Berita Harian: Hip |
Posted: 05 Aug 2011 05:30 PM PDT Hip KD pertahan tindakan suami insiden kasari wartawan penyiaranSEBUAH dunia yang jauh berbeza daripada apa yang pernah dilaluinya, namun kerana beristerikan seorang wanita yang berstatus selebriti mengheret Raul Lemos untuk turut sama bergelut dan memahaminya. Lebih empat bulan disatukan, ternyata apa dilalui pengusaha asal Timor Leste yang juga suami penyanyi tersohor Indonesia, Krisdayanti atau KD masih belum memadai untuk dirinya memahami warna sebenar industri hiburan. Populariti KD yang masih utuh tanpa rela menjerat Raul untuk terus disorot media dan perkara itu bukan sesuatu yang mudah untuk dicerna. Isnin lalu, pasangan yang diijabkabulkan pada 20 Mac 2011 ini kembali terheret dalam kancah kontroversi apabila Raul didakwa mengasari wartawan dalam satu insiden di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta. Dua wartawan penyiaran dari Global TV mendakwa mereka dicekik Raul yang ketika itu berasa terganggu apabila isterinya didekati untuk diwawancara sebaik mereka tiba dari Dili. "Ini bukan dunia saya. Saya mohon maaf, mungkin perlu waktu, tapi saya akan berusaha. Saya tidak pernah melarang isteri saya ditemubual media tetapi berilah kami kebebasan. Berikan kami sedikit kebebasan untuk dinikmati. Manusia tidak luput daripada kesalahan. Saya harus belajar," ungkap Raul pada sesi pertemuan dengan media untuk menjelaskan perkara sebenar di Kebayoran Baru, Jakarta, Rabu lalu.Raul menjelaskan, dia tidak keberatan jika wartawan mahu menemubual isterinya tetapi pertemuan itu harus dibuat dalam suasana yang tidak mengganggu. Dia juga akur, menikahi seorang selebriti bermakna sebahagian privasi yang dipertahankannya selama ini terlerai kerana banyak hal terpaksa dikongsi bersama umum. Membuktikan keikhlasannya, Raul sudah pun merancang untuk menyiapkan tempat khusus kepada wartawan apabila KD melahirkan bayi perempuan mereka nanti. "Insya-Allah, perkara ini tidak akan terjadi lagi. Hubungan media dan isteri saya bagaikan gelas dan air, mana mungkin saya melarangnya. Saya juga tidak pernah sesekali menghalang KD untuk bertemu media, malah kami merancang menyediakan tempat kepada wartawan menyambut kelahiran bayi kami nanti," katanya berharap isu itu segera selesai, malah berdoa Ramadan yang datang meredakan amarah yang masih bersisa.
Raul turut menyeru wartawan supaya tidak terpesong dalam melaksanakan pekerjaan mereka. "Kalau sudah menolak, maksudnya jangan. Kami tidak pernah menolak untuk melayani permintaan media jika kena pada waktunya. Melaporkan berita itu kerjaya kalian tetapi kami juga punya hak untuk menolak. Tapi perkara sudah berlalu, nanti saja proses perundangan," kata Raul yang memberi keterangan di Balai Polis, Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Cengkareng, Banten, Sabtu minggu lalu. Sementara itu, KD yakin Allah akan membentangkan jalan supaya pertikaian itu segera selesai. Penyanyi Mencintaimu itu juga percaya, musibah yang berlaku itu mempunyai hikmah tersendiri buat dirinya dan suami. "Jujurnya apa yang dilalui cukup memenatkan namun Tuhan mempunyai sebab tersendiri mengapa kami dipilih untuk berdepan hal ini.
"Saya tidak marah pergerakan kami dirakamkan tetapi laporan infotainment itu membuat saya kurang selesa. Apakah saya bersalah mempertahankan diri jika laporan itu menyimpang jauh daripada kebenaran? Haram mencari wang dengan memfitnah orang. Apatah lagi waktu itu kami sudah berterus terang tidak bersedia untuk ditemubual," jelas Raul. Mahu bersalin di Jakarta MEMASUKI bulan kelapan kehamilan, KD sudah menetapkan keputusan untuk melahirkan anak ketiganya itu di Jakarta dan bukan di tempat kelahiran suaminya di Dili seperti digembar-gemburkan. Biarpun tarikh kelahiran semakin dekat, KD mengakui, dia dan suaminya masih belum membuat persiapan rapi. Cuma sebelum pulang ke Jakarta, Raul sempat menyiapkan bilik di kediaman mereka di sana. "Disebabkan mentua tidak dapat berada di sisi saya ketika bersalin nanti, jadi saya dan suami terbang ke Dili untuk terlebih dulu bertemu keluarga di sana. Saya mahu bersalin di Jakarta dan akan tinggal di sini selama tiga bulan. Awalnya saya merancang untuk bersalin di Singapura atau Darwin, Australia. Namun, selepas memikirkan semula rencana bersalin di luar negara itu kurang praktikal. Kasihan suami kerana jauh untuk berulang alik," katanya. Dijadualkan melahirkan anak pertama hasil pernikahannya dengan Raul pada awal September ini, KD berkata, pergerakannya yang aktif membuatkan dia sering mengalami kontraksi. "Saya tidak boleh duduk diam, ada saja yang mahu diselesaikan. Lagipun ini anak ketiga dan saya sendiri sudah berusia 36 tahun, rasanya apa yang saya lalui ini lebih tenang. Berat badan saya juga tidak naik mendadak, cuma 11 kilogram berbanding dulu apabila berat saya bertambah sehingga 25 kilogram," katanya. Meskipun berdebar menantikan detik kelahiran, KD menjelaskan, kasih sayangnya terhadap dua anak hasil perkahwinannya dengan Anang iaitu Aurel dan Azriel tidak pernah berubah. KD sentiasa cuba mencipta suasana yang selesa buat dua cahaya matanya itu supaya mereka tidak berasa tersisih lantaran dia bakal mempunyai anak kecil. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Misi balas dendam Captain America Posted: 05 Aug 2011 05:20 PM PDT Hip BAGI penggemar komik adiwira Captain America, kehadiran filem yang menemui penonton mulai 28 Julai lalu ini cukup dinantikan. Jika sebelum ini, kisah adiwira yang menjadi pujaan ramai itu hanya boleh diikuti menerusi majalah keluaran Marvel, tetapi kali ini watak Steve Rogers itu diangkat pula ke layar lebar.Captain America arahan Joe Johnston menerima ulasan positif dalam internet. Bagi peminat filem bercorak aksi adiwira, tiada masalah untuk mereka jatuh cinta kepada filem lakonan Chris Evans, Tommy Lee Jones dan Hayley Atwell dan ramai lagi ini. Namun, bagi peminat filem romantik dan drama, yang mana filem aksi seperti ini bukan makanan mereka, mungkin agar sukar untuk menerima filem sebegini, terutama apabila terlalu banyak aksi melampau yang tidak terjangkau dek akal dipaparkan. Bagaimanapun, itu hanyalah pandangan peribadi penulis, tetapi bagi beberapa teman yang menjadi penggemar komik Captain America, filem garapan Johnston itu berjaya memenuhi cita rasa mereka.Johnston bukan saja berjaya memenuhi kehendak penonton dari segi penyampaian cerita, bahkan hasil filem yang berlatarkan kekalutan dunia menghadapi Perang Dunia Kedua pada 1940-an ditangani dengan cukup kemas. Soal realistik beberapa adegan yang ditonjolkan seperti aksi Steve bertempur dengan konco Red Skull ditolak ke tepi oleh peminat filem ini. Bagi mereka, tiada yang peliknya menonton aksi melampau dalam filem seperti itu, sama juga seperti kita menonton filem adiwira lain seperti Superman, Spiderman, Iron Men, X-Men dan banyak lagi. Captain America mengisahkan seorang lelaki bernama Steve Rogers yang berminat untuk menyertai tentera. Bagaimanapun, disebabkan tubuhnya yang kecil - hanya seberat 98 paun, dia sering menjadi mangsa buli. Fizikalnya itu juga menyebabkan Rogers sukar didekati wanita. Sedangkan, dia memasang impian untuk menghadiri majlis tari-menari bersama wanita idaman.
Bagi menjayakan misi itu, Rogers disuntik serum oleh Dr Erksine, menyebabkan tubuh yang kecil itu bertukar menjadi sasa. Perubahan Rogers menyebabkan dia mula menjadi perhatian wanita, malah ejen misi berkenaan, Peggy Carter (lakonan Atwell) juga dalam diam menyimpan perasaan terhadapnya. Biarpun suntikan serum itu menjadikan Rogers kuat, askar dan Kerajaan Amerika Syarikat tidak menggunakan kuasa dimiliki Rogers dengan sebaiknya. Sebaliknya, mereka menjadikan dirinya sebagai penyebar propaganda kerajaan. Dia hanya muncul membuat persembahan pentas sambil mengenakan kostum Captain Amerika. Bagaimanapun, sindiran daripada tentera di sebuah kem menyedarkan Rogers yang dia tidak seharusnya diperguna dan diperbodohkan saja. Sejak itu, dia mula memasang impian untuk memburu Red Skull menggunakan kuasa dimiliki. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |