Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
SimplySiti Jawab Isu Tuduhan Berus Kosmetik SimplySiti dari Babi Posted: 06 Aug 2011 03:45 AM PDT SimplySiti Jawab Isu Tuduhan & Spekulasi Berus Kosmetik SimplySiti dari Babi Seperti yang diketahui, berita mengenai SimplySiti kini sedang tersebar luas tentang produk SimplySiti yang mempunyai berus yang tidak Halal. Untuk mengelakkan berita ini dari terus menjadi tanda tanya, Dato' Siti Nurhaliza dan pihak pengurusan SimplySiti ingin memberikan informasi kepada semua melalui kenyataan seperti di bawah. Pihak SimplySiti harap ini dapat membantu untuk menjawab soalan yang kini sedang ditujukan mengenai kesahihan sijil Halal produk SimplySiti. Pihak SimplySiti juga sangat berharap pihak media dan wartawan yang tidak putus menyokong SimplySiti selama ini dapat turut membantu untuk berkongsi kenyataan beliau kepada semua. KENYATAAN DARIPADA SIMPLYSITI Merujuk kepada sebaran lampiran yang terdapat di dalam blog, berikut adalah kenyataan daripada SimplySiti. Pihak kami terpaksa membuat kenyataan akhbar lebih awal memandangkan terlalu banyak pihak yang telah menyebarkan spekulasi mengenai hal ini. Kenyataan ini dibuat bagi mengelakkan salah faham orang ramai dan melindungi imej produk kami yang dituduh menggunakan berus babi. Produk SimplySiti sentiasa mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM sebelum sebarang produk kami diberi sesuatu kelulusan Halal. Sebenarnya, produk-produk SimplySiti serta berus yang terdapat di dalamnya yang telah mendapat pengesahan Halal tidak terbabit dengan tuduhan yang dibangkitkan tersebut. Pihak kami selama ini berkerjasama rapat dengan pihak JAKIM dalam setiap proses yang harus dipatuhi sebelum sesuatu produk itu dihasilkan dan dipasarkan untuk kegunaan orang awam. Sokongan dan bantuan yang kami terima daripada pihak JAKIM amat kami hargai dan kami banyak belajar daripada mereka kerana sebagai perniagaan yang berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk semua, pihak JAKIM adalah rakan dan pihak yang sangat komited dan paling berwibawa dalam menghulurkan khidmat nasihat dan bantuan kepada pengusaha-pengusaha seperti kami terutama sekali dalam proses penghasilan dan pengesahan kualiti sesuatu produk secara amnya, dan untuk piawaian Halal secara khususnya. Sebab itu proses penghasilan sesuatu produk yang ingin mendapat pengesahan Halal daripada Jakim perlu melalui proses pemeriksaan dan siasatan yang terperinci bukan hanya bagi setiap jenis bahan yang terbabit di dalam pembuatan produk, malahan premis, setiap prosesnya termasuk pengangkutan, simpanan, pengeluaran, para pekerja dan segala-galanya perlu mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM. Apa yang berlaku di dalam konteks seperti yang tertera di di dalam blog tersebut adalah tidak benar. Bulu yang dilaporkan di dalam lampiran tersebut BUKANLAH bulu berus yang terdapat di dalam produk SimplySiti tetapi hanyalah berus yang terlibat di dalam kerja pembersihan di kawasan kilang dan kerja-kerja menyamak dan penyucian menurut syarak telahpun dilakukan bagi memastikan tidak ada apa-apa langsung yang tidak suci terdapat di dalam premis kilang tersebut lagi sebelum proses pembuatan produk dilakukan di kilang tersebut. Oleh itu, kami dengan ini menjamin bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar & berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM. Bukan itu sahaja, kami juga rasa terharu kerana kerjasama dan follow up yang kami terima daripada pihak JAKIM juga adalah pantas dan efisyen untuk kami mudah membuat apa-apa tindakan susulan dengan efektif. Memang sudah cita-cita dan niat Siti adalah untuk memastikan produk SimplySiti adalah halal, suci dan berkualiti. Hanya yang terbaik untuk semua para pengguna maka Siti sanggup buat apa sahaja dan akan terus berusaha memperbaiki mana-mana kekurangan walaupun proses atau usaha itu mengambil masa dan kos yang lebih sedikit daripada proses yang biasa. Sekiranya sesuatu produk itu diragui kesuciannya, kami tidak akan menjual malahan akan menarik balik dari pasaran. SimplySiti akan turut mendapatkan kenyataan daripada JAKIM supaya hal ini tidak lagi dipanjangkan sehingga meragukan pengguna SimplySiti. Kami harap pihak JAKIM akan dapat menerangkan status halal SimplySiti dalam kenyataan akhbar mereka nanti. Dan memandangkan isu ini timbul secara mengejut dan kebetulan jatuh pada hujung minggu, pihak SimplySiti akan turut berjumpa dengan pihak JAKIM secepat mungkin untuk berbincang tentang hal ini. Kami mohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi awal kerana kami sangat prihatin dan sentiasa menitikberatkan kualiti dan kesucian di dalam produk kami. Tags: awal, berus, Dato' Siti Nurhaliza, harap, imej, jakim, kami, kenyataan akhbar, luas, nasihat, pengusaha, perniagaan, rakan, rapat, sangat, selama, sijil halal, simplysiti, untuk semua, wartawan Tags: Berita, Siti NurhalizaClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Shangri La Hotel Kuala Lumpur Kemilau Kemewahan Posted: 06 Aug 2011 03:30 AM PDT Shangri-La Hotel Kuala Lumpur : Kemilau Kemewahan oleh Shah Shamshiri Pada kebiasaannya warga Lembah Kelang bersiar-siar di luar kota untuk menenangkan fikiran, namun pernahkah mereka terfikir untuk bersantai di ibukota demi mencari 'ketenangan' yang berbeza. Apatah lagi, sekarang kita sering terperangkap dengan tanggungjawab kerja serta tugasan sehingga kadang-kadang waktu untuk membeli-belah dan mencuba tempat-tempat makan terbaik di ibukota sendiri pun tiada. Sungguhpun begitu, semua ini mampu berubah sekiranya anda cuba untuk bermalam di tengah kota Kuala Lumpur. Satu malam sahaja sudah cukup untuk menikmati kemudahan moden yang tersedia di ibu negara kita ini. Dan di manakah tempat yang paling sesuai untuk bermalam di KL kalau bukan di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. Bak namanya yang unik, hotel bertaraf lima bintang ini menawarkan gaya hidup eksklusif buat setiap para pengunjungnya. Ia tersergam indah di tengah-tengah kawasan paling meriah ibu negara iaitu di Jalan Sultan Ismail dan sangat berdekatan dengan jalan-jalan utama yang lain seperti Jalan Bukit Bintang, Jalan P.Ramlee dan seumpamanya. Dengan lokasi strategiknya yang berdekatan dengan stesen monorel Bukit Nanas, ini memudahkan perjalanan ke pusat membeli-belah tersohor ibukota yang lain, seperti Suria KLCC dan Pavilion. Kedudukan hotel ini turut menepati citarasa ramai pelancong dari dalam dan luar negara. Hotel yang menyediakan 662 buah bilik ini menampilkan suasana yang indah serta selesa buat para pengunjung. Ini termasuklah 101 buah suite mewah untuk mereka yang mahukan keistimewaan. Dilengkapi dengan, pusat kesihatan serta spa, dan sudah tentunya sebuah kolam renang yang hebat, hotel ini dikatakan memenuhi setiap kehendak penghuninya. Ditambah pula dengan kemudahan lain seperti ruang-ruang mesyuarat dan dewan, hotel ini mampu menampung acara-acara tertentu. Tidak lupa juga, terdapat bilik-bilik khas bagi mereka yang menginap di bilik-bilik Horizon Club Executive dan Premier. Buat yang bermalam di bilik-bilik ini, mereka diberi keutamaan untuk mendaftar masuk di Club floor atau di bilik masing-masing tanpa perlu mendaftar di meja penyambut tetamu yang biasa. Bukan itu sahaja, mereka juga boleh bersarapan, makan tengah hari serta menikmati makan malam di Horizon Club Lounge yang lebih eksklusif dan peribadi. Selain itu juga mereka diberi peluang untuk menikmati minum petang di lounge tersebut. Hotel ini turut menyajikan hidangan terbaik di restoran-restoran terkemuka mereka yang terkenal di sekitar Kuala Lumpur. Ini termasuklah Restaurant Lafite yang bernuansa Perancis dan Eropah, restoran Jepun Zipangu, Lemon Garden Café, sebuah restoran keluarga yang beroperasi sepanjang hari bagi memenuhi keperluan selera pengunjung dan beberapa restoran lagi. Tidak kira sajian Asia atau barat, semuanya ada di Shangri-La Kuala Lumpur. Buat yang suka berhibur dan bersantai pula, the Shangri-La KL menampilkan Arthur's Bar & Grill, lokasi paling happening dan in di KL masa kini. Tempat ini sering mewarnai malam pengunjungnya dengan kehadiran DJ-DJ, serta kumpulan-kumpulan kugiran terkemuka. Ia juga menampilkan menu sajian enak dari barat yang bersesuaian dengan konsep seni reka dalamannya yang lebih menjurus kepada konsep tempat makan di Manhattan. Jadi buat anda yang tidak pernah terfikir untuk mencuba bermalam di pusat kota, ini mungkin masanya. Dengan kemudahan pengangkutan awam seperti monorel di depan hotel dan pusat membeli-belah di setiap penjuru sebaik sahaja anda melangkah keluar, Shangri-La Kuala Lumpur pasti pilihan yang bijaksana. Tags: bukit bintang, bukit nanas, citarasa, gaya hidup, horizon club, jalan p ramlee, jalan sultan ismail, kadang kadang, kalau bukan, kolam renang, membeli belah, monorel, negara hotel, P. Ramlee, serta spa, shangri la hotel, shangri la hotel kuala lumpur, shangri la kuala lumpur, suria klcc, tempat makan Tags: TravelClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |