Zon Artis |
(Tahniah) Rashidi Ishak Kini Memiliki Ijazah Posted: 18 Oct 2011 08:47 PM PDT Bangga pula kami dibuatnya bila mendapat tahu yang Rashidi Ishak, suami kepada Vanidah Imran kini sudah memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi dari Universiti Putra Malaysia (UPM) walaupun masa yang diambil untuk memiliki'nya agak lama iaitu 7 tahun. Rashidi menerima ijazah tersebut pada majlis konvokesyen UPM kali Ke-35 yang diadakan pada 15 dan 16 Oktober lalu selepas melalui berbagai rintangan termasuk terpaksa menangguhkan pengajian selama dua tahun kerana sibuk dengan aktiviti seni. Menurut Rashidi, dia berasa bertuah walaupun mengambil masa yang lama untuk menamatkan pengajian kerana dia mampu membuktikan bahawa artis yang sibuk sepertinya juga boleh berjaya dalam akademik sekiranya mahu berusaha dengan bersungguh-sungguh. Tambah Rashidi lagi, semangat yang kuat dalam dirinya untuk menyambung sekaligus menamatkan pengajian didorong oleh isteri dan keluarga selain mahu menjadi pembakar semangat kepada anak-anaknya dalam bidang akademik.
Tahniah kami ucapkan kepada Rashidi kerana sudah memiliki ijazah. Semoga ini akan menjadi contoh kepada sesiapa sahaja lebih-lebih lagi kepada anak-anak muda bahawa pendidikan sangat penting untuk masa depan. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |