Himpunan Kisah Sensasi |
Lelaki cedera rokok elektronik meletup Posted: 20 Feb 2012 06:50 PM PST
"Bateri rokok elektronik itu melayang ke dalam almari menyebabkan kebakaran," kata ketua Jabatan Bomba Teluk Utara, Joseph Parker. Laman Facebook mendedahkan lelaki itu sebagai Tom Holloway, 57. Holloway berada di pejabat ketika alat itu meletup, menyebabkan kusyen kerusi, gambar, permaidani dan peralatan pejabat terbakar. Bekas bateri yang ditemui di atas permaidani yang cair sebesar cerut. Penyiasat tidak tahu jenama rokok berkenaan, jenis bateri atau usia peralatan itu, kata Parker. Sementara itu, pengasas bersama 'Tobacco Vapor Electronic Cigarette Association', Thomas Kiklas, berkata industri itu tidak mengetahui ada sebarang masalah dengan rokok elektronik atau bateri meletup. Kiklas memetik laporan persekutuan yang mendapati 2.5 juta rakyat Amerika menggunakan rokok elektronik tahun lalu. "Berbilion orang menghisap rokok ini dan kami tidak pernah mendengar kejadian seperti ini sebelum ini," katanya. Industri tidak mendakwa rokok elektronik membolehkan perokok mengikis tabiat itu, cuma ia adalah alternatif lebih sihat berbanding rokok biasa kerana kurang kimia. Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) memberi amaran mengenai rokok berkenaan dalam laman webnya Oktober lalu dan berkata ia boleh menyebabkan ketagihan, mungkin mengandungi kimia bahaya seperti nikotin dan menyebabkan kanak-kanak mencuba produk tembakau lain. – AP ///bharian/// |
You are subscribed to email updates from Himpunan Kisah Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |