Harian Metro: Rap |
Nicki, patung ‘Barbie kulit hitam’ Posted: 18 Oct 2011 06:18 AM PDT TIBA-TIBA saja nama 'rapper' wanita ini menjadi sebutan. Semuanya gara-gara imej dan lagunya, Super Bass mendapat perhatian penggemar muzik di Barat. Kalau Lady Gaga artis berkulit putih yang sinonim dengan gaya solekan yang pelik-pelik, dia pula penyanyi kulit hitam yang membawa imej patung mainan Barbie. Orangnya bernama Nicki Minaj, wanita kacukan India dan Afrika. Lihat saja koleksi gambar di sini. Dengan rambut pelbagai warna, ia sudah cukup membuatkan Nicki, 27, tampak berani dalam soal fesyen. Ada sesetengah pihak menganggap Nicki Minaj cuba meniru Lil Kim, kuat membuat gimik dan seorang artis yang palsu.
Pada peringkat awal dulu, Nicki selalu mengiringi penyanyi rap lain di pentas. Antara kerjasama Nicki dengan Guci Mane menerusi lagu Slumber Party. Ia berjaya mengangkat namanya sebagai penyanyi rap wanita. Namun Nicki benar-benar berada di puncak kejayaan pada 2009. Selepas membuat beberapa persembahan yang mengagumkan, akhirnya dia dilamar syarikat rakaman Young Money Entertainment untuk dijadikan artis mereka. Lalu dia berkolaborasi dengan dua nama besar dalam industri nyanyian iaitu Kanye West dan Rihanna. Pada 19 November tahun lalu, barulah Nicki melancarkan album penuhnya, Pink Friday yang semakin melonjakkan namanya sehingga sibuk membuat promosi di sana sini. Selain itu, dia juga menjadi 'rapper' wanita pertama yang tujuh lagunya berjaya masuk ke Carta Top 100 Billboard. "Sebelum saya melancarkan album lagi, saya sudah ada 'single' pertama iaitu Massive Attack yang mendapat sambutan positif dari seluruh dunia. Kemudian, saya menghasilkan pula 'single' kedua berjudul Your Love. "Lagu itu dihasilkan untuk membuktikan saya mampu menyanyi dan pada masa sama membuat 'rapping'. Ia menjadi salah satu lagu terbaik dalam Top 100 Carta Billboard. Saya sangat bersyukur. "Pada 2010 iaitu selepas sebulan album pertama saya dilancarkan, saya menjadi 'rapper' wanita pertama yang tujuh lagu berjaya disenaraikan dalam Carta Billboard," katanya. Pada minggu pertama Pink Friday berada di pasaran, hasil jualan sudah mencecah 350,000 unit. Ini membuktikan aura Nicki semakin kuat dalam industri hiburan dan dia tidak mengambil masa yang lama untuk mengukuhkan namanya. Malah ketika mengadakan siri jelajah bagi mempromosikan album Pink Friday, peminatnya sanggup berkhemah di luar hotel tempat dia menginap semata-mata menunggu peluang untuk melihat sendiri wajahnya itu. "Dulu, saya memang mahukan kemasyhuran tapi apabila saya sudah merasainya, ia tidaklah begitu seronok. Seperti orang lain, saya masih ada kehidupan peribadi yang perlu saya simpan daripada pengetahuan umum. Walaupun saya semakin dikenali tapi tidak semua perkara saya mahu kongsi dengan semua orang," katanya. Mengakui dia ada beberapa 'identiti diri', salah satu identiti Nicki adalah Roman Zolanski yang menurutnya, 'adik kembarnya' yang menyanyi bersamanya untuk beberapa lagu dalam album Pink Friday. Terbaru, Nicki memberikan kenyataan bahawa dia mencipta dua lagi identiti diri iaitu Nicki Teresa dan Rrrosa (Rosa). Bagaimanapun, perkara ini bukanlah sesuatu yang janggal dalam industri seni kerana kepelbagaian peribadi ini sering dilakukan beberapa penyanyi di Amerika Syarikat seperti Beyonce Knowles, Rihanna dan Lady Gaga. Penyanyi rap terkenal, Eminem turut bersetuju mereka mempunyai identiti tersendiri bagi menyokong persembahan mereka di atas pentas. Sebagai seorang penggiat seni, Nicki dikenali sebagai seorang penyanyi yang mampu menghasilkan pelbagai suara. Kemampuannya melakukan 'raping' juga sangat baik ketika menyanyi. Dalam satu lagu, Nicki mampu menghasilkan lima atau enam suara berbeza. Di sebalik kejayaan yang dikecapinya kini, tiada siapa menyangka kehidupan Nicki sebelum bergelar penyanyi sangat menyedihkan. Zaman kanak-kanaknya tidak seperti orang lain yang penuh dengan gelak tawa dan kasih sayang daripada ibu bapa. Pada usia lima tahun, Nicki terpaksa berdepan dengan keadaan keluarga yang kucar-kacir. Ibu bapanya sering bertengkar dan satu-satunya cara Nicki menghilangkan tekanan yang dihadapinya adalah dengan mencipta karakter baru dan berfantasi bahawa karakter itu tidak seperti dirinya. Mencari ketenangan diri, Cookies adalah identiti dirinya selama beberapa tahun sebelum beralih menjadi Harajuku Barbie dan seterusnya identiti terkini, Nicki Minaj. Ayah Nicki seorang penagih dadah dan sering meminta wang daripada ibunya bagi memuaskan ketagihannya itu. Detik cemas melanda Nicki dan ibunya apabila ayahnya cuba membakar rumah mereka. Ketika itu, Nicki dan ibunya sedang berada di dalam rumah itu. Selepas terselamat daripada kejadian itu, ibu Nicki terpaksa menjadi ketua keluarga sehingga dia habis persekolahan di LaGuardia High School, sebuah sekolah berprestij dalam bidang lakonan. "Kehidupan masa lalu saya sangat menyedihkan. Saya terpaksa membantu ibu saya dengan melakukan pekerjaan yang tidak saya sukai. Selepas selesai bekerja, pada sebelah malam saya akan mengenakan pakaian yang cantik dengan harapan "Pada sebelah malam, saya adalah artis tapi apabila siang, saya adalah seorang 'hamba'. Apabila mengenang masa lalu, saya mahu cakap sesuatu pada mereka yang pernah menjadikan hidup saya umpama dalam neraka, "Adakah kamu melihat saya sekarang ini? Ini adalah hasil cacian kamu!" katanya. PROFIL NAMA SEBENAR: Onika Tanya Maraj |
Posted: 18 Oct 2011 06:07 AM PDT KUNJUNGAN produser sensasi, Raja Azmi Raja Sulaiman ke Jakarta Indonesia bagi memenuhi Festival Filem Q! (FFQ!), yang mempertaruhkan karya sensasi dan kemanusiaan, baru-baru ini, bagaikan pembuka jalan apabila filem ...Dalam Botol menarik perhatian pengusaha filem Hong Kong. Difahamkan, ...Dalam Botol terbitan Pengedaran JAS Sdn Bhd dan arahan Khir Rahman adalah satu-satunya filem yang diundang memeriahkan Hong Kong Lesbian and Gay Film Festival yang akan dilangsungkan pada 21 November hingga 1 Disember depan.
"Saya agak terkejut apabila diberitahu ada anugerah dinamakan 'Hong Kong Lesbian and Gay Film Festival'. Tetapi saya tidak mahu begitu ambil pusing mengenai nama anugerah itu. "Sebaliknya berharap di sana nanti penganjur lebih menekankan soal mesej dan kesan di sebalik isu gay, lesbian dan transeksual kepada individu dan masyarakat.
Raja Azmi menambah, pemergiannya itu kemungkinan besar disertai Khir Rahman serta barisan pelakonnya, Diana Danielle, Arja Lee dan Wan Raja. "Filem ini akan dialih suara ke bahasa Mandarin yang dibuat sendiri penganjur. Mereka mengalih bahasa menggunakan 'subtitle' Inggeris yang terdapat dalam filem," katanya. Seperti yang kita tahu, sambutan filem ....Dalam Botol, mungkin tidak sehebat filem komersial yang lain, barangkali kerana intipati dan genre yang diketengahkan menerusi karya berkenaan masih asing serta belum dapat diterima masyarakat sepenuhnya. Namun, sebuah filem yang baik ternyata punya tempat di peringkat antarabangsa dan hal ini pernah dibuktikan Allahyarhamah Yasmin Ahmad apabila filem arahannya seperti Mukhsin dan Rabun menjadi perhatian di majlis festival filem antarabangsa. "Saya tidaklah terlalu kecewa dengan sambutan diberikan penonton tempatan terhadap ...Dalam Botol kerana saya sedar konsep filem sebegitu masih baru selain masyarakat kita belum terbuka walaupun ramai yang sedar isu seperti ini benar dan berlaku di sekeliling mereka. "Berbeza dengan masyarakat luar kerana mereka cukup terbuka dan kerana itu apabila filem ...Dalam Botol diundang ke Festival Filem Q! (FFQ!) di Jakarta mereka menyambut baik dan positif memandang karya ini. "Jarang sekali saya mendapat pujian apabila filem ini dipertontonkan di Malaysia, namun ketika di Jakarta, reaksi yang diberikan cukup berbeza. Mereka bukan saja menyentuh soal lakonan, pengarahan tetapi juga sukakan mesej yang diketengahkan dan ini membuatkan saya benar-benar terharu," katanya. Sementara itu, ...Dalam Botol kini sedang dipertandingkan dalam Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) bersama 40 filem cereka lain. FFM24 tahun ini dianjurkan Gabungan Karyawan Filem Malaysia (Gafim). Sepintas lalu, ...Dalam Botol mengisahkan Ruby atau nama sebenarnya Rubidin dan Ghaus adalah pasangan bercinta sejenis. Kerana terlalu mencintai Ghaus, Rubidin sanggup berkorban mengubah identitinya kepada Ruby. Bukan calang-calang pengorbanan yang dilakukan Ruby, identiti dirinya diubah menerusi satu pembedahan jantina. Namun, Ghaus tidak dapat menerima Ruby dalam keadaan fizikal seperti seorang wanita, sekali gus menyingkirkan Ruby daripada hidupnya. Keadaan bertambah sulit apabila hormon lelaki dalam tubuh Ruby kembali menyerlah dan dia ingin kembali menjadi seorang lelaki. Malah, Ruby mula jatuh cinta dengan seorang gadis yang baik budi. Namun, Ruby sedar jasadnya bukan lagi seperti seorang lelaki tulen kerana dia telah membuang alat sulitnya dan hidup bertuhankan nafsu. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |