Adsense

Selasa, 20 September 2011

Zon Artis

Zon Artis


The Proposal – Video Pra Perkahwinan Nabil & Nazirah Ayub

Posted: 20 Sep 2011 05:12 AM PDT

VIDEO DAN GAMBAR PRA PERKAHWINAN NABIL RAJA LAWAK DAN NAZIRAH AYUB

Bagi anda yang masih tidak tahu ataupun sudah lupa, Nabil (Raja Lawak) akan bernikah dengan buah hatinya, Nazirah Ayub pada 30 September ini dan akan melangsungkan majlis resepsi pada 2 Oktober di I-City, Shah Alam.

Kami pasti, pihak Nabil dan pihak Nazirah Ayub sedang sibuk membuat persiapan terakhir sekarang ni. Maklum sajalah, hanya tinggal lebih kurang 10 hari sahaja lagi majlis penyatuan Nabil dan Nazirah akan berlangsung.

Sebelum berlangsungnya majlis pernikahan Nabil dan Nazirah itu, pihak LhmediaTV telah menghasilkan sebuah video yang diberi tajuk The Proposal, Raja Lawak menjadi Raja Sehari sebagai video pra perkahwinan. Enjoy!

Psstt: iPad 2 untuk dimenangi setiap hari

Related Posts with Thumbnails

Dialog Hina Rasulullah – Zizan Mohon Maaf

Posted: 20 Sep 2011 03:28 AM PDT

FILEM HANTU BONCENG

Bagi anda yang sudah menyaksikan filem Hantu Bonceng, pasti anda perasan dimana ada satu babak Zizan menyebut "asyhadu anna Muhammadar syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan".

Kami cuba mendapatkan video bagi menunjukkan lebih jelas babak yang dimaksudkan itu kepada anda. Tapi sayangnya, video telah di'claim oleh Astro sebagai hak cipta terpelihara.

Disebabkan dialog tersebut, Zizan telah menerima kritikan hebat daripada banyak pihak kerana apa yang keluar dari mulut Zizan itu jelas menghina Rasulullah S.A.W walau pada dasarnya Zizan tidak bermaksud sedemikian.

Bagi menjernihkan keadaan dan mengakui kesilapan sendiri, Zizan melalui laman Twitter'nya memohon maaf di atas keterlanjurannya mengucapkan dialog yang menghina Nabi Muhammad S.A.W itu.

FILEM HANTU BONCENG

Zizan turut menyatakan yang dia tiada niat untuk menghina Rasulullah S.A.W dengan menyebut dialog tersebut malah menjelaskan yang perkataan syaitan yang disebutnya itu ditujukan kepada Kunyit, salah satu watak yang merupakan kawan Zizan dalam filem tersebut.

FILEM HANTU BONCENG

Kami no comment cuma kami harap, para pelakon atau sesiapa sahaja lebih berhati-hati mengeluarkan apa-apa ayat yang mampu mengundang implikasi buruk agar perkara sebegini tidak berulang di masa hadapan.

Related Posts with Thumbnails