Adsense

Sabtu, 6 Ogos 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Ramai Artis Baru Merayu Nak Hadir Melodi Raya.

Posted: 06 Aug 2011 10:43 PM PDT

Home > General > Ramai Artis Baru Merayu Nak Hadir Melodi Raya.

Melodi merupakan sebuah program hiburan yang telah bertahan selama 23 tahun & paling tersohor di Malaysia; sering mendapat rating yang tinggi hasil daripada paparan berita sensasi yang disediakan oleh produksi Melodi. Jadi, tak hairanlah jikalau ada segelintir artis baru yang memasang impian untuk hadir ke mana-mana acara yang diaturkan oleh produksi Melodi. Untung nasib masuk TV, ye tak?

Al-kisahnya, minggu depan produksi Melodi akan mengadakan program rakaman khas Melodi Raya, di PWTC. Namun, ada perkara yang dirunsingkan oleh mereka mengenai penganjuran Melodi Raya kali ini. Menurut sumber, seorang pelakon veteran merajuk kerana tidak mendapat tempat duduk ketika penganjuran Melodi Raya tahun lepas. Kalau boleh, produksi Melodi ingin mengelakkan kejadian seumpama itu berulang kembali.

Namun, ada segelintir artis baru ini dikatakan bersifat demanding. Sudah diberi 1 pas, dia minta pula 3 pas untuk bawa PA (personal assistant) & manager. Tak kurang juga nak bawa jiran, kawan & adik beradik.

Sebenarnya, produksi Melodi amat mengalu-alukan kedatangan artis baru. Cuma, mereka mengharapkan kerjasama daripada artis-artis baru ini kerana tempat duduk amat'lah terhad.

Bagi memperkemaskan penganjuran Melodi Raya 2011, mereka juga akan memperketatkan kemasukan para artis kepada 1 jemputan sahaja. "Mana-mana individu yang tidak membawa kad jemputan tidak akan menerima akses masuk."

Susunan meja juga diperketatkan. Artis akan duduk bersama artis, manakala PA & manager akan duduk tempat lain. Mereka juga tidak menjamin PA atau PR (public relation) akan mendapat tempat duduk pada hari berkenaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
More in General (1 of 987 articles)
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kenyataan Penuh Siti Nurhaliza Mengenai Isu Bulu Babi.

Posted: 06 Aug 2011 09:04 AM PDT

Merujuk kepada sebarang lampiran yang terdapat di dalam blog, berikut adalah kenyataan daripada SimplySiti. Pihak kami terpaksa membuat kenyataan akhbar lebih awal memandangkan terlalu banyak pihak yang telah menyebarkan spekulasi mengenai hal ini. Kenyataan ini dibuat bagi mengelakkan salah faham orang ramai dan melindungi imej produk kami yang dituduh menggunakan berus babi.

Produk SimplySiti sentiasa mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM sebelum sebarang produk kami diberi sesuatu kelulusan Halal. Sebenarnya, produk-produk SimplySiti serta berus yang terdapat di dalamnya yang telah mendapat pengesahan Halal tidak terbabit dengan tuduhan yang dibangkitkan tersebut. Pihak kami selama ini berkerjasama rapat dengan pihak JAKIM dalam setiap proses yang harus dipatuhi sebelum sesuatu produk itu dihasilkan dan dipasarkan untuk kegunaan orang awam.

Sokongan dan bantuan yang kami terima daripada pihak JAKIM amat kami hargai dan kami banyak belajar daripada mereka kerana sebagai perniagaan yang berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk semua, pihak JAKIM adalah rakan dan pihak yang sangat komited dan paling berwibawa dalam menghulurkan khidmat nasihat dan bantuan kepada pengusaha-pengusaha seperti kami terutama sekali dalam proses penghasilan dan pengesahan kualiti sesuatu produk secara amnya, dan untuk piawaian Halal secara khususnya.

Sebab itu proses penghasilan sesuatu produk yang ingin mendapat pengesahan Halal daripada Jakim perlu melalui proses pemeriksaan dan siasatan yang terperinci bukan hanya bagi setiap jenis bahan yang terbabit di dalam pembuatan produk, malahan premis, setiap prosesnya termasuk pengangkutan, simpanan, pengeluaran, para pekerja dan segala-galanya perlu mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM.

Apa yang berlaku di dalam konteks seperti yang tertera di di dalam blog tersebut adalah tidak benar. Bulu yang dilaporkan di dalam lampiran tersebut BUKANLAH bulu berus yang terdapat di dalam produk SimplySiti tetapi hanyalah berus yang terlibat di dalam kerja pembersihan di kawasan kilang dan kerja-kerja menyamak dan penyucian menurut syarak telahpun dilakukan bagi memastikan tidak ada apa-apa langsung yang tidak suci terdapat di dalam premis kilang tersebut lagi sebelum proses pembuatan produk dilakukan di kilang tersebut.

Oleh itu, kami dengan ini menjamin bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar & berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM. Bukan itu sahaja, kami juga rasa terharu kerana kerjasama dan follow up yang kami terima daripada pihak JAKIM juga adalah pantas dan efisyen untuk kami mudah membuat apa-apa tindakan susulan dengan efektif.

Memang sudah cita-cita dan niat Siti adalah untuk memastikan produk SimplySiti adalah halal, suci dan berkualiti. Hanya yang terbaik untuk semua para pengguna maka Siti sanggup buat apa sahaja dan akan terus berusaha memperbaiki mana-mana kekurangan walaupun proses atau usaha itu mengambil masa dan kos yang lebih sedikit daripada proses yang biasa. Sekiranya sesuatu produk itu diragui kesuciannya, kami tidak akan menjual malahan akan menarik balik dari pasaran.

SimplySiti akan turut mendapatkan kenyataan daripada JAKIM supaya hal ini tidak lagi dipanjangkan sehingga meragukan pengguna SimplySiti. Kami harap pihak JAKIM akan dapat menerangkan status halal SimplySiti dalam kenyataan akhbar mereka nanti. Dan memandangkan isu ini timbul secara mengejut dan kebetulan jatuh pada hujung minggu, pihak SimplySiti akan turut berjumpa dengan pihak JAKIM secepat mungkin untuk berbincang tentang hal ini. Kami mohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi awal kerana kami sangat prihatin dan sentiasa menitikberatkan kualiti dan kesucian di dalam produk kami.

Sekian, terima kasih.

Dato' Siti Nurhaliza Tarudin
Presiden
SimplySiti Sdn Bhd

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.