Adsense

Sabtu, 19 November 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Fesyen Smart Farid Kamil di Anugerah Skrin 2011

Posted: 18 Nov 2011 07:08 PM PST

HOME | Arkib | Tentang Penulis | Hubungi | XML Sitemap | Advertise | Disclaimer | Subscribe | Add to bookmark (Ctrl+D)

© 2007 - 2011 Budiey.com (Sensasi Selebriti)

Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)

Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.

Sensasi Selebriti dijana oleh WordPress 3.2.1

Full content generated by Get Full RSS.

Gossip Fauzi Nawawi Dituduh Ada Skandal

Posted: 18 Nov 2011 05:44 PM PST

Setelah tersebar di internet akan gossip kononnya Fauzi Nawawu kini ada kekasih gelap, pelakon Lisdawati tampil mengeluarkan kenyataan di Harian Metro pada hari ini. Menurut Lis, dia sangat terkejut dengan tuduhan itu dan berita sangat kelakar. Ini bukanlah kali pertama, pasangan ini menerima ujian seperti ini. Pernah dulu, keluar gossip tentang Fauzi Nawawi ada skandal.

Jika ini benar, Lis berharap kekasih gelap atau skandal suaminya itu tampil berdepan face to face dengannya. Selagi takde bukti yang sahih, Lisdawati tak dapat menerima kebenaran gosip ini.

Fauzi Nawawi

KUALA LUMPUR: "Saya tidak terkejut dengan perkhabaran itu, sebaliknya rasa begitu kelakar," kata pelakon, Nisdawati Nazaruddin (Lisdawati), 32, selepas ditanya mengenai suaminya, pelakon, Fauzi Nawawi, 38, didakwa mempunyai 'kekasih gelap'.

Lisdawati berkata, dia langsung tidak terkejut biarpun diberitahu mengenai cerita kurang enak membabitkan suaminya semalam, sejurus satu blog hiburan melaporkan Fauzi Nawawi kini mempunyai kekasih gelap.

"Saya seorang yang mudah… kalau memang betul Fauzi ada gadis baru, wanita lain atau pun skandal, silalah kedua-duanya tampil ke hadapan. Saya janji demi nama Allah, saya tidak akan marah mereka, cuma saya nak tanya kedua-dua pihak, betul ke korang (kamu berdua) ni skandal? Apa yang korang (kamu) nak? Itu je," katanya ketika dihubungi, semalam.

Kata Lisdawati, apa yang penting dia amat mempercayai suaminya.

"Saya tak boleh menerima kebenaran tanpa bukti yang kukuh. Sudah-sudahlah membuat gosip kerana orang tidak mengenali Lisdawati dan Fauzi," katanya yang menganggap cerita disampaikan itu kurang bijak.

Sementara itu, Fauzi ketika dihubungi berkata, dia terkejut dengan laporan dianggap fitnah itu.

"Saya tidak pernah bercerita mengenai masalah rumah tangga kepada orang lain, termasuk kepada ibu sendiri atau ibu mentua. "Saya menafikan sekeras-kerasnya mempunyai kekasih gelap," katanya bagi menangkis dakwaan blog hiburan yang melaporkan dia mempunyai 'skandal baru' selepas lampiran mesej di Blackberry Messenger (BBM) miliknya menunjukkan dia sedang menjalin hubungan cinta dengan seseorang selain memberitahu mahu berkahwin lain.

"Tuduhan ini sangat melampau dan saya menganggap perkara ini sebagai fitnah, mencemarkan maruah diri dan isteri yang boleh memecahbelahkan rumah tangga kami. Sejak bila saya ada kekasih gelap? Sekarang ini teknologi semakin canggih dan nama yang terpampang di screeshoot (lampiran mesej) BBM hanyalah satu penyamaran. Selain itu, gambar digunakan juga diciplak daripada gambar saya," katanya.

Menurut Fauzi, paparan mesej BBM itu hanya rekaan semata-mata kerana ada individu yang iri hati dengannya.

"Mustahil untuk saya menceritakan masalah rumah tangga sendiri kepada sesiapa saja, apa lagi untuk berkongsi perkara itu di Blackberry kerana saya tidak mempercayai orang ketiga," katanya.

Ketika ditanya sama ada akan mengambil sebarang tindakan, Fauzi memberitahu, dia akan membuat laporan polis dan menyerahkan kes ini kepada peguam peribadi.

Dia berkata, fitnah terbabit antara permainan dalam industri hiburan kerana ia berniat untuk menjatuhkan dirinya selain memecahbelahkan rumah tangga, sedangkan hakikatnya dia dan isteri (Lisdawati) hidup bahagia.

Katanya, dia ada memberitahu perkara itu kepada Lisdawati, namun isterinya hanya ketawa besar.

"Saya mahu menegaskan biar apa pun yang terjadi saya tidak akan meninggalkan isteri saya," katanya.

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Anak Sulung Lisdawati & Fauzi Nawawi
  • Fauzi Nawawi, Pelakon Orang Minyak Pergi Kelab Dangdut?
  • Gambar Pasangan Sehati Berdansa Lisdawati & Fauzi Nawawi @ Karnival SBRia
  • Drama bersiri Sari Maya Lakonan Fauzi Nawawi, Zizie Ezette, Liyana Jasmay
  • Gambar Ida Nerina Seksi Pakai Bikini
  • Video Lucah Ida Nerina & Fauzi di Rumah Tumpangan Sabul
  • Skandal Salih Yaakob?
  • Wira Dani Kekasih Pengacara Seksi Raja Endon Mastura?
  • Gambar Aznil Nawawi di Red Carpet ABPBH2010
  • Slot Seram Puaka Niyang Rapik di TV3
  • Full content generated by Get Full RSS.