Adsense

Selasa, 20 September 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Eksklusif Foto : Kad Kahwin Nabil & Zira Tampil Konsep Buku Cerita Dongeng.

Posted: 20 Sep 2011 11:24 PM PDT

Nota : OHBULAN! merupakan media online rasmi yang melaporkan perkembangan perkahwinan Nabil & Zira dengan kerjasama Festival Pengantin.

"Kad Lestari bersyukur apabila dipilih oleh pasangan Nabil & Zira sebagai pereka kreatif untuk kad kahwin yang unik ini. Apa yang unik? Kami tekankan konsep buku cerita, berkisah dongeng bagi menepati tema Wonderland sempena majlis resepsi mereka yang diadakan pada 2 Oktober nanti," kata Jamil Ismail, pengurus Kad Lestari.

"Atas kepercayaan yang diberikan oleh Nabil & pihak Festival Pengantin, pasukan kami dengan bantuan artis karikatur, Joey berjaya menyiapkan cetakan kad termasuk perahan idea dalam masa 3 hari sahaja. Konsep buku dongeng turut dititikberatkan, contohnya muka depan memaparkan 'edisi resepsi' sebagai tajuk, muka belakang memaparkan doa sebagai penganti sinopsis. Selain itu, cop ISBN dan pencetak menonjolkan lagi identiti sebuah buku."

"Kualiti cetakan amat dijaga. Setiap cetakan di-laminate dan dilekatkan pada cip keras," jelas Jamil lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday Lite : Filem Hijab Membuka Mata Kasar, Menerpa Benda Halus.

Posted: 20 Sep 2011 09:23 PM PDT

Rafael (lakonan Pierre Andre) merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin.

Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu.

Teman wanita Rafael, Qiss (lakonan Nur Fathia) yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka. Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut.

Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka.

Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael.

Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan. Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan 'kelebihan' yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya.

Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada 'sesuatu' turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya.

Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan 'anugerah' itu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...