Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Hantu Bonceng Kutip RM5 Juta Dalam 5 Hari Tayangan Posted: 05 Sep 2011 06:45 AM PDT RM5 JUTA KUTIPAN TIKET UNTUK LIMA HARI TAYANGAN FILEM HANTU BONCENG Filem ke 23 Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Hantu Bonceng, lakonan Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai, Zahid AF dan ramai lagi, mencipta sejarah dengan kutipan tiket terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM 5 juta untuk lima hari tayangan dengan purata kutipan tiket adalah sebanyak RM 1 juta untuk setiap hari tayangan. Perkiraan kutipan tiket bermula dari 31 Ogos sehingga 4 September 2011, di 80 pawagam, serentak di Malaysia, Singapura dan Brunei. Dengan jumlah kutipan tiket sebanyak RM 5 juta ini, menjadikan lebih 500 000 (Lima ratus ribu) penonton telah menonton Hantu Bonceng di pawagam. Excellent Pictures dan pengarah Ahmad Idham Ahmad Nadzri, mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan semua pihak dalam mencipta sejarah perfileman tanahair. Ucapan terima kasih kepada pihak media yang menyebarluaskan maklumat berkaitan Hantu Bonceng, pelakon-pelakon yang sentiasa memberi kerjasama dan komitmen dalam mempromosikan filem ini seterusnya kepada semua peminat dan penonton yang tidak putus memberi sokongan dengan menonton Hantu Bonceng di pawagam. Tambah Ahmad Idham lagi, "Saya juga menyeru kepada semua pihak yang belum mahu pun yang sudah menonton Hantu Bonceng, untuk pergi ke pawagam, bersama teman-teman dan sanak saudara di Aidilfitri ini, untuk menonton filem ini. Hantu Bonceng adalah sebuah komedi ringan yang mempunyai mesej serta mampu mengeratkan perhubungan di antara rakan taulan dan saudara." "Selain itu, sekali lagi, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penonton dan peminat, dan diharapkan sokongan yang diterima berterusan untuk memastikan 'Hantu Bonceng' mampu melakarkan satu lagi sejarah perfileman tempatan, dan kita akan dapat berbangga dengan produk filem sendiri," tambah Ahmad Idham lagi. Hantu Bonceng masih membonceng di 80 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei, dengan kebanyakkan pawagam dibanjiri penonton yang ingin mendapatkan tiket. Tempahan awal amat digalakkan, samada melalui pembelian kaunter mahupun dalam talian. Tags: Berita, FilemClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Siti Nurhaliza Puas Hati Tonton Filem Hantu Bonceng Posted: 05 Sep 2011 06:38 AM PDT SITI NURHALIZA PUAS HATI MENONTON HANTU BONCENG Penyanyi nombor satu negara dan juga usahawan terkemuka, Dato' Siti Nurhaliza telah meluangkan masa untuk menonton filem terbaru arahan Ahmad Idham, Hantu Bonceng, di GSC Pavilion, malam tadi. Siti Nurhaliza yang kini cukup popular dengan single Inggeris terbaru, Falling In Love, telah meluangkan masa bersama-sama suami tercinta, Datuk Khalid Muhammad Jiwa, menonton Hantu Bonceng untuk tayangan lewat malam, sekitar 1250 tengah malam, bersama-sama lebih 150 penonton yang memenuhi pawagam berkenaan. Seusai menonton Hantu Bonceng, Siti diminta memberi pendapat mengenai filem berkenaan. Katanya, "Yang pasti ianya sebuah filem yang tidak membosankan dengan jalan cerita yang menarik. Walaupun menonton lewat malam, saya masih ketawa dan menyukai Hantu Bonceng ini." Hantu Bonceng kini mendapat sambutan cukup mengalakkan apabila kutipannya mencecah RM 1.8 juta apabila ditayangkan selama dua hari dan telah ditonton hampir 200 000 penonton, seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura. Bagi Ahmad Idham, selaku pengarah Hantu Bonceng, dia berkata, "Kehadiran Dato' Siti bersama-sama suami untuk menonton, merupakan satu penghormatan buat saya dan warga kerja Hantu Bonceng." "Ianya juga menjadi bukti, penyanyi nombor satu negara juga menyokong produk filem tempatan amnya dan Hantu Bonceng, khususnya, dan ianya juga membuktikan warga seni tempatan, samada penyanyi juga pelakon, bersama-sama dalam mencapai inspirasi membentuk masyarakat yang sayangkan nilai seni," tambah Idham lagi. Selain itu, tinjauan di beberapa pawagam sekitar Kuala Lumpur, juga maklumat dari pengurus pawagam di seluruh Malaysia, terdapat ramai penonton yang hampa kerana tiket-tiket Hantu Bonceng telah habis sejak awal pada hari tayangan. Pesan Dato' Siti kepada mereka yang belum menonton, " Pergilah menonton Hantu Bonceng, kerana ianya sebuah filem komedi mempunyai mesej yang bagus, bukan gelak kosong semata-mata," ujarnya selepas menonton Hantu Bonceng malam tadi. Hantu Bonceng, lakonan Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai dan Zahid, sedang ditayang di 80 pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, sejak 31 Ogos yang lalu. Tags: Ahmad Idham, Filem, Siti NurhalizaClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |