Adsense

Selasa, 21 Februari 2012

Sensasi

Sensasi


Lagi Selebriti dipukul Suami Balkisyh buat laporan polis

Posted: 21 Feb 2012 10:36 AM PST

Tak beberapa lama sebelum nie,Ani Mayuni dipukul suami selepas menyuruh suaminya membeli sarapan,dan tanpa tahu apa sebab nya Ani Mayuni dipukul suaminya.

Sensasi syak mungkin sebab cemburu atau syak wasangka.
Kali nie Kish pula dipukul suami kerana cemburu...Tolonglah wahai kaum lelaki,jangan sesuka hati memukul perempuan,tulang dan tubuh perempuan tak sekeras tulang dan badan lelaki.


'Dia cemburu buta'
Angkara cemburu buta, seorang pelakon, Balkisyh Semundur Khan, 25, bukan saja ditampar, kepalanya dihentak pada almari malah turut dicekik suaminya berusia 28 tahun di rumah mereka di Wangsa Maju, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, pelakon yang membintangi filem Diva selain tercalon sebagai pelakon harapan wanita pada Festival Filem Malaysia ke-20 itu bernasib baik apabila melarikan diri dari rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, di sini.

Balkisyh yang juga pemenang tempat ketiga pencarian Gadis Metro pada 2004 ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku disebabkan perselisihan faham kerana sikap cemburu buta suami.

Pelakon berkenaan dikatakan baru menamatkan sesi penggambaran drama bertajuk Landasan Cinta yang akan ditayangkan pada 25 Februari ini menerusi slot Samarinda di TV3.

"Suami saya seorang yang cemburu buta dan gagal mengawal kemarahan menyebabkan saya dipukul. "Namun, selepas mengetahui kebenaran, suami kembali bertenang dan kami berdua berbaik semula," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai kisah cemburu buta suaminya itu sejak berumah tangga pada 2007.

Menurut sumber, pelakon itu dipukul suami sebaik tiba di rumah.

"Mangsa bertanyakan punca kejadian itu, tetapi dijawab dengan tamparan dan wanita itu cuba menolak suaminya dalam usaha melepaskan diri.

"Bagaimanapun, suaminya menarik baju mangsa sebelum menghentak kepala di almari menyebabkan pelakon terbabit jatuh," katanya.

Sumber berkata, mangsa kemudian cuba mengambil telefon bimbitnya namun dicekik suaminya itu.

"Suami mangsa yang melihat isterinya itu mengalami kesukaran bernafas berhenti berbuat demikian dan kesempatan itu diambil pelakon terbabit keluar dari rumah bersama anak perempuannya yang berusia dua tahun," katanya.


Katanya, pelakon berkenaan membuat laporan di balai polis berhampiran kediamannya dan difahamkan, kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Almy Nadia kena Kencing Puntianak semasa lakonkan watak dikafan

Posted: 21 Feb 2012 09:49 AM PST

Wujud Ke Kencing Puntianak nie?Sejujurnya Sensasi tak pernah dengar pun lagi..Sensasi cuba lah jugak google kot-kot ade ker info tapi takder pun...



Ketika kebimbangan mengenai virus kencing tikus, pelakon Almy Nadia pula mendakwa dirinya terkena air kencing puntianak sewaktu penggambaran drama Cinta Buat Emelda sehingga membuatkan wajahnya bengkak dan menggerutu.

Almy berkata, insiden itu berlaku apabila dia melakonkan babak dikafankan dan selepas mencuci solekan pada wajahnya, pelakon itu terkejut wajahnya terus berubah.

"Ketika itu saya pun takut nak tengok muka sendiri. Sehinggakan, pengarahnya, Bob Ismail meminta saya berehat selama seminggu dan buat rawatan secara tradisional.

"Selepas itu, saya terus ke Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan dan agak terkejut apabila ustazah yang merawat saya itu memberitahu muka saya terkena "air kencing puntianak".

"Mungkin ada benda yang saya tersilap kot ketika melakonkan babak tersebut," katanya

Bagaimanapun, tambah Almy, ustazah berkenaan memintanya untuk berfikiran positif dengan menganggap insiden tersebut berlaku mungkin kerana kain kafan yang digunakan untuk adegan dalam drama itu kotor dan mempunyai hama.

Tidak cukup dengan itu, selepas seminggu wajahnya kembali normal, Almy sekali lagi ditimpa malang apabila kakinya pula membengkak ketika menjalani penggambaran drama yang sama pada minggu lalu.

"Saya tak tahulah, lepas satu, satu kejadian yang menimpa diri. Tetapi selepas mendapat rawatan di klinik, doktor berkata yang saya terlalu banyak bekerja dan terlalu lama berdiri dengan kasut tinggi. Alhamdulillah, sekarang ini saya rasa sihat sedikit. Nasib baiklah pihak kru produksi memahami dengan situasi saya yang macam-macam ini," selorohnya.

Ditanya, adakah dirinya masih lagi diganggu makhluk halus seperti yang pernah dilaluinya tiga tahun lalu, Almy bersyukur, dia tidak lagi mempunyai masalah itu.

"Alhamdulillah, saya dah tak diganggu seperti dulu dan saya harap benda itu tidak lagi mengacau hidup saya lagi," ujar kekasih kepada aktor Fizz Fairuz itu.

Attention Cakes,Cupcakes and Brownies Lovers :Homebake Zacheela’s Bakery..yummy

Posted: 21 Feb 2012 09:24 AM PST

Zacheelas's Bakery menawarkan home made cake, cup cake, brownies and cookies. Penghantaran percuma untuk pembelian RM50 ( kawasan KL sahaja) RM100 (luar Bandar KL & Selangor). Pick up area di PETRONAS Tmn Melati atau LRT Taman Melati.

Baru-baru ini kek Birthday yang di buat oleh Zacheela's Bakery untuk Dato Siti Nurhaliza telah dipaparkan dalam majalah URTV halaman paling belakang sempena sambutan oleh SitiZone di Cheras. Salah seorang peminat setia Dato Siti telah menempah kek dari kami dan Alhamdulillah Dato telah memotong kek yang memaparkan gambar Dato yg menjadi cover page URTV keluaran Januari 2012.

Nak order atau pertanyaan lanjut..bolehlah email ke :

sajesukax2@gmail.com

atau

zacheelas.bakery@gmail.com

Nombor telefon akan diberikan...



Kami menyediakan pelbagai jenis kek yang menarik pada harga yang berpatutan.

Red Velvet with cream cheese frosting RM22.50 sekotak (9 cups)


Chocolate Moist Oreo RM36 sekotak (12 cups)

Carrot cup cake RM22.50 sekotak( 9 cups)


Walnut brownies RM45 ( 18 pcs)


Sangat sedap…crispy top & chewy inside !!!

Cakes

Italian Rainbow cake…boleh choose frosting, cream cheese frosting, choc garnache dan cream cheese lemony. RM90 sekilo, ½ kg RM50


Walnut Carrot Cake RM90 sekilo, ½ kg RM50


Red Velvet Cake wt cream cheese frosting 1 kg RM80, ½ kg RM50


Chilled cheese cake 1 kg RM80, ½ kg RM50 with Oreo base


Banana Walnut cream cheese with cream cheese walnut 1kg RM100, ½ kg RM60


Choc Moist Cake wt choc Garnache


Kek yang ditempah oleh customers Zacheela's Bakery










Cup cake designs by Zacheela's bakery














Kami menyediakan perkhidmatan party planner untuk set up candy & cup cake buffet mengikut tema yang dipilih anda.




Gambar Misha Omar dan bakal suami,Juruterbang MAS

Posted: 21 Feb 2012 09:26 AM PST

Penyanyi Misha Omar, 30, menamatkan segala spekulasi mengenai status dirinya apabila memilih juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS), Firos Ezzwan Rossly,30, sebagai bakal suaminya.

Pasangan itu bertunang dalam satu majlis tertutup di kediaman keluarga penyanyi itu di Kampung Guchil Bayam, Kota Baharu, Kelantan kira-kira pukul 1 tengah hari, Isnin.

Misha yang anggun dalam persalinan kurung klasik biru rekaan Syaiful Baharim menerima lima dulang hantaran berbalas lima.


Penyanyi lagu Adam dan Hawa itu rasmi bergelar tunangan kepada Firos selepas disarungkan cincin oleh bakal ibu mentuanya, Asmah Kenin.

Misha bagaimanapun belum menetapkan tarikh pernikahan mereka namun menjelaskan jika tiada aral melintang akan diijabkabulkan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

"Firos menepati segala ciri yang saya impikan daripada seorang lelaki. Selain cinta yang tulus, Firos juga mempamerkan ciri-ciri kepimpinan, selain rapat dengan anak angkat saya, Muhammad Adam Emir.

"Hubungan rapat mereka telah membuka pintu hati saya menerimanya sebagai bakal suami. Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan lelaki yang begitu memahami perjalanan hidup saya," katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.

Misha berharap, semua peminat mendoakan impiannya untuk bergelar isteri terlaksana.

"Bukan niat saya mahu menyembunyikan berita gembira ini dan memohon maaf sekiranya ada pihak tersinggung atas keputusan diambil.

"Saya cuma memenuhi permintaan kedua belah keluarga yang mahukan pertunangan ini dilakukan secara sederhana dan tertutup.

"Insya-Allah perkahwinan kami akan dilangsungkan dalam tahun ini juga tetapi tarikhnya belum ditetapkan lagi," katanya.