Berita Harian: Hip |
Posted: 18 Oct 2011 10:14 AM PDT Hip PEPATAH Melayu mengatakan, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana. Hanya disebabkan membuka rahsia pada orang yang tak sepatutnya, tercetuslah perang membabitkan beberapa pelakon iaitu Julia Ziegler, Didie Alias, Sharifah Sakinah dan Gambit Saifullah.Sejak kebelakangan ini, peminat dunia hiburan menyaksikan drama yang sehingga kini masih belum bertemu penghujungnya. Cerita Julia menyerang Didie dan Sakinah kerana mendakwa dua pelakon ini bercerita perkara buruk di belakangnya membuatkan pelakon filem Jangan Tegur ini hidup dalam tekanan. Malah ketika dihubungi Hip petang kelmarin, Julia seakan tidak bersemangat untuk ditemubual. Baginya, gosip yang menimpanya benar-benar menjatuhkan maruahnya sehingga meletakkan dirinya dalam keadaan tekanan yang teramat. Jelas Julia di hujung talian, kalau boleh dia enggan bercerita hal itu kerana merasakan apa yang dibaca di media sebelum ini tidak berpihak kepadanya.Selain kembali menuding jari padanya, banyak kenyataannya sebelum ini adalah disalah tafsir sehingga menyebabkan dia nampak jahat di mata pembaca. Namun menyedari bahawa berdiam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik, akhirnya dia bersuara juga demi menegakkan sebuah keadilan. Hip: Julia seperti cuba melarikan diri apabila cerita serang menyerang ini menjadi semakin panas. Mengapa?
Hip: Tak rasa tindakan Julia itu seperti membuka pekung di dada sendiri?
Hip: Bagaimana penerimaan keluarga berhubung kontroversi ini?
Hip: Khabarnya Sakinah sudah pun meminta maaf pada Julia?
|
Posted: 18 Oct 2011 10:11 AM PDT Hip LAGU memainkan peranan penting bagi seseorang artis untuk menambat hati peminat, malah lagu jugalah yang membuatkan peminat memahami karektor seorang penyanyi.Melalui lagu, nama Alif Satar menjadi bualan peminatnya yang kebanyakannya remaja. Mendengar saja setiap bait lagu dan muzik yang diketengahkan menyentuh sanubari jiwa muda peminatnya. Kali ini Alif tampil menerusi album kedua, juga yang terbaru menampilkan persembahan muzik dianggap lebih dekat dengan golongan muda atau sebaya dengan dirinya. Tampil kekal dengan irama rancak sesuai untuk golongan remaja, dia berasakan lagu yang dimuatkan di dalam album keduanya itu juga mampu mencuri perhatian setiap gadis.Sasaran saya untuk menambat hati peminat remaja terutama gadis kerana lagu-lagu di dalam album ini menampakkan sedikit kematangan berbanding album pertama. Kebanyakan yang mengikuti lagu-lagu nyanyian saya golongan muda. Jadi saya akan terus sasarkan kepada golongan ini, katanya. Melihat kejayaan album pertamanya, Nakal mencapai penjualan 3,000 salinan, Alif menganggap golongan ini masih memilih album fizikal berbanding muat turun di internet.
Saya minat jazz serta muzik yang ditonjolkan kumpulan Maroon 5 tetapi saya tak boleh ikut selera sendiri dalam penghasilan album kerana tak semestinya apa yang kita minat, orang lain pun suka. Jadi kena buat lagu yang orang minat. Dalam masa sekarang orang nak dengar apa yang saya boleh bagi, bukannya apa yang saya suka, jelasnya. Usia lima tahun di dalam industri muzik mungkin agak muda tetapi Alif menunjukkan pengalaman dan kematangan dari segi pemilihan lagunya sehingga sanggup mengenepikan muzik pilihan hati. Album yang memuatkan single hitnya, Lelaki Seperti Aku serta lagu baru, Abdul, Pendusta, Rapuh, Dalam Sunyi, There We Go dan Timeless cukup dekat dengan golongan remaja. Berasakan masih belum sampai waktu untuk menghasilkan album yang lebih matang seiring dengan usianya 21 tahun, Alif mahu melihat peningkatan karier seninya bermula di peringkat remaja. Bukan saya takut untuk menghasilkan lagu syahdu, mendayu atau matang tetapi merasakan masih belum cukup kuat untuk menambat golongan dewasa kerana saya masih baru. memang akan ada lagu-lagu sedemikian mungkin di dalam album saya akan datang pabila peminat remaja saya ini sudah menjangkau dewasa, terangnya. Menganggap muzik sebagai medium hiburan semata-mata, Alif tidak pernah mengaitkan lagu-lagunya dengan kisah peribadi. Malah, setiap lagu yang dihasilkan adalah suatu imaginasi pengkarya muzik sebagai hiburan menyenangkan hati kepada pendengar bukan berkaitan kisah hidup penyanyi. Semua orang anggap begitu, sebenarnya lagu Lelaki Seperti Aku tiada kaitan dengan diri saya dan semua lagu saya adalah sekadar untuk menghiburkan peminat muzik saja. Dari segi pemilihan lagu juga dibuat bersama dengan label muzik agar sesuai dengan vokal saya bahkan lagu yang saya tulis sendiri, Katamu juga tidak dipilih untuk album ini, terangnya. Album yang menampilkan komposer Panji Sakti (Lelaki Seperti Aku, Abdul, Rapuh dan Dalam Sunyi), Zimi Sofaz (Pendusta) dan Amirah Ali (There We Go) itu akan dipasarkan 24 Oktober ini. Lebih menarik lagi, percubaan pertamanya menyampaikan lagu berbahasa Inggeris, There We Go dan Timeless berduet dengan penyanyi Filipina, Julia Abueva, 16, menampakkan kelainan pada dirinya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |