Sensasi |
- Aishwarya Rai selamat Melahirkan Bayi perempuan untuk suaminya Abishek Bachan
- Fauzi Nawawi mahu saman blog yang menfitnah dengan screenshot BBM Palsu
- Gambar Elyana dengan anaknya,Cinta Sumayyah yang berusia 3 bulan
Aishwarya Rai selamat Melahirkan Bayi perempuan untuk suaminya Abishek Bachan Posted: 19 Nov 2011 04:02 AM PST Suatu ketika dulu Filem hindustan memang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia sebab jalan cerita yang kelakar,heroin yang cantik-cantik dan lagu yang menarik. Tapi makin lama makin tak berapa best sebab citer hindustan zaman skrg terlalu banyak menyelitkan dan menggunakan unsur seks...heroin mesti pakai terdedah2 ... Aishwarya Rai merupakan salah satu heroin kegemaran Sensasi dulu,dengan wajah yang jelita pandai menari dan sgt graceful. Terbaru Aish dah jadi seorang ibu kepada bayi perempuan..nama tak tahu lagi.. Information Of Aishwarya Rai Bachchan's BabyDate/Time of Born: Wednesday 16th Nov 2011, 10:30 am. Aishwarya Rai Bachchan's Born Baby Girl (Pictures & Video)Amitabh Bachchan Tweeted on Wednesday:
Amitabh Bachchan Further Added on Twitter:
Abhishek Bachchan Tweeted:
|
Fauzi Nawawi mahu saman blog yang menfitnah dengan screenshot BBM Palsu Posted: 19 Nov 2011 02:12 AM PST Dah banyak kali kita dgr kisah tentang Fauzi nawawi satu persatu namun semuanya dinafikan keras oleh Fauzi dan isterinya yang tetap setia dan mempercayai suaminya.Sensasi pun tak faham kenapa org berusaha memporak perandakan rumahtangga mereka? Dulu pernah dikaitkan dengan Ida Nerina,kemudian pergaduhan antara Rita dan Lisdawati,kemudian Zarina yang memberitahu bahawa Fauzi mengajaknya ke ranjang dan kini kononnya Fauzi memiliki kekasih gelap,ingin berkahwin lagi dan mengadu perihal isterinya. Screenshot BBM turut disertakan..Tapi memanglah Sensasi tahu benda nie semua boleh di Fake kan...Sesiapa pun boleh menyamar di BBM..bahkan boleh tukar nama org sesuka hati. Kebenaran cuma boleh didedahkan sekiranya BBM pin Fauzi Nawawi dijadikan bahan bukti,sebab BB pin je yang boleh menentukan samada memang betul BBM Fauzi atau pun tak. Komen Fauzi: "Apa nombor BB pin saya? Sebab setahu saya, hanya orang-orang tertentu sahaja yang mengetahui BB pin saya. Kalau sekadar gambar tertera wajah saya ianya belum dapat membuktikan itu adalah saya." "Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Dari segi gaya perbualan / tulisan dalam mesej itu jelas sekali membuktikan ia sama sekali bukan saya. Kalau sekadar gambar, sesiapa pun boleh menyamar sebagai saya. Sebelum ini pernah juga terjadi di mana saya pernah join BB group, dan salah seorang teman bertanya sama ada benarkah ini 'Fauzi Nawawi', dan saya mengiyakan dan bertanya kenapa, lalu teman tersebut memberitahu bahawa sebelum ini ada individu dengan nama yang sama mengaku dirinya adalah 'Fauzi Nawawi' (menyamar). Jadi jelas di sini siapapun boleh menyamar," ujar Fauzi Fauzi dalam nada tegas. Fauzi menganggap apa yang terjadi ini sebagai satu 'game' buat dirinya, sambil memerli pihak terbabit agar terus menyebarkan fitnah kerana hakikatnya, dia dan isterinya (Lisdawati) bahagia. Menyentuh semula tentang kandungan mesej tersebut yang turut menyatakan 'Fauzi' meluahkan masalah keluarga kepada individu (dipercayai skandal) tersebut sehinggakan menyatakan keinginan berumahtangga sekali lagi, Fauzi ada jawapannya. "Saya tidak pernah bercerita masalah keluarga saya sama ada dengan ibu saya sendiri waima ibu mertua saya, inikan lagi bercerita meluah segala masalah kepada orang luar, tidak sama sekali." "Ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak akan meninggalkan isteri saya, walau apa terjadi sekalipun, Insyaallah. Dan saya akan sedaya upaya cuba cari jalan untuk menyaman laman gosip tersebut kerana apa yang terjadi ini adalah satu fitnah melampau yang mengaibkan saya dan boleh menjejaskan rumah tangga saya. Walau apa cara sekalipun saya tetap akan membuat tindakan terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam usaha menyebar gosip berunsur fitnah ini. Saya akan menegakkan kebenaran walau hingga ke lubang cacing!" akhiri Fauzi Screenshot yang disebarkan di blog hiburan tempatan tersebut, Kami berjaya menemui beberapa orang dalam industri untuk mengesahkan identiti BBM Fauzi Nawawi dan 99% bersetuju ini memang akaun BBM milik pelakon terkenal itu. Screenshot di'atas di'katakan di'ambil ketika Fauzi Nawawi cuba untuk keluar rumah bertemu dengan kekasih gelap beliau tetapi tiba tiba saudara mara datang ke rumah untuk berkunjung — di hari raya Aidiladha. |
Gambar Elyana dengan anaknya,Cinta Sumayyah yang berusia 3 bulan Posted: 19 Nov 2011 02:35 AM PST |
You are subscribed to email updates from Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |