OHBULAN! |
Gara-Gara Ego, Daniel Lee Hilang Populariti! Posted: 29 Dec 2011 08:47 PM PST Namanya mekar seketika selepas menjuarai program realiti Malaysian Idol musim kedua pada tahun 2005. Ditambah dengan penangan lagu-lagu hits-nya seperti 'Mimpi' dan 'Tiada Maaf Bagimu', seakan sudah cukup menjanjikan populariti berterusan buat Daniel Lee. Namun dek kerana terlalu yakin dan ego bahawa dirinya akan senantiasa begemerlapan, populariti yang diraihnya cuma bertahan selama dua tahun. Ini diakui sendiri oleh Daniel yang ditemui ketika pelancaran album ketiganya, 'Sincerely Yours Daniel' di Sunway Pyramid, petang semalam.
Malah penyanyi berusia 29 tahun ini juga mengakui dirinya pernah berputus asa dan terdetik untuk meninggalkan bidang seni selepas hampir empat tahun menyepikan diri dari dunia hiburan.
"Saya mulai sedar makna muzik sebenar apabila saya menguruskan perniagaan milik bapa saya. Saya cuba nak berniaga, tapi secara tiba-tiba hati saya terbuka untuk kembali semula kepada bidang seni. Lama saya berfikir dan menyedari bahawa muzik itu perlu ikhlas dan lahir dari hati. Bukan sekadar usaha keras semata-mata seperti," ujarnya. Tambah Daniel lagi, selain sikap mudah merasa selesa dan kurang pengalaman dalam industri, dia turut mengakui silap dalam membuat percaturan konsep muzik yang kurang sesuai pada dirinya sehingga membuatkan dua album yang dihasilkan sebelum ini kurang mendapat sambutan.
Disebabkan itulah, menerusi album taruhan ketiganya ini, Daniel diberi kebebasan meilih konsep album serta berpeluang mencipta empat buah lagu. Menyentuh mengenai album terbarunya lagi, menurut Daniel kelainan album ini dapat dilihat dari segi lirik dan gubahan lagu-lagu yang tulus dari hatinya yang disampaikan secara ikhlas khusus buat peminat yang sentiasa menyokong jatuh bangunnya dalam industri seni.
"Album ini disasarkan untuk peminat berbangsa Cina dan mereka yang mendengar lagu-lagu Inggeris kerana ia memuatkan lagu berbahasa Cina dan lagu Inggeris baru termasuklah lagu klasik Inggeris bertajuk 'Fixing A Broken Heart," tambah Daniel lagi. Ketika ditanya mengapa tiada lagu Melayu diselitkan dalam album barunya kali ini, ini pula jawab Daniel; "Jangan risau, selepas album ini saya akan buat sesuatu yang lebih besar. Saya mahu merakamkan album berbahasa Melayu sepenuhnya," tuturnya mengakhiri perbualan. Foto kredit: SooHK Flickr.com Full content generated by Get Full RSS. |
Erykah Badu Bikin Konsert Sulung Di Malaysia Februari Depan! Posted: 29 Dec 2011 07:24 PM PST Kepada peminat tegar yang sudah sekian lama menantikan kelibat Ratu Neo-Soul ini, jangan risau kerana buat pertama kalinya Erykah Badu akan membuat konsert sulungnya di Malaysia pada 28 Februari 2012 menerusi 'Erykah Badu Live in Kuala Lumpur 2012′. Konsert anjuran Pineapple Concerts Sdn Bhd ini bakal berlangsung pada jam 8 malam di Plenary Hall, KL Convention Centre, Kuala Lumpur dan Malaysia merupakan destinasi pertama Erykah di Asia selain merupakan jelajah sulungnya di Australasia. Info lanjut mengenai konsert 'Erykah Badu Live in Kuala Lumpur' ini akan diumumkan pada Januari 2012, jangan risau OHBULAN! akan update dari masa ke semasa. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |