Adsense

Selasa, 13 September 2011

Sensasi

Sensasi


Bertudung Tapi Tak Semenggah

Posted: 13 Sep 2011 09:13 PM PDT

Hadoi,pening lalat Sensasi tengok gaya perempuan bertudung tapi mcm haremm je rupenyerr..

Sensasi rasa ramai yang belum faham erti dan nilai sebenar bertudung..
Kita semua tahu,org bertudung sebab nak menutup Aurat seperti yang dituntut dalam agama Islam.

Tapi kalau bertudung mendedahkan aurat dengan memakai baju lengan pendek,baju ketat,seluar jeans melekap bentuk badan, tak tutup dada..bukan sahaja tetap tak menutup aurat bahkan mencemar nilai sebenar bertudung dan menutup aurat...memalukan okeyy..

Tolong jangan memperbodohkan diri sendiri dihadapan org lain,x pasal2 org dpt dosa mengata..



Gambar Aaron Aziz dan Keluarga, bahagia disamping Isteri tersayang

Posted: 13 Sep 2011 09:01 PM PDT


Siapa yang tak kenal Aaron Aziz,walaupun sudah bekeluarga pelakon yang hensem ,dan berbadan sasa nie banyak diberikan peluang untuk menjadi watak utama drama,teater dan Filem.

Walaupun sensasi yakin ramai aweks ,wanita dan juga lelaki diluar sana yang minat dengan aaron Aziz,namun sebenarnya aaron adalah seorang yang sangat sayang dan rapat dengan keluarganya.




"Saya beruntung kerana mempunyai isteri seperti Diyana. Dia bukan sahaja pasangan hidup saya tetapi juga ibu kepada anak-anak saya, pengurus, konsultan dan segala-galanya kepada saya. Dia jugalah tempat saya mengadu dan memberi motivasi. Bagi saya, Diyana adalah seorang wanita yang kuat kerana jika saya perlukan rehat, saya hanya perlu katakan pada nya tetapi Diyana sendiri tidak pernah berehat daripada tugas-tugasnya sebagai isteri dan ibu.

"Mengenai anak-anak pula, saya sentiasa mahu meluangkan masa untuk bersama mereka. Apa bila berada di rumah, pelbagai aktiviti yang kami lakukan seperti bermain 'games', melukis dan menyiapkan tugasan sekolah. Adakalanya mereka sendiri yang merencanakan aktiviti yang mahu dilakukan dan saya mengikuti sahaja.

"Jika mereka ada persembahan di sekolah, saya akan mengosongkan jadual daripada aktiviti seni untuk menonton persembahan anak-anak. Saya tidak mahu terlepas kerana merasakan ia satu kerugian kepada saya. Waktu persekolahan adalah separuh daripada proses pembesaran mereka yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Saya enggan anak-anak merasa kecewa setelah penat menjalani latihan tetapi tidak mendapat sokongan ibu bapa.

"Dekatnya anak-anak dengan saya menyebabkan saya tidak boleh berenggang lama dengan mereka. Jika seminggu saya tinggalkan mereka, ada baiknya saya tidak berhubung langsung kerana apabila mendengar sahaja suara anak-anak, 'mood' saya akan hilang dan semua yang hendak dilakukan tidak menjadi.

"Malah kerap terjadi, selepas tiga hari tidak dapat menahan rindu dengan anak-anak, Diyana belikan tiket kapal terbang agar mereka datang ke lokasi penggambaran. Secara tidak langsung juga saya mendedahkan mereka dengan kerjaya saya sebagai anak seni dan mereka memahami selok-belok dunia lakonan.

"Dengan pendedahan seperti ini, mungkin ada berpendapat ia satu cara membawa anak-anak saya untuk turut terlibat dalam bidang seni tetapi sebagai bapa, saya tidak menghalang namun tidak juga menggalakkan mereka untuk menjadi artis. Apa yang mereka ingin lakukan, mereka hanya perlu lakukan kerana saya mahu mereka melalui sendiri pengalaman itu.

"Namun sudah tentulah seperti ibu bapa yang lain mahukan anak-anak menjadi doktor dan kerjaya hebat yang lain. Seperti Diyana, dia telah menetapkan Danish menjadi seorang arkeologis manakala Dwi bergelar doktor tetapi bagi saya, terpulang kepada mereka," tuturnya yang sanggup membuat pelaburan besar demi pendidikan anak-anaknya.

Lagi gambar comel Fasha Sandha semasa kanak-kanak

Posted: 13 Sep 2011 09:42 AM PDT

Fasha Sandha nie memang cantik dan jelita..Natural beauty Fasha terserlah semenjak di zaman kanak-kanak lagi..



Video Anjing yang boleh cakap I Love You

Posted: 12 Sep 2011 11:39 PM PDT

Mamat sifatkan tuduhan bekas kekasihnya melampau dan dia sanggup junjung Quran

Posted: 12 Sep 2011 11:09 PM PDT

Bekas anggota Sepah, Mohd Noor Murad atau Mamat menganggap tuduhan yang dibuat oleh bekas kekasihnya Nur Syuhada atau lebih dikenali sebagai Adda mengenai kisah cinta mereka sebagai melampau batas dan mempunyai agenda tertentu.

Kata Mamat, dia berani menjunjung kitab suci Al-Quran dan bersumpah bahawa kenyataan yang dibuat oleh vokalis kumpulan Butterfly itu adalah tidak benar.

"Saya mengaku meninggalkan dia dalam keadaan yang dia sangat sayangkan saya dan begitu juga saya terhadapnya. Namun ada perkara lain yang saya tidak boleh terima dalam hubungan itu sehingga membuatkan saya mengambil keputusan memutuskan hubungan.

"Biarlah saya dan dia sahaja yang mengetahui perkara tersebut kerana jika saya buka mulut ia tidak beri faedah kepada sesiapa pun, malah memburukkan lagi keadaan," katanya

Mamat diminta mengulas kenyataan Adda dalam sebuah akhbar mingguan yang mendakwa dia telah memutuskan hubungan cinta mereka tanpa sebarang alasan.

Adda - Foto daripada akaun Twitter Adda

Malah dalam kenyataan tersebut juga, Adda mendakwa Mamat sebagai individu yang menjadi punca perpecahan kumpulan Sepah.

Bagaimanapun, Mamat akui dia sedar perkara sebegini akan berlaku dan menasihatkan Adda agar tidak membesarkan lagi perkara ini.

"Saya tahu kekecohan ini terjadi disebabkan tindakannya yang mahu memperbesarkan perkara itu. Dia pernah beritahu saya tentang hajat berkenaan tetapi saya sudah mengingatkannya supaya tidak meludah ke langit, takut terkena muka sendiri.

"Tentang cincin yang saya telah berikan, memang saya minta semula daripadanya kerana itu adalah tanda ikatan sebuah hubungan, namun saya terus buang kerana tidak sanggup mengenangnya lagi," katanya kesal.

Dalam pada itu, mengenai perpecahan kumpulan Sepah yang dikatakan berpunca daripadanya, Mamat berkata keputusan berkenaan adalah persetujuan daripada ketiga-tiga pihak.

"Perkara itu sudah dijelaskan dan keputusan itu adalah daripada kami bertiga buka kerana saya seorang," tuturnya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas reaksi kekasih barunya iaitu pelakon Fida, Mamat berkata, pelakon Kasih Alia itu seorang yang profesional dan berfikiran terbuka.

"Fida menyuruh agar saya tidak melatah kerana ini adalah asam garam kehidupan sebagai artis dan dia sangat memahami situasi saya sekarang," ujarnya.

Bekas Kekasih Mamat Sepah dedah sikap playboy Mamat

Posted: 12 Sep 2011 11:01 PM PDT

Sensasi rasa ramai yang dah tahu Mamat sepah kini hangat bercinta dengan Fida.Rupanya sedang mereka bahagia ada yang sakit iaitu bekas Kekasih Mamat (adik Rodi Kristal) Nur Syuhada,tamppil mendedahkan sikap curang,playboy mamat kepada umum lebih-lebih lagi kepada Fida ,kekasih mamat kini supaya Fida berhati-hati katenyerr..


Menurut Syuhada:


Mamat yang minta putuskan perhubungan kami. Tanpa sebab. Saya tanya kenapa, dia bagi tahu tak suka perempuan seksi. Tapi kenapa baru sekarang dia cakap tak suka perempuan seksi? Nampak sangat mulut buaya darat, dah ada orang lain dia bagi alasan. Memang saya menangis apabila percintaan kami putus. Mamat juga dah bagi cincin tanda, kami merancang untuk melangsungkan pertunangan sebaik Maharaja Lawak selesai.

Tambah memburukkan keadaan apabila Mamat meminta Adda untuk memulangkan cincin yang pernah diberi beserta dengan bekas-bekasnya sekali.

Dia sendiri yang sarungkan cincin ke jari saya sebagai tanda saya ni milikinya. Tapi, apabila Mamat memutuskan percintaan kami, dia nak balik cincin tu. Mamat kata dia nak jumpa saya, katanya dia nak tukar cincin tu jadi rantai. Nanti bila dah jadi rantai dia bagi balik. Rupa-rupanya tak! Mamat bukan saja nak cincin itu dikembalikan, tapi dia nak saya pulangkan dengan bekas cincin itu sekali. Cincin tue bukannya mahal sangat dalam RM500 lebih saja, dia nak kecoh sangat kenapa? Lepas tue dia boleh buat cerita dengan orang keliling, saya nak pow duit dia.


Namun Adda tidak langsung menuduh Fida sebagai perampas kerana baginya Fida tidak tahu langsung mengenai status perhubungannya dengan Mamat ketika itu.


Saya memang tak dapat hidu percintaan antara Mamat dan Fida, jadi saya sedih apabila dapat tahu mereka dah berkawan. Ketika Mamat bertemu Fida, saya dan Mamat masih lagi bersama. Tapi saya tak rasa Fida ini perampas. Mamat nie kalau bercakap ayat manis. Katanya mereka dah kenal enam bulan ketika penggambaran Man Sewel Datang KL. Ketika mereka terbabit dalam penggambaran, saya masih bersama Mamat. Saya yang ikut Mamat ambil skrip berkenaan. Sebab itu saya yakin, ketika dia mengenali Fida, saya masih bersama Mamat.

Ada kata-kata tersirat daripada Adda yang menyuruh Fida berhati-hati ketika bercinta dengan Mamat.



Mamat nie curang! Dia memang ada ramai perempuan! Ada juga bekas kekasih Mamat yang cari saya, nak bunuh diri kerana dia. Sebab tue saya katakan Fida bukan perampas, dia tak tahu apa-apa. Kasihan dia. Tapi saya harap Mamat berubah apabila dia dengan Fida sekarang. Jangan jadi seperti sebelum ini, lepas seorang seorang dia kenakan.


Paling mengejutkan ialah apabila Adda memberitahu punca perpecahan Sepah tak lain tak bukan kerana Mamat.

Mamat juga pernah berita saya saya, sekiranya saya buka cerita, buka aib dia, beliau nak saman! Padahal apa yang saya dedahkan adalah cerita benar. Sekarang nie Sepah dah berpecah, sebabnya dialah. Saya nak orang tahu siapa Mamat yang sebenarnya. Sekalipun dia tidak pernah bercerita kepada wartawan kenapa kami putus, tapi memburukan nama saya kepada orang sekeliling. Itu yang saya bengang.

Anak Safura ,3 tahun meninggal kerana Demam Panas

Posted: 12 Sep 2011 10:31 PM PDT

Mariam(3 tahun) memakai baju putih ungu dalam gambar diatas

Sensasi harap Safura dan suaminya Shahrul bersabar dan redha atas kehilangan anak sulung mereka iaitu Mariam yang baru berusia 3 tahun akibat demam panas yang tidak kebah selama 3 hari.

"Saya tidak tahu dan tidak mampu berfikir ketika itu kerana semuanya mengejut. Apapun saya menyifatkan kehilangan Mariam adalah ketentuan dan suratan buat saya sekeluarga. Saya terima walaupun hakikatnya begitu pedih untuk ditelan.


"Saya memang tidak tahu punca kematiannya kerana apa yang saya tahu, anak saya demam dan badannya panas sejak tiga hari lalu. Lantas Mariam saya hantarkan ke Hospital Ampang Puteri, namun ketika itu doktor hanya mengklasifikasikan demam biasa. Peliknya selepas pulang dan mengambil beberapa ubat yang diberi, suhu badannya tidak menurun.


"Saya tidak tahu dan tidak mampu berfikir ketika itu kerana semuanya mengejut. Apapun saya menyifatkan kehilangan Mariam adalah ketentuan dan suratan buat saya sekeluarga. Saya terima walaupun hakikatnya begitu pedih untuk ditelan.


"Saya memang tidak tahu punca kematiannya kerana apa yang saya tahu, anak saya demam dan badannya panas sejak tiga hari lalu. Lantas Mariam saya hantarkan ke Hospital Ampang Puteri, namun ketika itu doktor hanya mengklasifikasikan demam biasa. Peliknya selepas pulang dan mengambil beberapa ubat yang diberi, suhu badannya tidak menurun.


"Justeru petang tadi selepas beberapa hari suhu badannya masih sama malah lebih teruk, saya bawa sekali lagi Mariam ke hospital yang sama petang semalam. Namun selepas beberapa jam dirawat, doktor mengesahkan Mariam sudah meninggal dunia dan tidak dapat diselamatkan.

"Jadi saya memang tidak tahu untuk menjelaskan bagaimana," katanya yang tidak mampu memberi kenyataan lanjut kerana tidak mampu menahan perasaan sebak.

Safura ketika dihubungi berada di hospital bagi menunggu jenazah anaknya dimandikan sebelum dibawa pulang ke kediamannya di Ampang. Jenazah Mariam akan dikebumikan hari ini sebelum Zuhur.

Hasil perkahwinan Safura sebelum ini, dia dikurniakan dua anak, Nurul Natasha 17 dan Muhammad Daniel Khaqim 11. Bersama suami sekarang, Sharonizam Noor, pelakon itu dikurniakan dua anak Nur Aisyah Mariam dan Yusoff Firdaus yang masih berusia setahun.

Lisa dan Yusry KRU beraya bersama

Posted: 12 Sep 2011 10:02 PM PDT

Wah bukan main bahagia lagi pasangan yang hangat bercinta iaitu Lisa Surihani dan Yusry KRU,Siap berpakaian sedondon lagi.

Lisa dikatakan pergi beraya di rumah terbuka Norman KRU pada raya pertama,dan kemudianya Yusry pula pergi melawat dan beraya di Kampung Lisa di Gopeng..

Kedua-duanya kelihatan sangat bahagia dan serasi bersama kan..