Adsense

Selasa, 18 Oktober 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Penerbit Filem Jepun Taruh Minat Pada Zizan (Raja Lawak)

Posted: 17 Oct 2011 07:35 AM PDT

PETALING JAYA: Belum pun filem lakonannya dengan syarikat produksi Jepun, Sedic Entertainment ditayangkan, pelakon Mohd Razizan Abdul Razak (Zizan Raja Lawak) sudah menerima tawaran untuk berlakon di negara matahari terbit itu.

Menurut Zizan, selepas dia selesai menjalani penggambaran sebuah filem terbitan syarikat itu yang turut dilakonkan oleh pelakon Jepun bernama Kitano Kii, penerbit daripada syarikat itu terus menawarkannya untuk berlakon di sana.





"Memang mereka ada memberitahu untuk membawa saya berlakon di Jepun lagi selepas ini tetapi semuanya belum mempunyai keputusan.

"Terus-terang, saya selesa bekerjasama dengan syarikat produksi ini dan tidak salah untuk meneruskan perhubungan dengan mereka untuk bekerjasama sekali lagi selepas ini," kata Zizan mengenai filem yang masih belum diketahui tajuknya itu.

Semuanya tercetus selepas penerbit syarikat itu menonton filem "KL Gangster" yang dilakonkan olehnya di samping Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Adi Putra dan Sofi Jikan.

"Mereka mula mengenali saya selepas menonton lakonan saya dalam filem "KL Gangster" dan seterusnya melamar saya untuk berlakon dalam filem melibatkan tiga negara iaitu Malaysia, Jepun dan China itu.

"Ini merupakan projek pertama saya dengan syarikat produksi dari luar negara. Filem ini dijangka akan ditayangkan di negara ini, Jepun dan China," katanya lanjut.

Filem ini mengenai Yukari (Kitano Kii) yang merupakan guru bahasa Jepun berhijrah ke Malaysia. Bagaimanapun, dia telah berpura-pura mencintai Cikgu Rahman (Zizan) kerana sudah mempunyai teman lelaki. Bagi menunjukkan yang mereka sedang bercinta, Yukari menjadikan Cikgu Rahman sebagai alat untuk mengaburi mata orang lain.

Keputusan Saman Fitnah Lisdawati Terhadap Nadia 31 Oktober Ini

Posted: 17 Oct 2011 07:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, menetapkan 31 Oktober ini untuk memberikan keputusan dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh pelakon, Lisdawati terhadap dramatis, Nadia Mustafar berhubung satu artikel berkaitan isu hutang, enam tahun lalu.

Hakim Yong Zarida Sazali menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujahan yang dikemukakan oleh peguam-peguam yang mewakili kedua-dua anak seni terbabit.





Lisdawati atau nama sebenarnya Nisnawati Nazaruddin, 33, selaku plaintif diwakili oleh peguam Sangeet Kaur Deo manakala peguam-peguam Mohamed Lusfi Yaakob dan Siti Noor Julaini Mohd Shahar mewakili Nadia yang dinamakan sebagai defendan.

Sangeet menghujahkan bahawa, pihaknya telah berjaya membuktikan Nadia ada mengeluarkan kata-kata fitnah merujuk kepada Lisdawati dalam satu temu bual oleh wartawan majalah Media Hiburan, Hanif Abdul Ghani (Allahyarham).

Temu bual tersebut kemudiannya diterbitkan dalam artikel bertajuk 'Hutang - Nadia Mustafar serang Lisdawati?' oleh majalah itu pada keluaran bertarikh 8 hingga 14 Januari 2005.

Tambah Sangeet, meskipun Nadia mengatakan dia tidak pernah menyebut nama Lisdawati dalam temu bual itu, Hanif telah mendapatkan komen plaintif yang merupakan rentetan daripada apa yang telah diberitahu oleh Nadia kepadanya.

"Defendan juga menyatakan dia langsung tidak terkejut melihat artikel tersebut dan tidak mengambil sebarang langkah untuk memperbetulkan artikel terbabit.

"Setiap hari ada sahaja ahli politik yang mengeluarkan kenyataan dan ada yang disalah tafsir oleh wartawan. Adalah sesuatu yang biasa untuk menghubungi semula wartawan itu dan mohon dibuat ralat.

"Tetapi Nadia tidak berbuat demikian dan menyerahkan kepada orang luar untuk membuat andaian. Ini menunjukkan bahawa dia tidak peduli untuk membetulkan kenyataan itu dan wartawan terbabit hanya menjalankan tugasnya dengan tepat," tambah Sangeet.

Beliau juga menghujahkan, Nadia atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafar, 35, seharusnya bertanggungjawab terhadap kata-katanya yang menyebabkan wartawan membuat kesimpulan bahawa ia merujuk kepada plaintif.

"Kes ini juga melibatkan penerbitan semula dan defendan tidak hanya mengatakan kata-kata fitnah, tetapi turut menyebabkan ia diterbitkan di dalam majalah Media Hiburan yang dibaca oleh orang awam," kata Sangeet.

Selain itu, Sangeet juga memberitahu, Nadia yang membintangi filem "Zombie Kampung Pisang" telah enggan memohon maaf kepada Lisdawati walaupun diminta berbuat demikian menerusi surat bertarikh 18 Julai 2005.

Sehubungan itu, beliau memohon agar mahkamah dapat mempertimbangkan ganti rugi sebanyak RM250,000 diberikan kepada Lisdawati bersama dengan faedah dan kos yang difikirkan sesuai.

Sementara itu, Mohamed Lusfi pula menghujahkan bahawa berdasarkan keterangan Lisdawati, pelakon itu sendiri telah bersetuju bahawa artikel terbabit tidak pernah menyatakan namanya dan Nadia juga tidak pernah membuat laporan polis atau mengambil tindakan mahkamah agar wang tersebut dikembalikan.

Ini kata Mohamed Lusfi menunjukkan bahawa Nadia tidak ada mengaitkan plaintif dengan isu hutang dalam satu artikel yang tidak ditulis sendiri oleh defendan.

Beliau juga menyatakan, tidak ada seorang pun saksi plaintif, iaitu Lisdawati, wartawan hiburan TV3, Nasir Ahmad (Nas Ahmad) dan pengarang Media Hiburan semasa itu, Intan Zabidin mendengar bahawa Nadia telah mengeluarkan kata-kata fitnah itu.

"Sekiranya plaintif tidak berhutang, maka tidak perlu mengaitkan dirinya dengan isu hutang tersebut. Pepatah ada menyatakan siapa yang makan cili maka dia yang terasa pedasnya.

"Tuntutan plaintif tentang apa yang diucapkan oleh defendan hanyalah serkap jarang," kata Mohamed Lusfi dan menambah agar mahkamah menolak tuntutan tersebut dengan kos.

Pada perbicaraan sebelum ini, Lisdawati mendakwa dirinya tidak pernah meminjam wang daripada Nadia sebaliknya berbuat demikian dengan teman lelaki Nadia semasa itu, Mohd Roslan Omar.

Bagaimanapun, Nadia tidak bersetuju dengan dakwaan tersebut dan mengatakan dia telah bekerja di luar daerah semasa itu dan menyuruh Mohd Roslan untuk berjumpa dengan Lisdawati dan mendahulukan wang RM10,000 bagi pihaknya.

OKU berumur 60 tahun dicekup main judi

Posted: 17 Oct 2011 07:33 AM PDT

SEREMBAN – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) merupakan antara 19 kaki judi dicekup oleh Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan (JHEINS) dalam serbuan Ops Judi Siber di sebuah premis di Taman Desa Anggerik dekat Senawang di sini malam kelmarin.





Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa JHEINS, Ahmad Husaini Mustafa berkata, semua suspek yang berusia antara 17 hingga 60 tahun itu ditahan dalam operasi yang turut disertai sepasukan anggota polis dari Cawangan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian D7, Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri.

Katanya, hasil serbuan itu, pihaknya turut merampas 40 unit komputer yang disyaki menjadi mesin judi di premis terbabit.

"Bertindak atas maklumat diterima, JHEINS telah melakukan intipan awal sebelum menyerbu premis tersebut pada pukul 10.05 malam.

"Antara yang ditahan kerana disyaki bermain judi ialah seorang lelaki orang kelainan upaya berusia 60 tahun," katanya kepada pemberita selepas operasi tersebut dijalankan kelmarin.

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati, premis yang turut menawarkan penjualan arak kepada pelanggan didapati beroperasi secara haram.

Perangkap SMS pelacur

Posted: 17 Oct 2011 07:32 AM PDT

KUALA LUMPUR – Golongan isteri dan kaum hawa kini mempunyai sebab kukuh untuk memeriksa kotak simpanan khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam telefon bimbit suami dan kekasih masing-masing berikutan terdapat satu taktik baharu bapa ayam dalam mempromosikan pelacur untuk lelaki berhidung belang.

Sindiket yang berselindung di sebalik sebuah pusat refleksologi itu dilihat begitu bijak memperdayakan sesiapa sahaja yang membaca SMS tersebut kerana ia seolah-olah kelihatan seperti mereka sedang mempromosikan model kereta.

Kosmo! yang menjejaki premis di Salak Selatan di sini itu sebaik dimaklumkan mengenai taktik tersebut mendapati ia benar seperti yang didakwa.





Sumber memberitahu, antara SMS yang dihantar secara rambang itu ialah "Pelanggan dihormati, berkunjunglah ke bilik pameran kami di sini, terdapat 10 model kenderaan baharu yang sedia dipandu uji."

Namun, maksud sebenar sindiket ialah untuk menjemput penerima SMS berkunjung ke premis tersebut manakala 10 model kenderaan itu pula merujuk kepada pelacur baharu.

"SMS tersebut sengaja direka begitu untuk mengelak kegiatan pelacuran di situ dari dikesan pihak berkuasa," ceritanya ketika ditemui.

Terdapat juga kandungan SMS lain yang dihantar khusus untuk merangsang penerimanya supaya segera melanggan pelacur asing. Antara SMS itu termasuk:

"Terkini! Pusat servis kami kini mempunyai lima tenaga pakar dari luar negara yang sedia memberi perkhidmatan kepada anda. Dua mekanik dari China, dua dari Vietnam dan satu dari Thailand."

Menurut sumber itu, mekanik yang dimaksudkan dalam SMS tersebut adalah wanita asing yang bertindak sebagai pelacur.

Pencuci kereta terlepas taling gantung

Posted: 17 Oct 2011 07:31 AM PDT

SHAH ALAM – Seorang pencuci kereta terlepas daripada hukuman gantung apabila mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan pilihan memiliki dadah, tahun lepas.

Hakim Datuk Mariah Ahmad menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan sebatan 10 kali terhadap Rosli Ithnin, 27, selepas lelaki itu mengaku bersalah memiliki 379 gram kanabis, pada Jun tahun lepas.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan stesen minyak Shell, Taman Seri Manja, Petaling Jaya, dekat sini, pada pukul 7.30 malam, 11 Jun, 2010.

Pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta yang sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Rosli sebelum ini menghadapi tuduhan mengedar di bawah Seksyen 39B akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.





Hakim Mariah memerintahkan Rosli menjalani hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap pada 11 Jun tahun lepas.

Mengikut fakta kes, kereta dipandu Rosli ditahan dalam satu sekatan jalan raya dan ketika diarah keluar dari kereta, tertuduh enggan berbuat demikian.

Pihak polis kemudian bertindak memecahkan tingkap kereta dan ternampak sebuah bungkusan tertulis "Nokia and Sony Ericsson" berada di celah peha tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ridha Abdah Subri manakala tertuduh diwakili peguam Richard Ho. - Bernama

Larian lembu jantan versi AS

Posted: 17 Oct 2011 07:30 AM PDT

CAVE CREEK - Ratusan orang berlari bagi mengelak ditanduk beberapa ekor lembu jantan di bandar ini yang terletak di negeri Arizona, Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Menurut pihak penganjur, larian itu adalah lebih selamat berbanding dengan acara yang terdapat di Pamplona, Sepanyol.

Pihak penganjur menyatakan bahawa lembu jantan yang digunakan dalam acara tersebut tidak mempunyai tanduk yang tajam seperti di Sepanyol kerana ia telah ditumpulkan.

"Saya masih menggeletar," kata seorang peserta larian itu, Maureen Borsodi dari Los Angeles selepas dia menamatkan larian.

"Ia seperti satu rusuhan," tambahnya.

Hampir 12 ekor lembu mengejar 200 orang dalam larian melibatkan satu minit.

Walaupun terdapat sejumlah kecil orang terjatuh, tidak ada seorang pun peserta yang mengalami kecederaan yang serius. - Agensi



Petani mahu lebih 14 orang anak

Posted: 17 Oct 2011 07:29 AM PDT

IGANGA, Uganda - Seorang petani di sini, Ahmed Kasadha sudah mempunyai 14 orang anak hasil perkahwinannya dengan dua isterinya.

"Bapa saya mempunyai 25 orang anak. Saya hanya mempunyai 14 orang anak setakat ini dan saya jangka akan mempunyai lebih ramai anak pada masa depan," kata Ahmed.

Dia menganggap keluarga yang besar merupakan satu lambang kejayaan selain rahmat daripada tuhan.

Menurutnya, anak yang ramai akan dapat membantu dia semasa dirinya sudah tua nanti. - Agensi



Lelaki 52 tahun tewaskan petinju berumur 30 tahun

Posted: 17 Oct 2011 07:28 AM PDT

LOS ANGELES - Seorang petinju berusia 52 tahun yang dipenjarakan selama 26 tahun di atas kesalahan yang tidak dilakukannya, Dewey Bozella menang buat pertama kali dalam perlawanan tinju profesional di sini kelmarin.

Bozella menewaskan lawannya, John Hopkins yang berusia 30 tahun dalam perlawanan tinju profesional yang pertama disertainya. Dia diumumkan pemenang selepas empat pusingan perlawanan.





Sebelum ini, dia dipenjarakan selama 26 tahun di penjara Sing Sing, New York di atas kesalahan membunuh dengan kejam seorang wanita berusia 92 tahun.

Bagaimanapun, kesalahan itu digugurkan selepas satu salinan fail mengenai kes tersebut yang diperoleh oleh firma guaman yang mewakili Bozella mendapati saksi-saksi pendakwaan telah menipu dan seorang lagi suspek telah mengaku melakukan jenayah tersebut.

Penemuan itu menyebabkan kesalahan tersebut digugurkan pada Oktober 2009.

Dia dipenjarakan semasa berumur 18 tahun dan dia didapati bersalah membunuh wanita tersebut tujuh tahun selepas ditangkap.

Semasa dipenjara, Bozella merupakan seorang juara tinju light-heavyweight. Bozella juga pernah bercita-cita untuk menjadi seorang petinju.

Petinju legenda, Bernard Hopkins yang mendengar kisah Bozella telah menawarkan peluang untuk dia bertinju dengan Hopkins kelmarin.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama juga menelefonnya dan memberikan ucap selamat kepadanya sebelum pertandingan tersebut bermula. - Agensi