Harian Metro: Rap |
Taisyan tuntut kembali janji Bob Posted: 17 Oct 2011 06:07 AM PDT MENZAHIRKAN perkara yang tidak pernah dilihat dengan mata kasar tidak mudah, apatah lagi memainkan peranan sebagai Syaitan. Sebagai pelakon, sudah pasti cabaran itu yang dicari Ahmad Azhar Othman atau Awie dan Khairulizam Abdul Rahman (Khir Rahman) dalam berkarya. Watak berat seperti itu bukan selalunya datang. Harus diingatkan bahawa syaitan bukan hantu, melakonkan watak hantu mudah tetapi menggambarkan syaitan di mata umum menuntut imaginasi tinggi. Watak seperti itu memberikan kepuasan dan peluang itu diberikan kepada mereka oleh pengarah prolifik, Mamat Khalid sewaktu menghasilkan karya terbaru, Rentaz @ Lebuh Raya Ke Neraka. Menampilkan tema kerohanian, Rentaz mengisahkan Bob yang membesar dalam keadaan tidak sempurna dalam keluarga bermasalah, kerana mahu hidup senang, dia bersekongkol dengan syaitan.
"Memang saya mahukan watak Taisyan kerana ia cukup mencabar. Bagaimanapun, atas sebab tertentu saya terpaksa menolaknya dan Mamat menawarkan saya memainkan watak Bob. "Saya menolak melakonkan watak itu kerana status saya sebagai Duta Persekutuan Seruan Islam Perak, sudah tentu tidak manis jika apa yang dilakukan kelak memberi kesan kepada pertubuhan itu," katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran Rentaz di Pulau Pinang, baru-baru ini. Sebagai ganti, ada beberapa nama dicadangkan, namun mereka dirasakan tidak cukup kuat untuk memainkan peranan Taisyan, sehinggalah Awie sendiri memberikan nama Khir Rahman kepada Mamat Khalid. Kata Awie, selepas menjalani proses pembacaan skrip dan pemahaman watak ternyata Khir Rahman adalah pelakon paling sesuai. Selepas menjalani penggambaran, Awie akui bakat dimiliki Khir Rahman juga besar dan keserasian antara mereka senang untuk diwujudkan. "Melakonkan watak itu, dia perlu lebih berhati-hati agar tidak berlebih-lebihan dan sentiasa berada di atas landasan yang sudah ditetapkan pengarah. "Watak Taisyan memang besar dan dia boleh menjadi apa saja kerana dia adalah jelmaan syaitan. Kerana itu apabila beraksi depan kamera, saya sentiasa bersedia apa yang hendak dilakukan Khir Rahman terhadap permainan wataknya dan memberikan lakonan apa yang sepatutnya dilakukan," katanya. Bercerita lanjut mengenai Rentaz, ia bukan filem hantu atau seram tetapi berkonsepkan 'thriller'. Ia juga bukanlah filem ketuhanan, sebaliknya lebih kepada kerohanian. Kata Awie, sepanjang menjalani penggambaran filem itu yang diadakan di utara tanah air, berlaku juga perkara yang agak menyeramkan terutama sewaktu berada di dalam hutan bersempadan dengan negara jiran, Thailand. "Waktu itu kami sedang mengadakan penggambaran membabitkan babak mengusung keranda. Waktu itu ada beberapa orang mengambil gambar dan sewaktu kami melihat kembali foto diambil kelihatan entiti asing. "Perkara itu membuatkan semua pelakon dan kru berasa seram. Bagaimanapun, syukur tiada perkara buruk berlaku sepanjang proses penggambaran Rentaz dijalankan," katanya. Bagi Khir Rahman pula, dia berterima kasih atas cadangan Awie dan pelawaan Mamat Khalid sendiri untuk dia membintangi Rentaz dan memegang watak besar sebagai Taisyan. "Hendak diikutkan tidak bagus sekiranya saya mahu membanggakan watak Katanya, sebagai manusia kita tidak pernah melihat syaitan itu secara nyata jadi sudah pasti cabarannya besar. Malah, apa yang dilakukan, sebagai pelakon Khir Rahman secara jujur menjelaskan ia tidak pasti sama ada ia betul ataupun tidak. "Kalau salah percaturan boleh bercanggah dengan iman. Jadi untuk menjayakan watak syaitan ini, saya cuba membawanya dalam pendekatan mekanikal. Kalau terlalu memikirkan mengenainya takut pula nanti lakonan nampak begitu teknikal," katanya. Bercerita mengenai pengalamannya bekerja dengan Awie, Khir Rahman menyifatkan penyanyi utama kumpulan 'otai' Wings itu sebagai jujur dan sentiasa berpegang kepada intipati watak. "Sebagai syaitan, saya boleh menggambarkan watak saya dengan sebebas-bebasnya tapi berbeza dengan Awie, dia harus mengawal lakonannya. Begitupun keserasian banyak membantu untuk menunjukkan apa yang dilakonkan itu nampak baik dalam layar," katanya lagi. Biasanya sebagai pelakon yang pernah mengarah, mereka mempunyai tafsiran sendiri terhadap watak yang mahu dilakonkan. Sedangkan pengarah pula mahukan watak itu dilaksanakan dalam caranya sendiri. Tidakkah perkara itu akan menimbulkan konflik? Mengenai perkara itu, kata Khir yang sebelum ini mengarahkan filem ... Dalam Botol menjelaskan, apabila berlakon dia akan meletakkan disiplinnya sebagai pelakon, iaitu meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pengarah. PROFIL KHIR RAHMAN Nama Penuh: Khairulizam bin Abdul Rahman Filem: Puteri Gunung Ledang, Hikayat Merong Mahawangsa, Kapoww!!, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Los Faun, Cuci, Gubra, Rock, Pontianak Harum Sundal Malam 2, Potret Mistik dan Rentaz. Drama: Kasih Ke Syurga, Cahaya, Mingguan Lelaki, Pabila Larut Malam dan Oh Yeah! PROFIL AWIE: Nama Penuh: Ahmad Azhar Othman Filem: Pemburu Bayang, Sembilu, Sembilu II, Tragedi Oktober, Merah, Maria Mariana II, Nafas Cinta, Bara, Getaran, Iskandar, Baik Punya Cilok, Diva Popular, Zombie Kampung Pisang, Sumolah, Cuci, Duyung, Antoo Fighter, Hantu Kak Limah Balik Rumah. Anugerah: Pelakon Terbaik Anugerah The 8th Annual BOH Cameronian Arts Awards (Cuci The Musical), Penghibur TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1995, Pelakon Filem Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1996. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 17 Oct 2011 05:52 AM PDT PERMULAAN yang meyakinkan. Begitulah dapat disaksikan pada konsert minggu pertama program realiti terbaru VOKAL - Bukan Sekadar Rupa (VBSR) yang membuka tirai dari Sri Pentas 2, Shah Alam, semalam. Sudah ada kejutan yang bakal menjadikan program ini popular seperti Mentor. Menampilkan lima peserta, program malam kelmarin diadili juri tetap, komposer Azmeer dan Erra Fazira manakala Datuk Siti Nurhaliza diundang sebagai juri jemputan.
Antara matlamat utama program ini cuba mengubah perspektif masyarakat agar melihat suara dulu selepas rupa. Kejutan bermula sejak awal apabila peserta pertama, Mafarikha Md Akhir atau Mafa, 19, muncul mendendangkan lagu Rolling in the Deep nyanyian Adele yang berjaya memukau penonton dan juri.
Menariknya ketika setiap peserta menyanyi pada awal kemunculan, juri dan penonton hanya mendengar vokal. Kemudian selepas pemilihan atau penolakan dibuat, barulah mereka muncul di depan pentas. Boby boleh dianggap sangat bertuah kerana pada saat dia ditolak Erra Fazira, Azmeer dan Siti tampil menyelamatkannya atas alasan mahu memberikan dia peluang. Ditemui pada sidang media selepas itu, Azmeer menjelaskan berpuas hati dengan kemampuan mereka kecuali Epiit yang disifatkan tidak menyanyi dalam satu pakej serta hilang 'mood' pada bahagian korus. "Keputusan terpaksa dibuat kerana ia pertandingan dan bukan lagi uji bakat.
"Segala komen yang dilontarkan saya adalah ikhlas. Kalau saya tak tegur, siapa lagi nak tegur mereka? Kalau tanya ibu bapa mereka, semua akan cakap nyanyian anak mereka bagus," katanya. Mengulas isu dia lebih senang membahasakan dirinya sebagai 'aku' kepada peserta, Azmeer anggap ia tidak kasar. "Aku dan kau tak ada masalah kalau nak digunakan. Malah ia juga ganti nama yang kita pakai apabila kita bersolat. Bagi saya bukan sebab hendak pandang rendah tapi cara saya mendekatkan diri dengan mereka dan membentuk kasih sayang sesama manusia," katanya. Menjelaskan sikap serius yang boleh membuatkan peserta jadi gerun sehingga hilang fokus, Azmeer berkata, sekiranya mereka penyanyi yang baik, mereka perlu belajar menangani segala tekanan. "Kalau mereka penyanyi yang baik, mereka tak akan gerun dengan saya. Bagaimana kalau mereka hendak menyanyi di depan Yang di-Pertuan Agong atau Perdana Menteri kalau ada rasa gerun yang sukar dikawal?" katanya. Erra pula menyambut peluang daripada TV3 yang mahukan dia menjadi juri dengan hati yang terbuka selepas dia berjaya memenangi Mentor. "Saya tahu ramai lagi artis lain yang lebih berpengalaman berbanding saya tapi saya yakin TV3 ada sebab tersendiri memilih saya. Ini satu tanggungjawab besar. Saya ingin mencurahkan segala pengalaman yang ada untuk menilai bakat baru yang boleh digilap menjadi penghibur," katanya. Menjelaskan mengenai pemilihan Azmeer sebagai juri dalam kebanyakan program realiti TV di TV3, penerbit VBSR, Suffian Isa berkata, mereka tahu keupayaan komposer itu dalam menilai bakat baru. "Kami sudah banyak kali bekerjasama dan yakin dengan kredibiliti Azmeer.
"Mengenai lagu yang dinyanyikan, ia adalah pilihan peserta sendiri tapi kami akan menapis terlebih dulu. Penasihat akan tengok kesesuaian lagu itu dengan mereka," ujarnya. Sementara itu, Epiit menganggap dia tiada rezeki untuk melangkah ke pusingan seterusnya. Dia sudah mencuba yang terbaik namun terpaksa akur dengan keputusan juri pada malam itu. "Saya tak pasti sebab kenapa saya tak terpilih. Apapun saya pasrah kerana ini antara pencapaian paling jauh pernah saya lalui. Saya bangga kerana terpilih antara 10 terbaik daripada 2,000 yang mencuba nasib," katanya yang tidak akan serik mencuba lagi dalam pertandingan lain. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |