Adsense

Sabtu, 24 Mac 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


“Besarnya Kuasa Allah” – Irma Hasmie Kongsi Pertemuan Dengan Syah Reza

Posted: 24 Mar 2012 09:25 PM PDT

Irma Hasmie tidak menyangka bahawa pertemuannya bersama Datin Azizah Osman, ibu kepada Syah Reza di depan Kaabah ketika menunaikan umrah pada bulan Februari lepas menjadi satu pengalaman manis dalam hidupnya.

"Syukur alhamdullilah, tak sangka perancangan majlis pertunangan ini melibatkan jangka masa yang pendek. Pertama kali, ibu kepada Syah Reza menegur saya di depan Kaabah untuk berkenalan. Sekembalinya ke tanah air, ibunya menyampaikan hasrat untuk menghantar rombongan merisik. Dan hasrat tersebut saya sampaikan kepada ibu & bapa saya. Kiranya, pertemuan saya dengan Reza memang tak dirancang sama sekali. Apa yang penting, semuanya berjalan dengan lancar sekali.

Pelakon ini turut berkata bahawa dia sentiasa mendoakan kebaikan seperti dimurahkan rezeki & dipermudahkan jodoh semasa menunaikan ibadah umrah.

"Saya merebut peluang untuk mendoakan kebaikan semasa menunaikan ibadah umrah. Pada saya, apa yang terbaik datangnya daripada Allah, DIA sahaja yang Maha Mengetahui. Betapa besarnya kuasa Allah, saya anggap ini pertemuan bersama Syah Reza ini adalah hadiah daripada-Nya yang amat saya hargai.

Irma Hasmie turut menyatakan harapannya terhadap pertunangan ini akan berterusan sehingga majlis akad nikah yang dijadualkan berlangsung pada 1 Julai 2012.

"Saya inginkan permulaan dan juga pengakhiran yang baik. Saya harap jodoh kami akan kekal sehingga akhir hayat."

9 Foto Hi-Res Pertunangan Irma Hasmie & Reza Syah

Posted: 24 Mar 2012 09:00 PM PDT

Irma Hasmie selamat mengikatkan tali petunangan bersama ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31 dalam majlis yang pernah keserdahanaan di kediamannya yang terletak di Desa Coafield, Sungai Buloh, petang semalam.

Irma Hasmie yang mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat menerima kunjungan pihak lelaki seramai 30 orang dengan 7 dulang hantaran berupa sebentuk cincin, buah-buahan, kek, manisan kurma, sejadah dan telekung, set persalinan wanita dan set wangian.

9 dulang hantaran dibalas kepada pihak lelaki berupa persalinan lelaki, buah-buahan, kek, manisan kurma, sejadah, set mandian, shaver, sirih junjung, buku motivasi dan coklat.

Daripada hasil perbincangan antara kedua-dua keluarga, Irma Hasmie dijadualkan akan bernikah pada 1 Julai 2012 & majlis resepsinya akan diadakan pada 7 Julai 2012.

Majlis pertunangan itu turut dihadiri rakan-rakan artis seperti Wardina dan Anne Ngasri.