Utusan Online - Hiburan |
Posted: Pencarian Lah, AdamOleh HASNURUL MOHAMED LAH Ahmad dengan gaya menyanyi dengan gaya tersendiri dalam program i-Popular di Studio Filem Negara, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini. PENGHIJRAHAN yang berlaku ke atas artis tanah air bukan sahaja melibatkan artis wanita yang tampil dengan imej bertudung. Malah di kalangan artis lelaki juga, mula sedar dan membuat anjakan pada penampilan dan cara hidup yang lebih mengikut hukum syarak. Justeru, bagi dua artis lelaki popular, Abdullah Ahmad dan Adam VIP, mereka turut membuat penghijrahan dalam kehidupan masing-masing. Ini kerana, kedua-duanya merasakan, dunia hiburan yang menjadi sandaran rezeki buat mereka bagaikan tidak bermakna apabila hati dan jiwa terasa kosong. Kata Abdullah atau lebih dikenali sebagai Lah, ada sesuatu yang tidak kena dengan kehidupannya walaupun namanya kekal popular di persada seni tanah air. Perasaan yang agak serupa turut menghantui Adam yang tercari-cari sesuatu untuk mengisi ruang dalam jiwanya. Dalam pencarian untuk menjadi insan yang lebih sempurna, baik Lah mahu pun Adam, segala perubahan dalaman yang berlaku ke atas diri mereka tidak mematikan langkah untuk bergelar artis. Pengertian hidup Lah Ahmad Di awal pembabitannya bersama kumpulan Voices of Euphonious atau VE yang ditubuhkan pada tahun 2003, Lah di ulit dengan populariti dan dikelilingi peminat. Pun begitu, bagi diri anak jati Kuala Lumpur ini, ada sesuatu yang tidak kena dengan kehidupannya. Lah sendiri keliru apakah kekosongan yang dirasai itu satu sindrom yang melanda mereka yang mencapai kehidupan dalam usia yang semakin meningkat. "Di awal penglibtan saya dalam dunia seni bersama VE, saya lihat industri hiburan menjadi punca rezeki dan itulah yang saya lakukan sebelum ini. "Kini saya hanya memikirkan bagaimana mencari duit untuk membayar segala bil bagi kelangsungan hidup. "Ketaksuban saya dalam mencari wang berubah kerana cinta saya dalam bidang muzik dan nyanyian hari ini, lebih bermakna. "Jiwa saya juga terisi dan tenang lebih-lebih lagi selepas saya bertemu dan mendalami agama dengan Ustaz Habib Ali Zainal Abidin," kata Lah membuka bicara. Kemerduan qasidah Selepas empat tahun bersama VE dan muncul dengan tiga album iaitu Extreme Pleasure, Extreme Pleasure Extra dan For You, tahun 2007 menyaksikan VE berpecah dan masing-masing membawa haluan sendiri. Dalam tempoh 'bertenang' kata Lah, dia cuba mencari punca untuk meneruskan kariernya dalam bidang seni. "Ketika mengikuti kelas agama bersama Ameer Ruffedge dan Zaf, buat pertama kali saya mendengar qasidah dan hati ini terus jatuh cinta kerana kemerduannya. "Dari situ, saya mendengar satu melodi yang terlalu indah kerana liriknya memuji kebesaran Allah SWTdan Rasullullah. "Muzik 'baru' yang singgah di telinga saya telah 'melanggar' semua terma-terma muzik yang menjadi pegangan saya selama bergelar artis. "Dalam qasidah ada jazz, R & B dan ia membuatkan saya menitiskan air mata kerana irama seindah itu tidak pernah dipandang. "Perlahan-lahan, saya menulis lirik yang ada kena mengena dengan Ketuhanan dan dari situ, saya mencari keredaan Allah SWT," ujarnya sambil menghela nafas panjang. Menurut Lah, apabila hatinya lebih dekat dengan Allah SWT hidupnya menjadi lebih tenang. Bahkan, kata Lah, solat lima waktu tidak lagi diabaikan sebaliknya, jika lewat mengerjakannya, hatinya akan rasa tidak tentu arah. "Kalau dulu, dalam keadaan kelam- kabut, saya perlu menampilkan wajah tenang kerana perlu berhadapan dengan peminat atau pun diwawancara wartawan. "Tetapi kini semuanya telah berubah...menjadi lebih tenang," katanya yang akan mencari keredaan Allah untuk meneruskan kerjaya dalam bidang muzik. Perubahan Adam PEMILIK nama Mohd. Aizam Mat Saman atau lebih dikenali sebagai Adam VIP mengakui dirinya banyak mengalami perubahan sejak bergelar artis. Biarpun Adam pernah dihimpit dengan pelbagai kontroversi antaranya didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan Yusry Abd. Halim (Yusry KRU), namun anak kelahiran Negeri Bawah Bayu ini agak bijak menangani situasi panas pada ketika itu. Adam ketawa apabila dikatakan, dia seorang yang agak nakal kerana sering bertukar teman wanita. Sedangkan pada hakikatnya, Adam menjelaskan, apabila tiada keserasian dalam sesuatu perhubungan, lebih baik meletakkan noktah kepada hubungan berkenaan. Kata Adam, segala apa yang menimpa dirinya suatu ketika dahulu, dijadikan iktibar untuk memperbaiki diri. Sebab itulah, dalam diam-diam pada April lalu Adam mengerjakan umrah melalui pakej perubatan bersama rakan pelakon, Ashraf Muslim. Selepas menunaikan umrah, ramai yang melihat perbezaan perwatakan Adam hari ini. Apa komen Adam? "Memang hari ini saya lebih fokus kepada kerjaya kerana saya menyimpan cita-cita untuk menjadi pengarah filem. "Jika Allah berikan rezeki, tahun depan, insya-Allah, saya akan mengarah filem," katanya. Walaupun pada mulanya Adam enggan bercerita tentang pemergiannya ke tanah suci Mekah, tetapi setelah dipujuk akhirnya ia mengalah dan berkata; "Saya berasa begitu tenang selepas Tuhan memberi rezeki untuk mengerjakan umrah, baru-baru ini. "Maaf, saya tidak mahu mengulas panjang tentang perjalanan saya itu kerana tidak mahu peminat salah anggap tentang perubahan saya. "Lagi pun, kalau orang pandang kita sudah warak, orang akan mempersoalkan apabila melihat kita masih terlompat-lompat di atas pentas. "Cuma apa yang boleh saya katakan, segala apa yang saya lakukan, saya tidak akan lupa tanggung jawab dan landasan agama. "Ini kerana segala rezeki yang saya dapat adalah pemberian Allah dan soal saya mengalami perubahan dalaman atau tidak, wallahuala." Menurut Adam, sebagai manusia biasa, dia percaya bahawa setiap manusia akan melalui perubahan dalam kehidupan. "Sebenarnya perubahan dalam jiwa saya sudah lama berlaku iaitu sebelum saya mengerjakan umrah. "Perubahan tidak boleh terjadi dalam tempoh sehari kerana saya harus tahu kemampuan diri. "Sebab itulah saya tidak menghebohkan tentang pemergian saya ke Mekah untuk menunaikan umrah kerana bagi saya biarlah perubahan itu datangnya dari hati dan jiwa saya," kata Adam. Full content generated by Get Full RSS. |
PSB teruskan nadi dunia bangsawan Posted: PSB teruskan nadi dunia bangsawanOleh HASNURUL MOHAMED SATU babak dari bangsawan Puteri Selindungan Bulan telah dipentaskan di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur, baru-baru ini. DALAM usia 72 tahun, Morad Ibrahim atau Pak Morad berusaha gigih untuk menghidupkan pementasan bangsawan untuk tontonan generasi muda hari ini yang lebih cenderung memilih teater moden. Tekad untuk mementaskan bangsawan Puteri Selindungan Bulan (PSB) di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur selama tiga hari mulai 14 Oktober, telah mendapat respon daripada para peminat bangsawan. Puteri Selindungan Bulan yang dibawakan oleh kumpulan Bangsawan Seri Kedah pimpinan beliau dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) adalah sempena bulan Bahasa Kebangsaan. Menurut Pak Morad, bukan mudah untuk terus menghidupkan bangsawan kerana era kegemilangannya telah lama berakhir. "Pada zaman dahulu bangsawan menjadi hiburan untuk orang Melayu dan bukan Melayu. "Tetapi kini, bangsawan hanya menjadi tontontan orang Melayu dengan jumlah penontonnya yang amat terhad. "Bagi saya, kalau kita mahu pementasan bangsawan terus hidup, kita perlukan sokongan pelbagai pihak," katanya ketika ditemui selepas malam akhir pementasan PSB, di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Menurut Pak Morad, walaupun bangsawan kini dipinggirkan namun tidak terlintas di hatinya untuk menandingi teater urban kerana apa yang penting baginya bangsawan akan terus hidup. "Sejak umur saya 10 tahun, saya sudah didedahkan dengan pementasan bangsawan termasuk menjadi budak pentas (stage boy), penarik tirai, tukang sapu pentas dan pegang tombak sebelum belajar berlakon dan menulis skrip. "Kalau diimbas kembali, tidak boleh tidak, dunia bangsawan mesti dikaitkan dengan Allahyarham Mak Enon yang diberi jolokan sebagai Seri Panggung Bangsawan pada zaman dahulu. "Kegilaan penonton dan peminat bangsawan terhadap Mak Enon pada ketika itu adalah kerana dia cantik, boleh berlakon, menyanyi, bersilat dan menari. "Itu adalah kriteria yang perlu ada dalam diri seseorang pelakon bangsawan yang mana, agak sukar untuk dicari hari ini. "Selain Mak Enon, pelakon bangsawan lain yang turut diminati ketika zaman kegemilangannya ialah Allahyarham Mak Minah Yem, Mak Minah Elias serta Zaharah Agos. "Mereka ini adalah antara insan yang pernah menggegarkan pentas bangsawan, namun kini semuanya hanya tinggal kenangan," kata Pak Morad yang bertindak sebagai pengarah dan penulis skrip PSB. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |