Adsense

Selasa, 21 Februari 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


ASTRO Siar Dokumentari Walimatul Urus Yusri KRU dan Lisa Surihani

Posted: 21 Feb 2012 11:02 PM PST

Siaran Ekslusif Dokumentari Walimatul Urus
Yusri KRU dan Lisa Surihani di Astro Ria

Erra Fazira Ditemubual dalam Dokumentari Walimatul Urus Yusri KRU dan Lisa Surihani

Setelah hampir lebih setahun menyulam cinta dan mengenali hati budi masing-masing, pasangan selebriti Yusry Abd Halim dan Lisa Surihani akhirnya mengambil keputusan memeterai hubungan kasih mereka dengan ikatan yang lebih sempurna.

Pasangan sama cantik dan sama padan ini, telah memilih tarikh 23 Februari 2012, sebagai hari bersejarah untuk mereka melangsungkan majlis pernikahan di Hotel Marriot Putrajaya selepas waktu Maghrib.

lisa yusry

Majlis resepsi kedua-dua belah pihak pula akan menyusuli secara serentak pada 26 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dalam majlis yang bakal dihadiri ahli keluarga, para tetamu kenamaan, rakan-rakan media dan selebriti tempatan.

Bersempena dengan majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal yang ditunggu-tunggu ini, Astro dengan bangganya membawa sebuah dokumentari eksklusif dalam 2 episod yang akan menjejaki kisah cinta mereka sejak awal perkenalan sehingga berakhir ke jinjang pelamin, hanya di Astro Ria.

Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Encik Nizam Sani berkata, "Kami di Astro khususnya Astro Ria amat berbesar hati untuk meraikan majlis perkahwinan aktres jelita Lisa Surihani dan pasangannya Yusri, seorang penyanyi, pelakon, pengarah dan penerbit muzik yang memegang testimonial pelbagai kejayaan dalam industri hiburan tanahair dengan memberikan paparan eksklusif majlis perkahwinan mereka.

Istimewanya dokumentari yang disiapkan khusus bagi meraikan pasangan pengantin ini ialah apabila ia bakal merungkai rahsia sepanjang percintaan mereka yang belum pernah dikongsi dengan mana-mana pihak sebelum ini. "

Di samping kisah romantik mereka, dokumentari ini juga akan memaparkan setiap detik persiapan perkahwinan, upacara akad nikah dan majlis persandingan.
Episod 1 yang akan disiarkan pada 25 Februari, pukul 10 malam akan meneliti profil pengantin lelaki dan perempuan, kisah cinta mereka daripada kaca mata mereka sendiri serta kenalan dan ahli keluarga, serta persiapan perkahwinan.

Para peminat Yusri dan Lisa semestinya ingin mengetahui secara lebih lanjut tentang detik perkenalan awal mereka berdua. Siapakah yang memulakan langkah pertama dan bagaimanakah reaksi insan-insan yang seharusnya sentiasa rapat dalam kehidupan mereka berdua?

Antara kenalan mereka yang akan ditemubual dalam dokumentari ini ialah seperti kedua beradik Yusry Norman dan Edry, teman-teman rapat, ibubapa termasuk temubual dari penerbit filem David Teo yang telah menggilap bakat Lisa hingga menjadi seorang bintang serta temu ramah bersama wartawan hiburan dan juga rakan artis seperti Liyana Jasmay & Erra Fazira.

Apakah pula perubahan ketara yang ditunjukkan oleh Yusri dan Lisa, apabila kedua-duanya dilamun cinta? Tahukah peminat bahawa temujanji pertama Yusry ialah bersama ibu Lisa, Puan Siti Amira dan bukan anak gadisnya Lisa? Semuanya akan didedahkan di episod pertama dalam dokumentari ini.

Di Episod 2 pula yang akan disiarkan pada 3 Mac 2012 pada pukul 10 malam, dokumentari ini bersambung di upacara akad nikah, persiapan terakhir majlis persandingan, liputan majlis persandingan dan pengakhiran sesi temubual bersama pengantin lelaki dan perempuan tentang perancangan dan harapan masa depan mereka.

Antara paparan menarik yang akan dikongsikan bersama penonton ialah tentang konsep perkahwinan Yusry dan Lisa khususnya tema, makna di sebalik warna serta pakaian yang dipilih mereka. Di satu babak juga, Ibu Lisa akan bercerita tentang kerisauannya kerana Lisa dan Yusry sentiasa sibuk dan banyak perkara yang belum siap.

Untuk terus berkongsi kebahagiaan tentang kisah cinta Yusry dan Lisa, jangan ketinggalan untuk menonton kedua-dua episod dokumentari eksklusif ini hanya di Astro Ria saluran 104 pada 25 Februari dan 3 Mac 2012 pada pukul 10 malam.

lisa yusry

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Lisa Surihani di Karpet Biru ABPBH2010
  • Gambar Lisa Surihani di Pelancaran Mimpi Kita
  • Gambar Lisa Surihani di Media Prima Open House
  • Gambar Lisa Surihani di Majlis Berbuka ASTRO
  • Gambar Lisa Surihani di Prebiu Hikayat Merong Mahawangsa
  • Gambali Lisa Surihani di Majlis Pelancaran MUSTIKA
  • Gambar Kad Kahwin Lisa Surihani & Yusry
  • Gambar Lisa Surihani di Malam Gala Filem Ombak Rindu
  • Erra Fazira Happy Yusry KRU Kahwin Lisa Surihani
  • Lisa Surihani, Julia Ziegler Pakai Tudung dalam Tudung Ekspress
  • Konsert Sudirman Abadi Di Hati

    Posted: 21 Feb 2012 09:47 PM PST

    ORKESTRA RTM MEMPERSEMBAHKAN KONSERT "SUDIRMAN… ABADI DI HATI"

    Sebagai pembuka tirai persembahan Orkestra Radio Televisyen Malaysia (ORTM) 2012 dan bagi mengenang jasa serta menghormati karya seni penyanyi tersohor Asia, Allahyarham Dato' Sudirman Hj Arshad, Orkestra RTM mempersembahkan Konsert Sudirman … Abadi di Hati di Auditorium Perdana, Angkasapuri pada 24 Februari ini.

    Konsert Sudirman ... Abadi di Hati

    Konsert ini disiarkan secara langsung di saluran TV1 mulai jam 9.00 malam yang bakal menampilkan konsep persembahan secara kronologi iaitu berdasarkan album-album yang pernah dihasilkan dan menjulang nama beliau sepanjang kerjaya seninya dari album Teriting Doa (1977), Aku Penghiburmu (1978), Perasaan (1979), Anak Muda (1980) sehinggalah album terakhir beliau.

    Konsert yang akan diacarakan oleh dua pelawak popular tanah air, Saiful Apek dan Didie Alias ini turut menonjolkan kelainan kerana lagu-lagu yang bakal dipersembahkan oleh artis terlibat akan diperkenalkan sendiri menerusi sedutan rakaman video konsert Allahyarham semasa hayatnya. Lagu-lagu akan dinyanyikan semula oleh barisan artis-artis popular tanah air baru dan lama bersempena 20 tahun pemergian penyanyi legenda negara ini.

    Antara artis-artis terlibat seperti Adibah Noor, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Alyah dan Bob serta penglibatan artis-artis muda antaranya Shila Amzah, Tomok, Black, Aril dan Rey dari Bintang RTM. Orkestra RTM turut menampilkan artis sezaman yang pernah merakamkan album bersama Allahyarham iaitu Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini yang bakal membawakan tiga buah lagu dalam segmen lagu popular Allahyarham.

    Konsert ini menampilkan Luqman Abdul Aziz bertindak sebagai pengarah muzik dengan diiringi 40 pemuzik Orkestra RTM yang menyaksikan 24 lagu hit Sudirman yang di awal pembabitannya pernah menjuarai Bintang RTM pada 1976. Malah pemilihan lokasi konsert tribute yang diadakan di Auditorium Perdana Angkasapuri ini juga bertujuan mengimbau kenangan memori manis ketika beliau dinobatkan sebagai juara pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh RTM itu.

    Menariknya set konsert ini diinspirasikan daripada pentas yang menyaksikan beliau menggondol gelaran 'Penghibur Terbaik' pada Anugerah Muzik Asia 1989 yang diadakan di Royal Albert Hall, London. Ketika itu beliau telah menewaskan pesaing hebat seperti Leslie Cheung (Hong Kong), Anita Sarawak (Singapura), Epo (Jepun), Kuh Ledesma (Filipina) dan ramai lagi.

    Saksikan Konsert 'Sudirman… Abadi Di Hati' hanya di saluran TV1.

    Sharifah Aini

    Shila Amzah

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Senarai Semua Lagu Konsert Akhir AF5
  • Program TV, Konsert & Majlis Tahlil Memperingati Sudirman
  • BIO Channel Siar Bio. Beat: Sudirman Arshad
  • Cetakan Semula Album Sudirman Aku Bukan Penghibur & Kul It
  • Abby Abadi dan Norman Hakim Hantar Anak Sekolah
  • Konsert Hore Hore Aznil Nawawi
  • Senarai Lagu Untuk Konsert Pertama Akademi Fantasia 5
  • Lagu Nur Abadi Nash Ubaidillah dan Gambar Rakaman Melodi Raya
  • Lirik Lagu Sudirman – Bila Wajahmu Aku Bayangkan
  • Quotes of The Day: Salah Saya Ke? – Abby Abadi