Gosip Artis Malaysia |
Bakal Tunang Izreen Azminda Lelaki Bermasalah? Posted: 29 Dec 2011 07:05 PM PST KUALA LUMPUR – Tentu ramai peminat drama bersiri kenal dengan pelakon drama popular, Izreen Azminda, yang baru-baru ini mengaku bakal bertunang dengan seorang jurukamera produksi, Mohammad Riza Baharuddin, pada 1 Januari ini. Nama Izreen Azminda melonjak naik apabila lakonannya begitu menjadi menerusi drama bersiri Juvana sebagai Cikgu Zakiah dan membawa watak Melly, seorang gadis kampung yang liar di dalam drama popular terkini, Tentang Dhia. Bagaimanapun, sedang Izreen menghitung hari pertunangannya yang tinggal beberapa hari saja lagi, timbul pula perkhabaran yang tidak enak didengar apabila blog hiburan terkenal, Rotikaya.com, memberitahu bahawa laman web itu telah menerima satu emel yang memburuk-burukkan bakal tunangnya, Riza. Mengkategorikan dakwaan emel tersebut sebagai gosip, Rotikaya.com, menyatakan memang wujud dakwaan sebelum ini yang mengatakan bahawa seorang pengurus produksi yang dikenali sebaga Rafeda mengaku Riza adalah tunangnya dan menuduh Izreen Azminda sebagai perampas tunang orang. "Antaranya adalah satu dakwaan dari seorang pengurus produksi bernama Rafeda yang mengatakan Riza merupakan tunangan beliau & Izreen Azminda merupakan perampas lelaki itu dari hidup beliau sebelum ini," kata pemilik blog tersebut. Bagaimanapun, Izreen Azminda kemudiannya menafikan dakwaan tersebut. Namun, kehadiran emel tersebut telah mengundang persoalan itu kembali apabila mendakwa bahawa Riza pernah bernikah dengan Julia Daud yang merupakan bekas isteri pelakon terkenal, Badrul Muhayat, dan wanita itu ditinggalkan begitu sahaja ketika sarat mengandung anak pertama mereka. Menghangatkan gosip itu lagi, pengirim emel itu yang hanya dikenali sebagai 'MJ' mendakwa Riza meninggalkan Julia yang sedang sarat itu disebabkan oleh Rafeda. Menurut MJ lagi, Rafeda dikatakan masih menyimpan segala bukti bergambar dan rakaman video percutiannya bersama Riza ke luar negara ketika mereka sedang 'mabuk' bercinta. Lebih berani, MJ mendakwa bahawa Rafeda pernah mengandungkan anak luar nikah hasil hubungannya bersama Riza dan jurukamera itu telah bertindak menggugurkan kandungan tersebut memandangkan Riza masih lagi begelar suami kepada Julia. Mungkin kasihan dengan Izreen Azminda, MJ merayu agar pelakon drama itu bersemuka dengan Rafeda dan Julia untuk mendapatkan kepastian mengenai segala dakwaan tersebut | ||
Posted: 29 Dec 2011 06:40 PM PST KONSERT akhir program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa yang telah sempurna menutup tirai pada malam Ahad lalu menyaksikan Norhasmidar Ahmad, 25, menjadi penyandang gelaran juara sulung musim pertama. Masih sukar mempercayai dirinya mampu menjulang trofi juara apatah lagi bertanding di pusingan akhir, Asmidar sudah merancang skop hidupnya berbekalkan wang kemenangan RM50,000. "Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan gembira, ini pertandingan paling sengit seumur hidup saya. Saya tahu kemampuan Mafa, apa yang dia ada saya tak ada, memang di luar jangka! "Saya ingin rakam album atau single sendiri supaya kerjaya tidak terhenti di sini, selebihnya belum lagi diputuskan," katanya yang ditemui selepas tamat konsert akhir Vokal Bukan Sekadar Rupa di Plaza Alam Sentral, Shah Alam baru-baru ini. Asmidar yang meminati muzik tradisional serta pop jazz bagaimanapun mengakui masih mencari identiti diri untuk membawanya hanyut dalam gelombang seni. Kekuatan Mafarika Mohd. Akhir, 19, atau Mafa kata Asmidar merupakan pesaing sengit sepanjang 10 minggu rancangan itu ke udara. Tambah Asmidar, Mafa punyai suara yang lebih nyaring, bijak meletakkan bunga suara pada tempat yang betul serta lebih bertenaga berbandingnya. Namun bagi Mafa, kekecewaan tidak tertulis dalam diari hidupnya. Malah dia lebih percaya pada rezeki. "Saya percaya pada rezeki dan reda dengan keputusan, tak semestinya selepas ini saya tidak akan berjaya dan sekarang pun saya sudah buktikan kepada semua, orang yang berbadan besar pun mampu sampai ke tahap ini," ujarnya yang mengaku membuat salah terutama dalam menyanyikan lagu baharu. Asmidar dan Mafa masing-masing diberikan lagu baharu untuk didendangkan konsert final itu. Asmidar menyanyikan lagu ciptaan Ajai berjudul Biar Sampai Ke Bintang manakala Mafa memperoleh lagu Tiba yang dicipta komposer Audi Mok dan lirik Omar K dalam pusingan kedua. Pusingan pertama memperlihatkan kehebatan Mafa membawakan lagu Jangan Tinggal Daku meninggalkan pencabarnya Asmidar yang menyanyikan lagu My Way apabila menjadi pilihan juri tetap Azmeer dan Erra Fazira serta juri jemputan Ziana Zain. Dalam pusingan ketiga iaitu Battle membuktikan kekuatan lenggok suara Asmidar membawakan lagu Laksamana Raja Di Laut nyanyian asal Datuk M. Daud Kilau dan mendapat tempat di hati Erra dan Ziana. Makin jauh meninggalkan Mafa menerusi lagu Hurt (Christina Aguilera) yang dipilih Mafa sendiri untuk pusingan yang sama, Asmidar dinobatkan sebagai penyanyi yang punyai pernafasan paling baik oleh Azmeer. Keputusan akhir hasil undian SMS dan juri diungguli oleh Asmidar dengan 73 peratus dan Mafa, 53 peratus. Konsert akhir Vokal dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada Adibah Noor dengan lagu Siapa Dia dan aksi-aksi bekas finalis Vokal iaitu Azmarul, Irsa, Fakhrul dan Boby dengan rangkaian lagu Cinta Harus Memiliki, Someone Like You, Gerhana dan Tapi Bukan Aku serta diakhiri menerusi lagu tema Vokal; Aksi Suara. Musim kedua Azmeer yang ditemui usai acara itu mengakui sukar untuk membuat keputusan kerana kedua-dua peserta akhir itu miliki kekuatan tersendiri. "Secara peribadi saya suka ton suara Mafa tapi corak pertandingan ini siapa buat salah dia kalah! Saya yakin Mafa boleh berjaya dengan ton suara dan kreativiti yang dia ada cuma kawalan pernafasan perlu dipertingkatkan. "Tapi saya tidak menafikan Asmidar ada teknik pernafasan yang hebat dan dia penyanyi yang saya cari selama ini, ton suara dia tebal dan lunak! Dari segi pitching suara Asmidar, 98 peratus hampir sempurna," jelas Azmeer. Sementara itu, Penerbit Eksekutif Vokal, Muhammad Sufian Che Isa mengakui ada beberapa aspek yang kurang dititikberatkan dalam program musim pertama. "Kita akan membuat penambahbaikan untuk musim kedua, tapi dari segi pencapaian dan rating penonton pihak produksi amat berpuas hati," katanya yang akan memaklumkan sekiranya program realiti itu bakal diteruskan untuk musim akan datang. |
You are subscribed to email updates from Gosip Artis Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |