Adsense

Selasa, 20 September 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Lisdawati, Almy Nadia & Yatt Hamzah Dalam Telemovie 3 Mawar Dara

Posted: 20 Sep 2011 06:17 PM PDT

Gandingan Lisdawati, Almy Nadia dan Yatt Hamzah Dalam Telemovie 3 Mawar Dara Hujung Minggu Ini di TV2

KUALA LUMPUR, 20 September – Dibintangi watak-wataknya oleh dramatis popular Lisdawati, Almy Nadia, Yatt Hamzah, Fizow Omar, Roy Azman dan Rizal Jaafar, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi drama menarik, 3 Mawar Dara pada 24 September 2011 (Sabtu), jam 10.00 pagi di TV2.

Ia berlegar sekitar watak Miza, Zana dan Amy merupakan rakan sekampung yang dari kecil berkawan baik. Biarpun mereka serasi bersama, tetapi perangai dan karakter masing-masing amat berbeza. Miza, hanya berkelulusan SPM terkenal dengan sikapnya yang agak kelam kabut. Zana pula memiliki karektor yang kasar, tegas tetapi baik hati. Manakala Amy, bertubuh paling kecil, seorang yang amat pemalu dan agak penakut. Bila bercakap, suaranya selalu seperti dengar atau tidak. Kerana itu dia selalu dimarahi oleh Zana. Tetapi akan ditenangkan oleh Miza yang sederhana.

babak dalam 3 Mawar dara

Sebaik tamat belajar, mereka tinggal bersama di Kuala Lumpur bekerja mengikut haluan dan kelayakan masing-masing. Miza, seorang kerani di bahagian Jabatan Sumber Manusia sebuah syarikat pengedar produk kecantikan. Walaupun sikapnya agak kelam-kabut namun dia seorang yang rajin bekerja di pejabat dan disukai oleh pekerja yang lain. Dia sering menjadi mangsa usikkan Faizal, eksekutif muda yang baru bekerja selama 4 bulan di situ. Walaupun nakal, Faizal seorang yang baik, selalu belikan sarapan untuk Miza kerana Faizal tahu Miza selalu tak sempat untuk bersarapan.

Zana pula berkelayakan ijazah dari IPTA dan bekerja sebagai pengurus di sebuah cafe eksklusif. Sifatnya yang garang dan tegas itu amat sesuai dengan pekerjaannya yang menuntut dia mementingkan kebersihan, perkhidmatan pelanggan yang baik dan kualiti makanan. Zana akan memarahi semua pelayannya sekiranya mereka melakukan sebagai kecuaian. Dia akan berceramah dengan tukang masak berkenaan dan amat penting baginya untuk memastikan kepuasan pelanggan dan kebersihan.

Sementara itu Amy pula memang seorang pemalu, tetapi banyak cakap jika bersama rakan-rakan yang dikenalinya. Dia bekerja di sebuah syarikat menjual dan mengedar uniform serta pelbagai pakaian sebagai penolong pengurus tukang jahit. Oleh kerana kebanyakan rakan dan orang bawahannya wanita, dia cukup risau dan pemalu apabila ada lelaki yang cuba mendekatinya. Hinggalah pada suatu hari, Amy yang baru pulang dari kerjanya singgah di sebuah kedai tudung dan berkenalan dengan pekerja baru kedai itu bernama Salleh.

Kehidupan mereka bertiga lancar sehinggalah satu hujung minggu mereka balik kampung bersama. Yang menghairankan mereka, kesemua ibu mereka bertanyakan dan mendesak mereka untuk berkahwin. Mak Semah, ibu Miza mahu jodohkan dia dengan seorang sepupunya. Begitu juga dengan Zana, tiba-tiba ibunya bertanyakan bila mahu berkahwin. Zana mentertawakan hasrat ibunya itu. Makcik Habibah geram dan mereka mula bertelagah. Ayahnya secara lembut menasihati agar Zana mula fikirkan tentang jodoh kerana usianya dan Miza serta Amy sudah memasuki 30 tahun. Malah dengan tegas, ibunya memberi Zana masa pada tahun ini juga untuk mencari bakal suami dan memperkenalkan kepada mereka.

Cik Bunga pula, seorang janda dan ibu kepada Amy juga menasihatkan Amy untuk mula memikirkan jodoh mereka kerana sudah sampai masanya mereka berkeluarga. Cik Bunga memberi kata dua kepada Amy, samada Amy berkahwin atau dia yang akan berkahwin dalam tahun itu juga.

Pulang dari kampung, semua senyap dalam kereta. Dan apabila seorang bersuara, barulah masing-masing riuh bercerita tentang ibu bapa mereka yang bertanyakan perkara yang sama kepada mereka. Hinggakan mereka membuat spekulasi bahawa ibu bapa mereka berpakat untuk memaksa mereka mencari jodoh. Akhirnya mereka berpakat untuk cuba merealisasikan kehendak ibu bapa mereka walaupun pahit untuk dilakukan.

Lalu apakah keputusan yang diambil mereka? Dapatkah mereka mencari jodoh pilihan sendiri atau pun terpaksa menurut pilihan keluarga yang mahu kan mereka berumah tangga tahun itu juga?

Fizo dan Almy Nadia dalam 3 Mawar Dara

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Lisdawati, Almy Nadia, Yatt dalam Telemovie 3 Mawar Dara
  • Gambar Almy Nadia dan Fizow
  • Gambar Almy Nadia di Pra Tonton Filem Rasukan Ablasa
  • Yatt Hamzah
  • Koleksi Gambar Baby Pertama Yatt Hamzah
  • Yatt Mahu Bertunang Dengan Boy Friend, tapi…
  • Jawapan Trivia: Gambar Yatt Selepas Kahwin
  • Almy Nadia Niat Bertudung Dalam Telemovie Niat Hawa
  • Gambar Pelakon Yatt dan Suami Yang Merah Sedondon
  • Gambar Selebriti di Karpet Merah Anugerah Skrin 2008
  • TV AlHijrah Umum 10 Peserta Program Realiti Solehah

    Posted: 20 Sep 2011 05:59 PM PDT

    PERSAINGAN 10 PESERTA KINI BERMULA
    SOLEHAH BAKAL MENEMUI PENONTON MULAI 23HB SEPTEMBER 2011

    Mengambil kira akan kekurangan penerbitan program realiti televisyen berkonsepkan Islam dan berkisar tentang wanita, TV Alhijrah tampil dengan SOLEHAH, di mana kewujudannya dijangka mampu menjadi program pendidikan Islam tidak formal yang mengiktiraf peranan dan sumbangan wanita terhadap agama, bangsa dan negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B) berkata, "SOLEHAH merupakan sebuah program realiti televisyen yang berhasrat untuk melahirkan barisan muslimah yang mempunyai ciri-ciri dan sifat seorang muslimah solehah dan mampu menggalas tanggungjawab sebagai "role model" kepada wanita masa kini."

    Sesi ujibakat yang berlangsung selama 3 bulan bermula dari Kuala lumpur, Kedah, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah dan berakhir di Sarawak membabitkan penyertaan Lebih 600 orang peserta dengan pelbagai latarbelakang telah menghadiri ujibakat yang diadakan. Mereka kebanyakannya graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia termasuk Universiti Islam Jambi Indonesia di dalam pengkhususan seperti Bioteknologi, Sarjana Muda Syariah, Sarjana Muda Komunikasi, Ijazah Sarjana Undang-Undang Sivil dan Syariah dan juga Kejuruteraan Elektronik. Tidak kurang juga yang sudah bekerjaya seperti Guru Bahasa Arab, Pegawai Operasi dan lain-lain.

    Solehah

    Namun begitu, hanya 10 orang peserta sahaja yang diperlukan bagi meneruskan pembelajaran di dalam madrasah SOLEHAH. 10 wanita yang dipilih sebagai peserta akhir ini merupakan antara mereka yang terbaik , mampu dan berupaya menyampaikan dakwah secara lisan atau tulisan dan mempunyai daya ketahanan fizikal dan mental yang kuat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri di dalam ucapannya menegaskan bahawa ,

    Atas dasar tersebut, SOLEHAH mengambil pendekatan berbeza di dalam menampilkan keunikkannya. Kesemua 10 peserta Madrasah SOLEHAH akan dikekalkan hingga ke akhir episod siaran. Tiada penyingkiran akan dilakukan sebagaimana yang lazimnya dipraktiskan oleh mana-mana program berbentuk realiti. "Kesemua peserta akan melalui sesi pembelajaran dan akan keluar serentak sebagai barisan muslimah yang baru diiktiraf". tegas Dato' Seri Jamil Khir.

    Solehah

    Untuk mencapai matlamat melahirkan wanita yang bukan sahaja berintegriti dan berpengetahuan luas di dalam perihal agama, format penyiaran program realiti sulung TV AlHijrah ini akan dibahagikan kepada dua penerbitan utama iaitu Penerbitan Lokasi dan Penerbitan Secara langsung. Penerbitan lokasi membabitkan kapsul diari Madrasah Solehah dan Tugasan Solehah . Kedua-dua penerbitan ini sudah dirangka dan disusun secara sistematik bagi menguji keperibadian dan kemahiran mereka sebagai individu dan dalam perkumpulan.
    SOLEHAH akan bersiaran secara langsung selama 13 episod mulai 23hb September 2011 di Dewan Muktamar , Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur. Bagi mengikuti perkembangan terkini peserta SOLEHAH, TV AlHijrah akan menyiarkan kapsul harian selama 2 minit khas untuk penonton setia TV AlHijrah.

    Menyentuh perihal juri dan musyrifah yang akan bertanggungjawab mendidik dan mengadili kesemua peserta sepanjang program ini, beliau berkata , "seramai 4 orang musyrifah (tenaga pengajar) telah dipilih khas untuk membimbing mereka. Mereka terdiri daripada Ustazah Norsalehah Bte Mohd Saleh ( Pensyarah di Jabatan Dakwah dan Pengurusan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor), Ustazah Norhafizah Bte. Musa ( Pensyarah Pengajian Islam Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur) Ustazah Suriani Bte. Sudi ( Pensyarah di Jabatan Al-Quran & Sunnah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor) Puan Hajah Haslina Bte. Mohd Ali ( Pengarah Pemasaran & Korporat Sri Munawwarah Design )".

    Solehah

    Sementara itu, barisan juri yang akan mengadili, menilai serta memberi pemarkahan kepada peserta terdiri dari 3 tokoh akedemik terkenal iaitu Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Binti Syed Ismail (Pensyarah di Akedemi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Mariani Binti Md Nor (Pensyarah di Fakulti Pendidikan Psikologi dan Kaunseling Universiti Malaya), Puan Isfadiah Bt Mohd Dasuki (Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa).

    Tidak ketinggalan, 4 Rakan Penerbitan SOLEHAH yang turut sama memainkan peranan bagi menjayakan penerbitan SOLEHAH.
    1. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang menyediakan dewan siaran langsung,
    2. IKIM.fm sebagai Radio rasmi,
    3. INTEKMA Resort & Convention Centre yang menyediakan tempat penginapan peserta SOLEHAH serta
    4. T JETS Sdn Bhd yang menyediakan pengangkutan untuk tugasan peserta

    Lain-lain rakan penerbitan adalah:-
    1. Sri Munawarrah Design – grooming dan busana
    2. Bobbi Brown –Tajaan tatarias dan
    3. Tajiri Spa – Tajaan kecantikkan

    Solehah

    Solehah

    Solehah

    Solehah

    Solehah

    Solehah

    Solehah

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Reality TV Programme, MAGGI® Mencari Bintang Coming Soon @ TV3
  • Fiq Tetamu Istimewa Program Realiti My Starz LG
  • Showcase My Starz LG
  • Peserta Program Realiti TV Pernah Bersekedudukan?
  • MasterChef Malaysia Bakal Umum Senarai Juri
  • Discover Smiles Zoom! Malaysia
  • So You Think You Can Dance?
  • Siti Sarah Guna Mandrem Untuk Menang Dalam OIAM?
  • Ujibakat Ewah-Ewah di Sri Pentas Hari Ini dan Esok
  • Awal Ashaari Hos Program Realiti TV Aci Tak Aci