Adsense

Selasa, 20 September 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Azad Jazmin Menangis Teringat Adik

Posted: 19 Sep 2011 06:32 AM PDT

PUTRAJAYA: Pelakon Azad Jazmin John Louis mengakui terkenang Arwah adiknya sehingga menitiskan air mata selepas sah bergelar suami kepada aktres Eira Syazira malam Jumaat.

Kata Azad, adiknya Nizar Jeffri yang telah meninggal dunia pada Hari Raya Aidiladha tahun lalu pernah membuat permintaan untuk melihat pasangan selebriti tersebut berkahwin.

"Adik saya baik dengan Eira dan sebelum dia meninggal dunia, dia minta saya berkahwin segera dengan Eira kerana katanya Eira adalah wanita yang paling layak buat saya.

"Biarpun dia sudah tiada tapi saya pasti ada gembira melihat perkahwinan ini, itu yang membuatkan saya menangis, " ujarnya selepas selesai majlis ijab kabul, dikediaman pengantin perempuan, di sini, Jumaat.

Pasangan yang menyemai cinta selama tiga tahun itu mengakui pelbagai dugaan dan susah payah yang mereka hadapi bersama sebelum bergelar suami isteri.

"Sepanjang tiga tahun kami bercinta terlalu banyak perkara yang berlaku, bukan mudah untuk sampai tahap ini,

"Disebabkan itu juga perasaan saya tiba-tiba sebak selepas selamat diijab kabul," katanya lagi.

Sementara itu, Eira yang berada di sisi Azad berkata mereka kini sudah membuat pelbagai perancangan bagi melebarkan kerjaya masing-masing.

"Kami dalam proses mempromosi lagu duet kami bersama berjudul Sajak Dari Hati iaitu dalam album saya,

"Selain itu juga, kami merancang untuk membuka perniagaan butik pakaian dan kini sedang mencari tempat yang sesuai," katanya.

Ditanya tentang perancangan keluarga, Eira berkata mereka berdua menyerahkan perkara tersebut kepada Allah S.w.T.

"Kami tidak pernah merancang untuk mendapatkan berapa orang cahaya mata, kalau boleh biarlah dalam masa terdekat kerana kami masing-masing sudah tua," katanya.

Pasangan mempelai anggun mengayakan busana serba putih rekaan pereka fesyen terkenal Wanpa.

Majlis resepsi sebelah pihak perempuan akan diadakan pada 17 November depan di sini. Manakala, pada 26 September di belah lelaki di Pulau Pinang.

Pasangan akan berbulan madu di Bali dan Jakarta pada November depan.

Anak Aida (Gadis Melayu) Selamat Jalani Pembedahan Jantung

Posted: 19 Sep 2011 06:31 AM PDT

PETALING JAYA: Anak kepada pasangan Aida (Gadis Melayu), 26, dan pembaca berita Buletin Utama TV3, Mohd Saiful Nizam Ismail, 29, telah selamat menjalani pembedahan jantung akibat mengidap penyakit Truncus Arteriosus Type 1.

Menurut Saiful Nizam, anaknya, Aida Eirdeena yang berusia lebih dua bulan itu sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur sejak 12 September lalu.

"Anak saya menghidapi penyakit jantung kongenital apabila saluran darah utama dari jantung ke badan dan paru-paru bercantum dan terdapat lubang pada dinding antara dua-dua bilik pengepam jantung.

"Kini dia sudah stabil dan masih dirawat di IJN selepas dibedah pada 14 September lalu. Saya rasa seperti suatu keajaiban apabila anak saya tidak mengalami masalah teruk setelah dibedah," kata Saiful.

Dia menganggap anaknya mempunyai tubuh badan yang kuat dan bersyukur kerana tekanan paru-paru yang dialaminya sudah sembuh.

"Eirdeena mengalami masalah denyutan jantung yang laju sejak dilahirkan. Bagaimanapun kami reda dengan qada dan qadar Tuhan.

"Walaupun kadangkala kami bersedih tetapi kami kena kuat menghadapi perkara ini agar dapat memberikan semangat kepada anak kami.

"Jadi, sebagai ibu bapa, kami perlu reda dan banyak berdoa kepada Allah," ujarnya.

Kasut Tinggi Serlah Keyakinan Izara

Posted: 19 Sep 2011 06:30 AM PDT

AGAK pelik ketika menemu bual pelakon baru, Izara Aishah (gambar) kerana gadis berusia 19 tahun ini mahu menyembunyikan nama bapanya.

Kata Izara, dia bukan sengaja mahu berahsia tetapi kerana bapanya telah menasihati agar tidak mengaitkan nama keluarga dalam karier seninya.

Atas faktor itulah Izara terpaksa menerima hakikat nama keluarga tidak boleh dihebahkan kepada umum sekiranya dia benar-banar mahu serius dalam bidang seni.

"Saya seorang sahaja yang terlibat dalam karier seni ini, jadi keluarga tidak mahu mereka dikaitkan. Namun begitu, mereka tetap menyokong kerjaya saya dari belakang," kata Izara.

Antara drama yang pernah dilakonkannya adalah Keranamu Laila di TV3 dan Hantu Gigi di Astro Prima.

Berdarah kacukan Melayu-Pakistan, gadis cantik ini bukan sekadar dikenali sebagai pelakon, malah dia juga dikenali di pentas peragaan setelah memenangi tempat kedua pertandingan Dewi Remaja 2009/2010.

Selain itu, dia juga gemar menari namun tidak menjadikan aktiviti itu sebagai karier sepenuh masa sebaliknya sekadar suka-suka.

Mengorek kisah lamanya sewaktu di alam persekolahan, Izara merupakan seorang yang aktif dan sering menyertai pertandingan seni termasuklah berkebolehan melakukan persembahan tarian tradisional, hip hop dan Latin.

"Saya mula menari sejak berusia lima tahun dan tarian yang saya belajar adalah Bollywood daripada ibu saudara saya.

"Sekarang, saya masih mempelajari tarian daripada koreografer tetapi hanya sekadar suka-suka dan cara senaman untuk mengisi masa lapang. Lagipun saya lebih banyak menumpukan kepada karier lakonan," katanya kepada OopStarz!.

Petua nenek

Beralih kepada pemakanan, Izara hanya mengamalkan makan nasi sehari sekali dan melakukan amalan diet yang seimbang. Dia juga mengikut petua neneknya yang gemar meminum air teh untuk kesihatan badan.

Menyentuh tentang produk kecantikan, Izara pernah mencuba suatu produk yang tidak bersesuaian dengan dirinya sehingga menyebabkan kulit mukanya menjadi kering dan menggelupas.

Tetapi setelah menemui produk Clean & Clear, kulit mukanya sudah kembali pulih.

"Sesibuk mana pun, saya pasti akan membersihkan muka sebelum tidur. Tetapi jika saya terlupa untuk membersihkan solekan di muka, saya bersyukur kerana muka saya tidak mudah ditumbuhi jerawat," ujarnya.

Bercerita tentang fesyen, pelakon yang bakal muncul dengan drama terbarunya, Soffiya pada 21 September ini di TV3 ini akan memastikan dirinya memakai kasut atau selipar yang bertumit tinggi bagi menambah keyakinan diri.

"Saya gemar memakai kasut tumit tinggi seperti "stiletto" dan "wedges" kerana apabila memakainya saya akan rasa lebih yakin. Ini kerana saya mempunyai perasaan rendah diri yang kuat.

"Saya rasa tidak cantik apabila diri ini rendah tetapi setelah memakai kasut tumit tinggi, saya akan berasa yakin.

"Misalnya setiap kali keluar ke kedai pun saya akan memakai selipar yang ada tumit tinggi manakala jika ke pusat beli-belah, saya akan memakai kasut tumit tinggi seperti "wedges" kerana ia membuatkan saya menjadi lebih selesa.

"Kasut tumit tinggi yang saya biasa pakai adalah 6 inci. Tetapi saya akan memakainya sewaktu ke majlis yang hanya memakan masa dua hingga tiga jam sahaja bagi mengelakkan kaki menjadi sakit dan lenguh," ujarnya.

Ashraf Muslim-Dayana Bercinta Selepas Kahwin

Posted: 19 Sep 2011 06:29 AM PDT

GOMBAK: Pelakon Ashraf Muslim, 30, akui sedang mencari keserasian dengan isterinya, Noor Dayana, 24, memandangkan mereka bercinta selepas berkahwin pada 30 Ogos lalu.

Pasangan ini bernikah di Dataran Kaabah, Mekah yang dihadiri oleh 10 orang kaum keluarga kedua-dua belah pihak serta jemaah umrah.

"Kami dinikahkan oleh bapa Dayana. Selepas nikah, kami melakukan solat sunat nikah, tawaf sebanyak tujuh kali dan berdoa.

"Alhamdulillah, selepas berkahwin, saya rasa perkahwinan saya lebih teratur dan semua kerja dilakukan bersama-sama.

"Dia selalu menceriakan saya dan saya menyenangi tutur kata, layanan serta tanggungjawab yang diberikan. Kami juga saling berkongsi masalah bersama-sama," ujarnya yang mengenali Dayana sejak setahun lalu.




Mempelai ketika upacara memotong kek.

Menyentuh tentang tempat tinggal, Ashraf dan Dayana terpaksa berpisah buat sementara waktu memandangkan isterinya sedang belajar di sebuah pusat pengajian di Melaka sehingga Mac tahun depan.

"Saya akan menetap di Kuala Lumpur manakala Dayana terpaksa tinggal di Melaka demi menghabiskan pengajiannya," kata Ashraf lagi yang pernah mensasarkan untuk berkahwin sebelum usia 30 tahun.

Walaupun isterinya sangat pandai memasak terutama masakan Barat, Ashraf tetap mengharapkan agar Dayana belajar masakan kampung.

"Setakat ini saya sudah merasa lasagna yang dimasak olehnya, ujar Ashraf lagi.

Selain masakan, Ashraf akui tertarik dengan imej wanita solehah yang diingini selama ini.

Menyentuh tentang percutian bulan madu, pasangan ini belum merancang untuk melakukan aktiviti tersebut pada masa terdekat ini.

"Kami sudah sepakat memilih New Zealand sebagai lokasi percutian tetapi masanya akan ditetapkan kemudian selepas habis belajar," kata Ashraf yang sudah lama tidak berlakon.

Bukan sudah bersara dari lakonan, tetapi kerana sibuk dengan kariernya sebagai pengamal perubatan di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, di Kampung Sungai Pusu, di sini.

Majlis resepsi sebelah pihak lelaki akan dilangsungkan pada 24 September ini, pukul 12 tengah hari di Ballroom, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Melaka dengan konsep Islamik Taman Raudhah.