macam macam hiburan terkini |
- Kris Dayanti Dapat Anak Perempuan
- Miera dan Neelofa: Sambut Hari Lebaran di Eropah
- Fiza Terpaksa Beraya Dengan Bekas Suami Kerana Anak
- Anak Sulung Serikan Syawal Ezany & Isteri
- Intan Ladyana Tukar Hadiah Di Aidilfitri
- Orang Kampung Buat Kejutan Raikan Neelofa
- Zul Huzaimy Sambut Raya Di Tempat Orang
Kris Dayanti Dapat Anak Perempuan Posted: 05 Sep 2011 03:12 AM PDT Ini merupakan anak pertama hasil perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan, Raul Lemos. Mereka berkahwin pada bulan Mac lalu. Difahamkan, Raul amat lega kerana isteri dan anaknya itu melalui proses kelahiran dengan selamat. Malah, Raul turut berkongsi kegembiraannya kepada semua dengan menghantar gambar anaknya sendiri kepada pihak media yang berada di hospital tersebut. Sebelum ini, Kris telah pun memiliki seramai dua orang anak iaitu Titania Aurelie Hermansyah dan Azriel Akbar Hermansyah hasil perkahwinan pertamanya dengan penyanyi Anang. KD mencetuskan kontroversi sebelum ini kerana membuat pengakuan berani yang dia telah hamil sebelum bernikah. |
Miera dan Neelofa: Sambut Hari Lebaran di Eropah Posted: 04 Sep 2011 05:45 PM PDT Namun, persamaan nyata di antara mereka karier seni yang masih hijau bermula kurang molek ekoran terganggu dek kontroversi. sebelum selepas Sekadar mengimbas, Miera pernah hangat dengan isu pemakaian seksi selain kisah di kelab malam manakala Lofa dilabel perampas kekasih orang. Pun begitu, sempena Aidilfitri yang mulia ini bukan kontroversi dan sensasi yang mahu dibicarakan, sebaliknya hikayat raya mereka yang penuh glamor. Kata Miera yang suka berjenaka, Aidilfitri tahun ini sangat istimewa baginya sekeluarga kerana terbang ke Kota London untuk merasai sendiri pengalaman beraya di luar negara. "Insya-Allah, minggu kedua raya, Miera bersama keluarga dan ibu saudara akan berangkat ke London. Kami akan berjumpa kawan sekolah lama papa yang menetap di sana. "Justeru, Miera andaikan sambutan Aidilfitri tahun ini cukup istimewa kerana dapat merasai pengalaman beraya di Eropah. Kalau tak silap Miera, kawan papa berjanji untuk membawa kami beraya dengan kawan rapatnya juga berasal dari Malaysia," ujarnya. Ditanya, apakah setiap tahun mereka menyambut Syawal di luar negara, gadis tinggi lampai yang juga pendukung watak penting dalam filem Apokalips ini berkata, ia adalah kunjungan pertama. "Baru tahun ini kami merancang beraya di luar negara. Kalau tidak di Kuala Lumpur saja tidak pun di kampung sebelah mak di Johor Bahru, Johor dan sebelah papa di Parit Buntar, Perak. "Setiap tahun boleh dikatakan kami sekeluarga menyambutnya di Kuala Lumpur memandangkan datuk dan nenek pun lebih suka datang ke KL," katanya. Mengandaikan suasana Aidilfitri sama saja tidak kira sambutannya berlangsung di kota mahupun desa, apa yang penting, perayaan itu perlu disambut dengan rasa kesyukuran dan bersama keluarga. Mendengar bicara Neelofa, ia berbeza pula. Dia kini yang masih berada di Pasir Mas, Kelantan memaklumkan kesibukan bekerja membuatkan dirinya tidak sempat melakukan persiapan raya secara besar-besaran. "Raya tahun ini saya 'ulang tayang' semula baju yang pernah saya pakai pada majlis undangan berbuka puasa lalu. Tidak perlu rasanya nak membazir, tambahan pula baju itu baru sekali dua digayakan. "Apapun sambutan Aidilfitri berlangsung dalam suasana yang begitu meriah kerana keluarga saya, ibu dan ayah saudara berpakat mengadakan rumah terbuka secara besar-besaran. "Kiranya, siap naikkan 'banner dan bunting' gitu. Naik segan pula saya melihat sepanjang jalan terpampang kain rentang wajah kita sendiri. Apapun, saya amat menghargai usaha mereka kerana rumah terbuka ini diadakan juga atas permintaan kenalan mereka yang mahu jumpa saya secara dekat. "Alang-alang, adakan sekali untuk peminat. Majlis itu juga menemukan saya dengan kawan masa sekolah rendah dulu," katanya gembira. Seketika saja berpeluang menikmati kemeriahan Aidilfitri, Neelofa akan kembali bertugas bagi menyempurnakan penggambaran drama bersiri, Jiwa & Lara yang bakal ditayangkan di Slot Samarinda TV3. PROFIL MIERA NAMA: Miera Leyana Kasmi TARIKH LAHIR: 28 Ogos 1993 USIA: 18 tahun TEMPAT LAHIR: Johor Bahru KARIER: Pelakon, model KELUARGA: Anak kedua daripada tiga beradik HOBI: Membeli-belah, berenang, menari CITA-CITA: Ahli perniagaan DRAMA: Luna Fantasiku, Ceria- Ceria Cikgu Rubina, Kecuali Cintamu, Apa Itu Cinta, Ada Ubi Ada Batas, Kamelia Katrina, Aalia, Sejambak Bukan Serumpun, Nana Naruto FILEM: Apokalips PROFIL LOFA NAMA PENUH: Noor Neelofa Mohd Noor TARIKH LAHIR: 10 Februari 1989 TEMPAT LAHIR: Pasir Mas, Kelantan USIA: 22 tahun KELUARGA: Anak ketiga daripada sembilan adik-beradik PENDIDIKAN: Ijazah Pemasaran & Perniagaan Antarabangsa Kolej Universiti Sunway PENCAPAIAN: Juara Dewi Remaja 2010 FILEM: Azura 2011, King Kapcai, S.A.M, Lemak Kampung Baru DRAMA: Kasih Najiha, Kitab Cinta, Tahajjud Cinta, Pusing Raya PENGACARA: Paparazi (Tonton TV) JURUCAKAP PRODUK: U2 Watch IKLAN KOMERSIAL: Nokia, Celcom, Safi, Fair & Lovely, Bank RHB, Mee Sedap, Bank HSBC, McDonald's |
Fiza Terpaksa Beraya Dengan Bekas Suami Kerana Anak Posted: 04 Sep 2011 05:41 PM PDT Kata Fiza, walaupun dia mengakui keputusan itu adalah berat dan meluluhkan hatinya tetapi ia terpaksa dilakukan demi dua puteri mereka. "Kalau diikutkan, keputusan untuk berhari raya bersama bekas suami adalah sesuatu yang menyakitkan. Namun, demi kebahagiaan anak-anak saya tabahkan hati dan kuatkan semangat juga. "Kami terpaksa meraikan Hari Raya bersama kerana anak-anak tidak memahami ibu bapa mereka sudah tidak bersama lagi. Kami terpaksa beraya dan bersikap seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku dalam perkahwinan kami," katanya. Jelasnya lagi, dia akan membawa anak-anaknya pulang ke kampungnya di Pulau Pinang selepas 1 Syawal lalu bersama bekas suaminya. Berkongsi tentang cerita lucu di Hari Raya, Fiza berkata, dia terpaksa membeli pakaian baru untuk dua anaknya pada saat-saat akhir selepas pakaian yang ditempah pada seorang tukang jahit gagal disiapkan sehingga ke hujung Ramadan. "Saya terpaksa membeli pakaian baru untuk dua anak saya di kedai saja gara-gara sikap tidak bertanggungjawab seorang tukang jahit yang gagal menyiapkan pakaian mereka. "Mujurlah, dapat juga cari pakaian yang bersesuaian untuk mereka. Kalau tidak, tentu susah juga," katanya. Pasangan terbabit bercerai pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun berkahwin. Selepas bercerai, Fiza pernah dikaitkan menjadi punca keruntuhan rumah tangga ibu bapa kepada pelakon remaja Erin Malek. |
Anak Sulung Serikan Syawal Ezany & Isteri Posted: 04 Sep 2011 05:39 PM PDT Kata Ezany, keterujaan untuk meraikan lebaran tahun ini sebagai seorang bapa sudah membuak-buak apabila dia sudah menyiapkan pakaian Hari Raya mereka anak-beranak yang bertemakan warna emas sejak awal lagi. "Maklumlah, ini kali pertama saya dan isteri akan beraya sebagai ibu dan bapa, tentulah kami berkobar-kobar untuk menyiapkan segala kelengkapan sebaik yang mungkin. "Tahun ini kami memilih tema warna emas dan saya sudah membelikan anak saya beberapa pasang pakaian sejak awal lagi," katanya yang menyambut Aidilfitri di kampungnya di Perlis. Selain itu, sebagai tanda kesyukuran di atas kelahiran anaknya itu, Ezany juga mengadakan majlis makan secara besar-besaran untuk seluruh ahli keluarganya pada minggu pertama Hari Raya. Menyentuh pula kerjaya lakonan, aktor yang lebih menyerlah dalam drama di televisyen berbanding filem ini berkata, dia mula berjinak-jinak dalam genre komedi kebelakangan ini kerana berasa lebih relaks dan santai. "Selepas bercuti selama seminggu pada Hari Raya ini, saya akan kembali ke KL untuk memulakan komitmen drama bersiri Tangisan Bulan Madu musim kedua di samping Rita Rudaini (RTM2). "Kebelakangan ini saya semakin seronok pula apabila terbabit dengan drama komedi. Selepas ini, saya akan masuk ke set drama Naik Tangga, Turun Lif bersama Norkhiriah dan Fiza (Elite). |
Intan Ladyana Tukar Hadiah Di Aidilfitri Posted: 04 Sep 2011 05:38 PM PDT Walaupun mengakui suasana Lebaran di sana tidak semeriah perayaan di tanah air sendiri, Intan tetap berasa teruja dan tidak sabar-sabar untuk menyambutnya seisi keluarga. "Suasana dan sambutan Hari Raya memang tidak semeriah mana di Bangkok jika hendak dibandingkan dengan sambutan di Malaysia tetapi saya sekeluarga sudah terbiasa dengan cara yang sederhana dan ala kadar sejak dulu lagi. "Kalau hendak tahu, tiada kedai pun yang tutup dan semua perniagaan berjalan macam biasa pada Hari Raya kerana komuniti muslim di sana tidak sebesar mana. Namun kami memang rapat dengan sanak saudara yang lain," katanya. Tambah Intan, kesederhanaan suasana perayaan itu bagaimanapun dirasakan cukup meriah apabila seluruh keluarga berkumpul di rumah salah seorang saudara selepas Hari Raya pertama untuk melakukan aktiviti bertukar hadiah. "Saya paling suka dengan aktiviti bertukar hadiah apabila kami berkumpul pada Hari Raya. Setiap keluarga akan membawa hadiah masing-masing untuk ditukar sesama saudara-mara. "Pada kebiasaannya, kami akan mengadakan acara cabutan bertuah dengan memanggil nama ahli keluarga dan memberikan hadiah yang dikumpulkan di tengah-tengah rumah itu kepada setiap seorang," katanya. Terbaru, Intan kini sedang terikat dengan penggambaran filem X arahan Pierre Andre selain komitmen dram bersiri Kekasihku Puyu untuk slot Legenda di TV3. Selain itu, kekasih hati aktor Kamal Adli ini juga bakal muncul dengan tiga buah filem yang menantikan slot tayangan iaitu Bini-Biniku Gangster, Halim Munan dan Adnan Sempit 2. |
Orang Kampung Buat Kejutan Raikan Neelofa Posted: 04 Sep 2011 05:38 PM PDT Kongsi Neelofa, majlis tersebut yang lebih bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama keluarga dan penduduk setempat diadakan sebagai tanda kesyukuran dan berbesar hati atas kehadirannya di industri seni. "Kalau hendak tahu kami sekeluarga dan orang-orang kampung memang rapat. Tambahan pula, memang sudah menjadi trend bagi kalangan orang Kelantan, semangat kenegerian mereka memang kuat dan utuh. "Apabila mereka dapat tahu saya kini bergelar artis, mereka cukup berbesar hati dan teruja untuk meraikan saya dalam rumah terbuka bersempena Aidilfitri," katanya secara berseloroh. Bercerita tentang sambutan perayaan Hari Raya, aktres kontroversi ini berkata, dia sekeluarga pulang ke kampung ibunya itu bermula 28 Ogos hingga 4 September lalu dengan menaiki kapal terbang. "Kami terpaksa naik kapal terbang untuk pulang ke Kelantan kerana keluarga saya besar. Saya ada 10 adik-beradik, jadi tentu leceh pula kalau naik kereta. "Sambutan Hari Raya tahun ini sama juga macam tahun-tahun yang lalu cuma pada tahun semakin ramai orang mengenali saya. "Kami sekeluarga akan berkumpul di rumah nenek dan menyambut sanak-saudara dan orang kampung datang saja," katanya yang menggemari menu nasi dagang, laksam dan laksa Siam pada pagi Raya. Terbaru tentang karier lakonannya, heroin filem Azura 2011 ini berkata, dia akan kembali sibuk dengan pengajiannya sebelum memasuki set penggambaran filem terbaru Lemak Kampung Santan arahan Hans Isaac pada pertengahan September ini. "Saya baru saja dilamar untuk menjadi duta produk kecantikan Avon bagi menggantikan Nur Fazura. Insya-Allah, segala perbincangan telah dimeterai dan bermula Januari tahun depan saya akan bertindak sebagai wajah baru Avon untuk produk mekap. "Untuk lakonan pula, saya akan masuk ke lokasi filem Lemak Kampung Santan pada pertengahan September ini," kata pelajar jurusan Sarjana Muda Perdagangan Antarabangsa dan Pemasaran di Kolej Sunway ini. |
Zul Huzaimy Sambut Raya Di Tempat Orang Posted: 04 Sep 2011 05:37 PM PDT "Pada Hari Raya ini, saya pergi bercuti di sebuah negara dalam Asia untuk melihat tempat orang dan budaya umat Islam di negara jiran dalam meraikan hari kemenangan ini. "Bagi saya, ia satu pengalaman yang sangat bernilai kerana dapat mempelajari banyak perkara baru di negeri orang. "Peluang untuk melihat dan berkongsi cara orang luar meraikan Hari Raya adalah ilmu yang bernilai," katanya yang berangkat sehari sebelum Syawal lalu. Tambah pelakon teater "Sri Mersing" ini, sejak bergelar duda secara rasmi pada Julai tahun lalu, dia kini lebih bebas untuk bergerak dan melakukan sebarang aktiviti atau perancangan. Namun, tegasnya ia sama sekali tidak bermakna dia mengabaikan anak tunggalnya, Awal Haziq, yang berusia lima tahun.. "Kita beraya selama sebulan kan jadi tiada masalah untuk berjumpa dan menghabiskan masa bersama anak selepas saya pulang daripada bercuti. "Lagipun, saya dan bekas isteri memang sepakat dan tiada masalah tentang waktu penjagaan anak kerana kami masih baik seperti dulu," katanya. |
You are subscribed to email updates from macam macam hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |