Gambar-gambar itu telah diambil didalam filem 1953 movie Niagra, peranan pertamanya sebagai pelakon utama.



Niagara Falls boleh dilihat di latar belakang gambar-gambar itu.

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Kini Abby Abadi Bertudung | Gambar Abby Abadi Bertudung atau Hijab

Posted: 27 Mar 2012 08:29 PM PDT

Sekembalinya daripada mengerjakan umrah pada 26 Mac lalu, pelakon popular Abby Abadi mengambil keputusan untuk terus berhijab. Katanya, keputusan untuk bertudung bukan kerana sudah mengerjakan ibadat umrah, tetapi menyedari ia adalah tuntutan sebagai seorang muslimah.
"Alhamdulillah, apa yang saya lakukan ini semuanya kerana Allah SWT. Ikutkan niat untuk bertudung sudah lama, Cuma saya tidak mahu lakukan atas desakan orang lain. Saya mahu perubahan itu biarlah daripada hati saya sendiri. Dan bila berada di sana, saya terbuka hati untuk terus berhijab bila pulang nanti.

"Saya juga bersyukur kerana sepanjang berada di sana segala ibadah saya dipermudahkan oleh-Nya. Saya rasa lebih tenang dan belajar banyak perkara yang mana sebelum ini saya buat sambil lewa sahaja.
Saya rasa inilah satu-satunya peluang yang ada untuk saya perbetulkan apa yang kurang dalam diri saya," kongsi Abby yang menganggap pemergiannya ke Kota Mekah sebagai satu kenangan yang cukup indah.
ZOoM : Alhamdulillah semoga apa yang anda usahakan akan mendapat balasan yang setimpal, Insyallah.

Sumber :Media Hiburan Online
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!