Adsense

Ahad, 7 Ogos 2011

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Mr. Bean Kemalangan Jalan Raya

Posted: 06 Aug 2011 03:31 PM PDT

LONDON: Aktor Rowan Atkinson yang terkenal dengan watak Mr. Bean mengalami kemalangan apabila terbabas di bahu jalan pada Khamis lalu.

Bagaimanapun, Rowan hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian bahu.

Seperti dipetik TMZ, Rowan yang memandu kereta berkuasa tinggi F1 McLaren dipandu dalam keadaan laju di Cambridgeshire, London sekitar pukul 7.30 pagi.

Dia hilang kawalan dan kereta yang dipandunya berputar tiga kali sebelum melanggar bahu jalan. Namun begitu kereta tersebut remuk dibahagian depan dan Rowan dibawa ke hospital berhampiran.

Kereta jenis McLaren F1 merupakan salah satu kereta termahal dan ia hanya dikeluarkan sebanyak 100 buah di seluruh dunia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.