Kosmo Online - Hiburan |
- Kontradiksi cantik & bakat
- Ally Iskandar kelu lidah bicara kisah cinta
- Shahir tewas sebelum berjuang
Posted: Kontradiksi cantik & bakatKHIR tetap berpeluang berlakon dalam Rentaz biarpun sudah menerima tawaran filem lain, Langgar. Neelofa pula terpaksa melepaskan Rentaz atas alasan logistik. BARANGKALI gerimis sedang cemburu menatap perbualan bahasa tubuh yang terzahir daripada pertembungan si lelaki berkarakter, Khir Rahman bersama si jelita yang sedang menggelegak sensasinya, Noor Neelofa Mohd. Noor ini. Sebelum ini, mereka tidak pernah dipertemukan dalam sebarang sesi fotografi atau naskhah seni, apatah lagi bersapa dan beraksi mesra. Tanpa semua itu, mereka tetap larut dalam dalam cuaca tengah hari yang mendung baru-baru ini. Sesekali gerimis menitis, romantik yang tidak diundang tiba-tiba menjelma dan lokasi fotografi yang kebetulan pula dilakukan di sekitar Lebuh Raya Hubungan Timur Barat, Khamis lalu seperti mengizinkan kehadiran mereka. Hendak dijadikan pemula rentak, asalnya judul Rentaz, filem terbaharu sutradara prolifik Mamat Khalid dijadikan akar penyatuan cerita. Kebetulan pula, nama Neelofa, 22, dipetik sebagai heroin filem berkenaan, manakala Khir, 38, ditugaskan menangani watak syaitan dalam judul yang sama. Rasionalnya ada di situ, sang lelaki cukup senior dan lain corak makanan seninya manakala si gadis pula, tiba-tiba sahaja menjadi artis setelah muncul sebagai pemenang tempat pertama Dewi Remaja 2010. Keyakinan Khir Rahman "Memanglah, jika diukur dari segi rupa paras, saya memang jauh untuk digandingkan dengan Lofa (Neelofa) tapi jika saya fikir dengan ilmu serta pengalaman yang telah saya lalui, tiada apa yang harus saya gentarkan," usul Khir telus dan acap kali memuji keindahan ciptaan Tuhan bernama Neelofa. Tidak tertumpu soal Rentaz yang dijadualkan penggambaran pertengahan bulan nanti, soal haluan dan draf pencapaian ketika ini menjadi topik utama. Jujurnya, sekali lagi Khir akur bahawa rupa paras boleh menentukan takdir seseorang aktres atau aktor untuk menempa nama dalam bidang seni. Itu bukan sesuatu yang tabu. "Individu yang memiliki paras rupa menawan secara automatik mudah mendapat tempat, tapi itu bukan salah individu berkenaan manakala yang tidak berapa menawan harus melalui usaha keras, ikut saluran akademik, masuk teater dan sebagainya. Bagi saya, apabila sampai ke satu tahap, artis yang tidak berapa menawan tadi lebih layak untuk berasa bangga terhadap pencapaian yang diraihnya," kata Khir. Diminta pandangannya, pengarah filem Dalam Botol itu mula berhipotesis. "Lumrahnya sesiapapun gemarkan sesuatu yang cantik, bunga dan serta pemandangan yang cantik. Masuk ke bab pelakon wanita cantik, biasanya penerbit atau pengarah akan cenderung memilih pelakon berdasarkan kecantikan. Tapi, bukan hanya untuk mempergunakan kecantikan itu semata-mata, sebaliknya harus bertanggungjawab mendidik dan menggilap bakat yang ada pada artis berkenaan. "Jangan salahkan dia (pelakon cantik) kalau lakonannya tidak menjadi. Dia dipilih dan ditawarkan peluang untuk mengubah kehidupannya. Kerja seorang pengarah yang baik adalah untuk menyembunyikan kelemahan pelakonnya," katanya tidak cenderung menyebut nama Neelofa. Neelofa hingusan
Kepada Neelofa sendiri, melihat kepada namanya, ada sahaja cerita sensasi yang sudah melekat. Dari situ sahaja dia bukanlah regu yang sesuai untuk diajak lawan berhujah tentang seni dengan Khir. Namun, sebagai pendatang baru, dia memiliki alasan kenapa bidang yang bukan menjadi cita-citanya kini menjadi dunianya. "Saya baru tujuh bulan masuk dalam bidang lakonan, semuanya bermula dengan kosong, segala-galanya saya pelajari daripada set penggambaran selebihnya daripada tunjuk ajar pengarah dan pelakon senior. "Sekarang saya dapat rasakan bahawa lakonan perlukan pengalaman dan bukan sesuatu yang bersandarkan bakat semula jadi semata-mata," katanya. Mengambil peluang depan mata, ujar Lofa,dia teringin melontarkan soalan-soalan buat yang sudah mencipta nama dan pengalaman di bidang yang sama. Ujarnya juga, dia memang gemar sesi bertanya dan mencari ilmu di sebalik kemusykilan yang dilontarkannya itu. "Saya mahu bertanya kepada orang-orang berpengalaman seperti Khir, tentang pengalaman hidup dan lakonan mereka. Bagaimana skil menyampaikan dialog. Perkara-perkara seperti ini," ujarnya yang tampak masih naif dan patuh. Perlu jadi gila Khir tersenyum, menepuk bahu Lofa perlahan. Seperti berlakon tetapi tidak dalam karakter, babak ini berada di luar ruang kamera. "Besarkan skala lakonan. Perlu jadi gila. Jadi gila-gila dan bermain-main dengan karakter. Kalau tidak, akan duduk di tempat yang sama tanpa perubahan. Kena ada jiwa 'simplicity', ada juga jiwa seni," ujar Khir ringkas tapi penuh gaya. Masih menunggu beberapa filem yang belum ditayangkan termasuklah Ponti vs Omi, Papadom 2 dan Rock 2, pesan Khir lagi mudah bunyinya, tetapi ada jarum yang boleh mengena golongan yang berstatus pelakon. "Berlakon bukannya senang. Pura-pura berlakon sebaliknya lebih mudah," bicara Khir berfalsafah. Tertib mendengar hujah sang pengarah yang masih menunggu waktu untuk filem keduanya Dengar masuk ke lokasi, Lofa akur dia sangat mentah dan hijau dalam dunia 'permainan' Khir. Ujar Lofa, dia mahu memasuki kursus lakonan jangka pendek. Itu bukti dia sedang serius dan bukan hanya layak mengulit gosip ke sana ke mari. Bersahut soalan, tanya Khir, dia teringin mengetahui, apa pendirian Lofa berada dalam lapangan ini. Bergelar pelakon kerana mahu jadi aktres yang bagus atau meraih populariti atau berada di lapisan hobi. "Saya ambil masa untuk menerima filem Azura 2011. Saya tahu itu titik yang bakal merubah dan tidak ada patah balik. Saya perlu menjadi seorang aktres yang bagus. Belajar lagi untuk jadi bagus," ujar Lofa yang sekali pandang ada iras-iras lenggok percakapan dan intonasi persis Que Haidar. Sebelum bertemu noktah, bisik Khir, bakat dan kebijaksanaan adalah dua soal yang berbeza dan kedua-duanya penting, bijak tanpa bakat tak ke mana, begitulah sebaliknya, Lofa harus kenal itu. Sayangnya, Lofa tidak akan berpeluang masuk ke dunia yang cuba Khir jelaskan. Sehari sebelum artikel ini diterbitkan, dia memaklumkan bahawa tawaran Rentaz tidak mampu diteruskan kerana ada komitmen lain yang lebih penting. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
Ally Iskandar kelu lidah bicara kisah cinta Posted: Ally Iskandar kelu lidah bicara kisah cinta
KALAU sudah bukan jodoh. Desas-desus berita terlerainya ikatan pertunangan antara pengacara Ally Iskandar, 35, dan Nur Aishah Zainal, 26, akhirnya terjawab setelah pengacara berkenaan membuat kenyataan media baru-baru ini. Ally yang ditemui pada sesi rakaman Mentor Raya di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Khamis lalu mengakui hubungannya dan Nur Aishah yang merupakan naib johan Gadis Melayu musim pertama putus setelah lima bulan bertunang. "Pertunangan kami secara rasmi putus pada 30 Julai lalu setelah pihak keluarga saya yang diwakili kakak dan bapa saudara menemui keluarga Aishah di rumahnya. "Apa yang boleh saya katakan kami putus secara baik dan ini adalah keputusan kami bersama. Walaupun berasa sedih, tetapi saya reda apabila kami ditakdirkan tidak dapat mendirikan rumah tangga," ujarnya. Ditanya tentang punca perpisahan mereka, Ally menjelaskan ia disebabkan tiada keserasian yang terjalin walaupun mereka berdua sudah cuba untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Jelas Ally, meskipun tiada lagi sebarang ikatan dengan Aishah, tetapi hubungan mereka berdua tetap baik dan masih lagi berkawan sehingga kini. "Memang keputusan yang dibuat ini cukup berat kerana ia adalah sebahagian daripada harapan keluarga untuk melihat saya berumah tangga memandangkan usia saya kini sudah mencecah 35 tahun. "Walaupun keputusan yang dibuat ini adalah saat umat Islam hendak menjalani ibadah puasa, namun bagi kami ia lebih baik sekiranya perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin," ujarnya. Ally enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada dia masih sayang dan cinta terhadap bekas tunangnya itu memandangkan ia terlalu peribadi untuk diceritakan kepada umum. Jelasnya lagi, dia seboleh-bolehnya tidak mahu terlalu mendedahkan tentang kisah putus tunangnya kerana tidak mahu ibunya menjadi terlalu sedih terhadap apa yang telah menimpa ke atas dirinya. "Sehingga kini ibu saya masih lagi bersedih setelah arwah ayah meninggal dunia pada bulan April lalu. Dengan apa yang terjadi kepada saya sekarang tentunya membuatkannya berasa lebih sedih," ujarnya. Ally dan Aishah mengikat tali pertunangan pada 11 Februari lalu dan dijadualkan mendirikan rumah tangga pada akhir tahun ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
Posted: Shahir tewas sebelum berjuangENTAH apa perjalanan yang sedang dilakari oleh penyanyi mentah ini sehingga 'ilmu' lesap bagaikan satu mainan buatnya. Sejak awal kemunculan, sudah beberapa kali Shahir atau nama berdaftar Ahmad Shahir Zawawi tenggelam timbul dalam dunia hiburan. Malah kemunculan dan kehilangan juara Akademi Fantasia musim kelapan ini lebih banyak daripada single yang dipertaruhkannya. Terbaru, khabar menyatakan penyanyi yang mula dikenali dengan single Kebahagiaan Dalam Perpisahan ini membuat keputusan untuk berhenti daripada industri seni dalam masa terdekat. Sumber menyebut Shahir ditindas dan dianiaya pihak tertentu. Akhirnya penyanyi muda berusia 23 tahun itu khabarnya mahu meninggalkan bidang hiburan yang diceburinya pada tahun lalu. Baru masuk tahun kedua, Shahir sudah tewas. Cuba menghubungi 'mangsa' yang sedang remuk hati dengan dunia pilihannya, Shahir malahan keluarga enggan tampil memberi penerangan tentang kehilangan Shahir. Namun kenyataan Naib Presiden, Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh, mengesahkan bahawa Shahir bercuti selama dua bulan. "Pihak kami akan terus komited dalam menyokong pembangunan bakat-bakat seni tempatan," kata Khairul Anwar. Sikap acuh tidak acuh Shahir menjadi buah mulut ramai dalam merebut peluang selepas bergelar juara sebuah program realiti terkenal. Sudah berada di tapak dan jalan yang betul tapi kesungguhan tidak ketara pada jiwanya. Single pertama berjaya memasuki sebuah anugerah berpestij iaitu Anugerah Juara Lagu, bukan setakat itu dek kerana wajah yang tampan dan lengkap pakej untuk dijual rupa dan gaya, dia disambar menjadi pelakon. Masuk ke dalam cabang dunia seni, Shahir menjadi taruhan Yusry sebagai pelakon utama Karak. Tidak berakhir di situ mendapat peluang berganding bersama buah hatinya, Rozita Che Wan dalam telefilem Cer Cerita. Kalaulah kebahagiaan yang bakal diperolehi daripada perpisahan dengan dunia hiburan, lalu lakukan sahaja tanpa membuang masa dan bermain dengan teka-teki. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |