Adsense

Selasa, 21 Februari 2012

Zon Artis

Zon Artis


(Gambar) Sekitar Majlis Pertunangan Misha Omar & Firos

Posted: 21 Feb 2012 08:39 AM PST

GAMBAR PERTUNANGAN MISHA OMAR

Ini info lanjut mengenai pertunangan Misha Omar yang berlangsung semalam (21 Februari 2012). Majlis pertunangan berlangsung pada pukul 1 petang di kampung halaman Misha Omar iaitu di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Majlis dibuat secara tertutup dan dalam suasana sederhana sahaja.

Pada majlis tersebut, Misha menerima lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dan pihak Misha membalasnya juga dengan lima dulang. Apa hantarannya? Atas permintaan Misha supaya merahsiakannya, maka kami terpaksa menuruti permintaan Misha itu. Cukuplah anda tahu bilangan dulangnya.

Kat bawah ni beberapa gambar sekitar majlis pertunangan Misha dan Firos yang dibuat secara tertutup itu. Dan jujur kami katakan, Misha sungguh anggun dengan busana berwarna biru yang dipakainya. Kalau anda tak percaya, anda tengoklah sendiri dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

GAMBAR PERTUNANGAN MISHA OMAR

GAMBAR PERTUNANGAN MISHA OMAR

GAMBAR PERTUNANGAN MISHA OMAR

GAMBAR PERTUNANGAN MISHA OMAR

GAMBAR PERTUNANGAN MISHA OMAR
Kredit foto: GUA

Kepada Misha dan Firos, tahniah kami ucapkan diatas pertunangan ini. Kami doakan semoga ikatan pertunangan ini akan terus utuh sehingga terlaksananya majlis pernikahan yang dirancang akan dilangsungkan pada penghujung tahun ini (adakah pada 20.12.2012?). Semoga dipermudahkan olehNYA.

Psstt: Rumah 'kurus' di Jepun yang serius unik!

Related Posts with Thumbnails

Misha Omar Bertunang Hari Ini

Posted: 21 Feb 2012 01:00 AM PST

GAMBAR PERTUNANGAN MISHA OMAR

Kami masih belum memperolehi info lanjut mengenai majlis pertunangan Misha Omar. Tapi yang pasti, majlis pertunangan Misha Omar dengan jejaka pilihannya iaitu Firos Ezzwan Rossly berlangsung hari ini (21 Februari 2012) dan seperti dijadualkan, ianya berlangsung pada pukul 12 tengah hari tadi. Nantikan update penuh beserta gambar sebentar lagi. Tunggu~

Oh ya, buat anda yang masih tidak tahu, tunang Misha Omar tu merupakan seorang Juruterbang syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan mereka telahpun saling mengenali kira-kira lima tahun lamanya. Malah kisah percintaan mereka juga pernah mendapat liputan suatu ketika dahulu.

Related Posts with Thumbnails