Adsense

Sabtu, 24 Mac 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Keluarga Aliff Aziz datang Malaysia Merisik Anne Ngasri?

Posted: 23 Mar 2012 12:27 AM PDT

Keluarga Aliff datang Malaysia Merisik Anne Ngasri
Ramai yang sudah tahu hubungan Anne Ngasri dan Aliff Aziz.. walaupun mereka kata mereka masih lagi dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing tapi MyGosip yakin hubungan mereka sebenarnya sudah lebih daripada itu.. Ini dikuatkan lagi dengan kehadiran keluarga Aliff Aziz yang dari Singapore datang ke Malaysia berjumpa dengan keluarga Anne Ngasri…

Ada gosip-gosip mengatakan yang keluarga Aliff Aziz datang ke Malaysia sebenarnya untuk merisik Anne Ngasri.. Tapi gosip itu disangkal oleh Anne Ngasri… jom kita baca apa kata Anne Ngasri mengenai gosip dia dirisik ni..

"Ya, memang ada keluarga dia datang berjumpa dengan keluarga saya pertengahan bulan lalu. Tapi tujuan mereka datang hanya untuk mengenali lebih rapat dengan keluarga saya. Kiranya pertemuan mereka adalah untuk berkenalan sesama keluarga. Kebetulan masa itu mereka datang Kuala Lumpur sebab nak melawat Aliff yang tengah menjalani penggambaran di sini. Waktu itu saya tak ada di Malaysia sebab pergi mengerjakan umrah,"

"Mengenai soal kahwin pula, kami belum fikir lagi. Banyak lagi proses di mana saya nak tahu lebih lagi pasal dia. Memang sesiapa saja yang nak berkawan pasti nak mengakhiri dengan perkahwinan, tapi semuanya terletak pada kuasa Allah. Apa yang saya boleh cakapkan, buat masa sekarang, kami memang tak bercakap lagi pasal perkahwinan." gua

Wah, rupanya keluarga Aliff Aziz datang hanya untuk berkenalan sesama keluarga rupanya.. kira ok la tu kan.. nampaknya hubungan mereka ni sudah pun direstui pihak keluarga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Owen Wilson menolak permintaan Fahrin Ahmad untuk bergambar

Posted: 22 Mar 2012 11:16 PM PDT

Owen Wilson menolak permintaan Fahrin Ahmad untuk bergambar
Owen Wilson dan beberapa selebriti Hollywood yang lain diterbangkan khas ke malaysia bagi membantu meraih dana khas bagi Malaysian AIDS Foundation and Global Poverty Project di majlis Sapura & Kencana Petroleum Red Ribbon GP Ball 2012 semalam menimbulkan sedikit kontroversi apabila Fahrin Ahmad yang juga antara artis tempatan yang dijemput hadir telah ditolak pemintaannya oleh Owen Wilson untuk bergambar bersama..

insiden memalukan ni berlaku ketika Owen Wilson yang baru selesai acara bersama media disapa oleh Fahrin Ahmad untuk bergambar bersama.. tetapi malangnya Owen Wilson telah menolak permintaan fahrin.. Kemungkinan Owen Wilson agak kepenatan ketika itu..

Walau bagaimanapun Fahrin Ahmad masih bersikap positif dalam kejadian tu.. dia dikatakan berasa bertuah kerana dapat bertemu mata dengan Owen Wilson walaupun tidak dapat bergambar bersama…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...