Himpunan Kisah Sensasi |
‘Raja Pop’ kawal trafik Manila Posted: 28 Dec 2011 05:00 PM PST HINOJAS hanya dibayar RM9 sehari untuk tugas yang meletihkan ini. SETIAP hari, ribuan anggota polis trafik di Manila, Filipina berusaha keras bagi memastikan jalan raya yang selalu sesak dengan kenderaan, berjalan lancar. Namun bagi seorang pegawai trafik, Ramiro Hinojas, 55, dia mempunyai cara tersendiri untuk mengawal lalu lintas iaitu dengan melemparkan senyuman dan mendapat 'bantuan' daripada Michael Jackson. Menariknya tentang pegawai trafik warga Filipina tersebut, dia sanggup tampil dalam persalinan kostum Santa Claus ketika mengawal lalu lintas di sepanjang jalan utama di Manila. Lelaki yang popular dengan gelaran 'polis trafik menari' itu tegar mengawal trafik sambil berdansa meskipun menerima cercaan segelintir pemandu dan terdedah pada pencemaran udara. POPULASI yang padat membuatkan situasi trafik di Manila sangat sibuk dan sesak setiap hari manakala bilangan pegawai trafik tidak mencukupi. Selama tujuh hari seminggu, hujan atau panas, Hinojas tetap teguh berdiri di tengah-tengah persimpangan utama di Manila. Enggan membiarkan kesesakan jalan raya berterusan, Hinojas segera menjalankan tugas mengawal aliran trafik dengan baik sambil menari. Gerakan kaki yang dipraktikkannya dicedok daripada gaya tarian Raja Pop, mendiang Michael Jackson. Lebih daripada itu, keletah tariannya yang bersahaja tersiar pula dalam laman sosial Youtube lalu menjadikannya selebriti kecil biarpun memperoleh gaji bulanan rendah di negara berkenaan. /// kosmo /// Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Himpunan Kisah Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |