Adsense

Selasa, 13 September 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Pihak Pengurusan Marsha Nafi Cubaan Bunuh Diri.

Posted: 13 Sep 2011 10:29 PM PDT

Berdasarkan laporan TheStar, penyanyi Marsha Milan Londoh masih berada dalam pemerhatian sementara syarikat pihak pengurusan menafikan pembabitannya dalam cubaan bunuh diri ekoran kegagalan percintaan.

"Selepas menjalani rawatan, Marsha menunjukkan tanda pemulihan yang baik. Dia boleh makan dan bercakap seperti biasa," menurut satu kenyataan kepada pihak akhbar.

"Setakat ini, dia masih berada dalam pemerhatian. Kesemua aktiviti seni dihentikan buat seketika. Marsha akan bekerja semula sebaik sahaja keadaannya sihat dan mendapat kebenaran pihak doktor."

Pada 7 September 2011, bekas finalis Akademi Fantsia yang berusia 26 tahun ini telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) apabila dia didapati pengsan di kawasan parkir rumah. Marsha dibenarkan keluar 2 hari kemudian.

"Pada tarikh berkenaan, Marsha dikatakan demam dan mengambil ubat- ubatan. Dalam perjalanan pulang, Marsha yang ketika itu keseorangan mengalami kemalangan kecil apabila keretanya melanggar tembok jalan," menurut satu sumber tidak rasmi.

"Setelah sampai di destinasi, ekoran daripada kesan ubat & trauma kemalangan, Marsha yang ketika itu menaiki tangga telah hilang kawalan lantas jatuh menyebabkan kecederaan di bahagian dahi, mata & bibir."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lisa Surihani Hadiahkan 3 Set Samping Kepada Yusry KRU, Bukti Cinta Mereka Berdua!

Posted: 13 Sep 2011 10:23 PM PDT

Baru- baru ini penuh gosip mengenai hubungan Lisa Surihani dan Yusry KRU tentang bila mereka akan melangsungkan majlis perkahwinan mereka. Bagi kami, tidak pentinglah samada tahun 2012 ataupun 2013, asalkan hubungan mereka tidak tersangkut di separuh jalan.

Yang menariknya ialah Lisa Surihani telah menghadiahkan 3 set samping yang fleksibel kepada Yusry tanda dia menghargai hubungan mereka. Apa tidaknya, apabila diminta oleh Yusry sehelai samping yang ready-make dan senang dipakai terus, tanpa berlengah Lisa Surihani terus berjumpa pereka Nazir Idris.

Tak cukup dengan itu, permintaan Yusry untuk mempunyai samping yang mempunyai poket turut dipenuhi Lisa apabila samping yang ditempahnya mempunyai poket tepi di sebelah kanan dan zip di sebelah kiri. Agak janggal bagi kami, tetapi satu permintaan yang berani dipenuhi Lisa Surihani.

Sampai 3 helai dihadiahkan oleh Lisa Surihani, ini menunjukkan yang mereka sedang berbahagia sekarang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...