OHBULAN! |
Konsert 2PM Bakal Diadakan Di Malaysia, November Ini. Posted: 05 Sep 2011 11:42 PM PDT Grup K-Pop popular, 2PM akan mengadakan siri jelajah Asia, 2011 Hands Up Asia Tour bermula di bandar Seoul, Korea Selatan pada 2 & 3 September ini. Siri jelajah 2PM ini turut memilih Malaysia sebagai destinasi terakhir apabila pihak penganjur JYP Entertainment mengumumkan secara rasmi bahawa konsert mereka akan diadakan pada 25 November 2011 di Stadium Negara. Harga tiket masih belum dimuktamadkan lagi. Apa pun, peminat boleh dapatkan info terkini mengenai penganjuran konsert mereka di laman rasmi fanpage 2PM. 2PM yang terdiri daripada Junsu, Junho, Nichkhun, Taecyeon, Wooyoung dan Chansung ini merupakan pecahan daripada kumpulan asal, iaitu One Day. Pada 20 Jun 2011, 2PM melancarkan album kedua mereka berjudul Hands Up yang memuatkan 13 lagu seperti Electricity & Give It To Me. Layankan video klip Hands Up selepas ini. |
DFP Spotlight : Konsert Yuna Diadakan Selama 2 Hari. Hari Pertama SOLD OUT! Posted: 05 Sep 2011 11:21 PM PDT Konsert Yuna yang sepatutnya diadakan pada 12 September 2011 telah habis dijual. Atas pemintaan yang amat mengalakkan, pihak Dewan Filharmonik Petronas (DFP) enggan mengecewakan peminat dengan membuka slot tiket untuk konsert kedua yang diadakan pada keesokan harinya, 13 September 2011. Konsert yang bermula pada 8.30 malam ini memerlukan penonton hadir dengan pakaian 'smart casual' seiring dengan reputasi DFP yang bertaraf dunia. Pembelian tiket secara online berjumlah RM80 boleh didapati melalui laman DFP. Penyanyi bersuara unik yang popular dengan lagu Gadis Semasa & Cinta Sempurna ini sememangnya menjadi pujaan ramai, apatah lagi bakatnya kini mula diintai oleh produser daripada Hollywood. More in General (1 of 1001 articles) |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |