Himpunan Kisah Sensasi |
Studio Filem Negara Nyaris Terbakar Gara-Gara Rafidah Posted: 17 Oct 2011 05:27 PM PDT Aznil Nawawi dan Rafidah. Foto LIM CHENG KIAT KUALA LUMPUR: Studio rakaman rancangan Clever! Edisi Malaysia musim kedua di Filem Negara, Petaling Jaya, nyaris terbakar gara-gara pengacaranya, Rafidah, membuat eksperimen nyalakan api dalam air. Kata Rafidah yang menceritakan pengalamannya merakamkan program berkenaan pada awal Januari lalu itu, dia terkejut kerana risau jika kebakaran kecil yang berlaku itu merebak ke seluruh studio. "Ketika rakaman berlangsung, saya sedang membuat eksperimen menyalakan api dalam air bersama-sama dengan dua pembantu saya. Tersilap langkah agaknya, beberapa barangan eksperimen terbakar. "Waktu itu pembantu-pembantu saya hanya melihat kerana terkejut. Selamatlah kebakaran kecil itu dapat dipadamkan dengan cepat," katanya yang ditemui pada sidang media program Clever! Edisi Malaysia musim kedua, di restoran Delicious, Mars Residence, di sini, Isnin. Tambah Rafidah, kejadian itu memberikan satu pengalaman yang baru untuk dirinya dalam mengendalikan program tersebut bersama seorang lagi pengacara popular, Aznil Nawawi. Clever! Edisi Malaysia musim kedua muncul dengan pengetahuan Sains yang elbih mencabar. Rancangan kanak-kanak itu disiarkan setiap Sabtu bermula 22 Oktober ini menerusi saluran Astro TVIQ (610). Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Himpunan Kisah Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |