Utusan Online - Hiburan |
Posted: Perlukah hina Zaiton?Sabri Anugerah Industri Muzik sudah berlalu minggu lepas. Dalam ramai orang di Stadium Bukit Jalil tu, Joyah hadirkan diri juga sebab nak tengoklah hebat ke tak acara tu. Tetapi malangnya Joyah dikecewakan oleh salah seorang artis yang lahir daripada pertandingan Maharaja Lawak, si Sabri. Dia ni jadi pelawak yang muncul hanya pada waktu iklan di tv, sebab tu orang di rumah tidak tahu kewujudan dia pun. Masalahnya, Sabri ni sudah melebih-lebih pula. Bagi Joyah apa yang dia buat bukan lagi satu lawak, sebaliknya penghinaan kepada golongan artis sendiri bila cuba memperlekeh dan mempersendakan penyanyi Zaiton Sameon dalam majlis tu. Sudahlah muncul dengan pakaian ala-ala Zaiton di zaman muda, bercakap pula macam orang hilang ingatan, merapu meraban. Siap bagi tahu lagi dialog yang kata Kak Eton nak kena makan ubat sebab ingat-ingat lupa. Kak Eton sudah tidak dipanggil untuk buat persembahan jadi perlu 'merembat' hadiah yang sepatutnya diberikan kepada peminat dan lain-lain lagi dialog yang memang 'kurang asam' sangat. Ini buat Joyah tertanya-tanya, dia ni faham tak antara buat lawak dan menghina? Kalau tak faham, sila pergi sekolah baliklah, masuk kelas sivik ke, kelas fardu kifayah ke, eloklah sikit perangai tu. Zaiton Sameon masih hidup dan dia masih naik turun pentas, kenapa hendak menghina dia? Takkan kemampuan artis Maharaja Lawak, sebegitu teruk? Nasib baik Joyah tengok ramai artis yang dalam dewan tu langsung tak ketawa sepanjang si Sabri ni buat lawak. Agaknya, dia orang pun sama berfikiran macam Joyah, lawak bodoh tak sesuai diberi perhatian. Kalau ada yang ketawa tu, memang tak ada hati perut punya manusia. Nasib balik penonton tak baling kerusi je ke muka dia, kalau tak bersepai gigi semua. "Gunakan orang yang tak berapa sihat untuk buat lawak, tu memang 'kurang ajar' namanya," beritahu seorang artis muda kepada kawan Joyah yang turut membuat liputan di majlis itu. Beberapa artis lain juga dilihat menggeleng-geleng kepala kerana tidak tahan dengan gurauan kasar dan menghina Si Sabri tu. Acara mengangkat artis, ironinya dalam waktu yang sama, menghina seorang artis lain yang sedang berada dalam keadaan begitu daif dan perlu dibantu. Apa ni? Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: Bukan semua macam Raja AzmiJoyah tak hadir majlis pelancaran Festival Filem Malaysia (FFM-24) di Taman Tasik Titiwangsa. Ia dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kehadiran Muhyiddin adalah tanda sokongan kerajaan kepada orang filem. Sokongan ini orang filem kena manfaatkan. Mana tau kalau lepas ini nak minta tolong kerajaan bantu lagi industri filem, senanglah sikit. Tapi yang tak sedapnya Joyah mendapat tahu majlis gilang-gemilang itu tercemar. Ia dicemarkan oleh orang filem sendiri. Weh...apa dah jadi ini? Jangan-jangan gimik pelancaran tak? Tapi berkali-kali kawan Joyah kata, ini bukan "cubaan", ini betul-betul. (Pinjam dialog Pendekar Bujang Lapuk). Produser Raja Azmi telah mempertikaikan kemenangan Jurey Latiff Rosli sebagai Pengarah Harapan dan kejadian memalukan ini berlaku di depan Muhyiddin dan tetamu lain. Oh...malunya. Protes dia tidak kena tempatnya. Dia seolah-olah mendedahkan sikap buruk orang filem kepada Timbalan Perdana Menteri. Kalau teringin sangat nak tunjuk bakat lakonan pun, carilah masa dan tempat yang lain. Kenapa Raja Azmi marah sangat apabila Jurey menang? Jurey penganjur tapi bukan juri atau ketua juri. Kalau benar Jurey boleh pengaruhi juri, lebih baik dia minta kategori yang ada hadiah wang tunai saja, lagi bagus. Tentulah ada antara mereka yang menang. Siti fikir sebelum Raja Azmi menjerit malam itu, dia kena cadangkan dulu supaya FFM dianjurkan oleh badan yang tak ada kena mengena dengan filem. Misalnya persatuan pembuat belacan atau persatuan pemborong ikan masin. Barulah jawatankuasa penganjur tak ada kena mengena dengan filem. Raja Azmi kena faham sebab itu dilantik juri yang secara umumnya tidak ada kepentingan terhadap filem yang bertanding. Katakanlah pengarah Khir Rahman yang mengarah filem Anu Dalam Botol (Joyah guna tajuk asal) menang, adakah Raja Azmi akan menjerit juga? Adakah dia akan menjerit juga? Bagi Joyah Raja Azmi ada saluran nak protes tapi bukan cara murahan dan memalukan begini. Lebih-lebih lagi di depan tetamu luar dari dunia filem. Ini memberikan sudut pandangan serong terhadap semua orang filem seolah-olah tak tahu hormat majlis. Joyah fikir Raja Azmi kena buang sindrom penafian. Dia menafikan kelemahan filemnya, pengarahnya dan semua tentang dirinya. Seolah-olah baik belaka. Raja Azmi, tolonglah berfikiran terbuka. Kepada Tan Sri, sebenarnya bukan semua orang filem perangai begini. Ini hanya yang terpencil dan spesies begini hanya seorang dua sahaja. Banyak orang filem yang tahu menghormati majlis dan bertungkus lumus mengangkat maruah filem kita. Tapi biasalah Tan Sri, di mana-mana pun ada watak badut untuk menghangatkan majlis. Anggaplah ini selingan sahaja. Dalam dunia filem, orang boleh jadi popular sekalipun tak berkarya apa-apa. Caranya ialah dengan buat perkara-perkara yang boleh orang ingat, tak kiralah buruk atau baik. Joyah pasti Raja Azmi akan terus diingati. Tapi Joyah harap Raja Azmi tak buat malu diri sendiri. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |