Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Selebriti Kongsi Pengalaman Guna Fair & Lovely Forever Glow Posted: 02 Aug 2011 03:50 PM PDT DJ Lin dari Suria FM, penyanyi Isma AF7, dan pelakon Norkhiriah, Amyza Adnan, Marissa Yasmin serta Dynas Kongsi Pengalaman Guna Fair & Lovely Forever Glow Hidup bermula di usia 30-an bersama Fair & Lovely Kehidupan sememangnya bermula untuk wanita di usia 30-an yang berupaya membentuk hala tuju masing-masing dan juga mampu menyerlah dengan kejelitaan dalaman dan luaran. Konsep positif inilah yang dipercayai oleh jenama pencerah kulit terkenal – Fair & Lovely – sempena pelancaran krim pelembap dan pencerah baharu yang mengandungi kandungan anti-penuaan, Fair & Lovely forever GLOW™. Bagi seorang wanita yang menjengah usia 30-an, dia memulakan fasa baru dalam hidupnya yang berbeza dari dekad sebelumnya, sama ada berkaitan perhubungan, kerjaya dan keluarga. Apabila dia menemui kematangan dan membentuk karakter dirinya yang tersendiri, dia memancarkan sifat yakin dan percaya pada diri dan bersedia untuk mencapai kejayaan dengan bidangnya. Semasa transformasi ini berlaku, sedikit demi sedikit perubahan fizikal juga melanda kulit pada masa yang sama. Apabila seorang wanita mencapai usia 30-an, cabaran menjadi bertambah baginya untuk mengekalkan seri keremajaan yang sebelum ini dipandang mudah pada usia 20-an. Pembaharuan sel kulit dan kolagen mula memperlahan manakala pendedahan kepada cahaya matahari dan bahan cemar yang diburukkan lagi oleh gaya hidup yang menekan, kurang bersenam dan diet yang tidak sihat boleh menyebabkan kulit menjadi bertambah lesu. Masalah kulit biasa yang mula dialaminya dengan kulit yang semakin berusia adalah munculnya kekusaman, tompok dan penggelapan kulit. Dia memerlukan pelembap pencerah yang sesuai dalam himpunan produk kejelitaannya bagi mengatasi halangan utama pencerahan kulit. Fair & Lovely forever GLOW™ adalah krim pelembap dan pencerah baru dengan kandungan anti-penuaan dan anti-oksida untuk membantu wanita mencapai kulit wajah yang muda cerah berseri sepanjang masa. Dirumus dengan VITA AHA Complex™, campuran Vitamin B3, Vitamin E, lidah buaya dan AHA, Fair & Lovely forever GLOW™ mengembalikan semula kulit yang cerah dan muda berseri dengan mempercepatkan proses pembaharuan kulit. Berdasarkan ujian yang dijalankan ke atas 207 wanita Asia dalam tempoh 4 minggu berturut-turut, keputusan menunjukkan bahawa penggunaannya setiap hari dapat mengembalikan seri wajah yang muda cerah berseri, tompok usia yang berkurangan dan kecerahan yang nyata pada tona kulit. Unilever Malaysia's Assistant Brand Manager untuk Fair & Lovely, Sophia Wong berkata, "Fair & Lovely kini membawakan penyelesaian pencerah dan anti-penuaan baru kepada wanita Malaysia dalam lingkungan usia 30-an yang memasuki fasa baru dalam kehidupan mereka dan juga menghadapi perubahan dalam keperluan kulit masing-masing. Fair & Lovely forever GLOW™ adalah krim pelembap dan pencerah dengan kandungan anti-penuaan yang bukan sahaja mampu dimiliki malah berkesan bagi membantu wanita mengekalkan seri keremajaan mereka dengan mengurangkan kekusaman, tompok-tompok dan tona kulit yang tidak sekata." Wong menyatakan, "Kajian pengguna menunjukkan bahawa wanita di usia 30-an lebih matang dan yakin menangani cabaran berbeza yang datang dalam hidup mereka. Kempen kami ini mengutarakan secara langsung isu-isu yang dekat dengan diri mereka. Salah satu isu utama ialah tentang bagaimana caranya untuk tetap kekal jelita pada peringkat ini, yang bukan sahaja tentang memiliki kulit yang licin dan cerah berseri, malah juga mempunyai gandingan kejelitaan dalaman dan luaran". Sempena pelancaran Fair & Lovely Forever GLOW™, Fair & Lovely memperkenalkan sebuah kempen khas untuk berkongsi dengan para wanita di seluruh negara pelbagai kisah yang memberi inspirasi dan motivasi tentang bagaimana wanita dapat 'Menyerlah pada usia 30-an'. Ini telah dilakukan melalui kerjasama dengan sebuah program istimewa 6 episod yang akan disiarkan dalam rancangan Wanita Hari Ini di TV3, yang akan menampilkan selebriti-selebriti popular dari industri hiburan. Mereka akan berkongsi kisah inspirasi tentang bagaimana kehidupan mereka bermula di usia 30-an. Personaliti ini adalah DJ Lin dari Suria FM, penyanyi Isma AF7, dan pelakon Norkhiriah, Amyza Adnan, Marissa Yasmin serta Dynaz. Semasa previu yang diadakan hari ini, hos bagi episod Fair & Lovely khas, Siti Haffiza Aswaty (Fiza), menjadi moderator sesi bersama tetamu jemputan iaitu Isma yang berkongsi kisah peribadinya pada usia 30-an di mana kematangan dan keyakinan diri mengemudinya menangani cabaran hidup. Saksikan enam episod eksklusif ini di Wanita Hari Ini bermula 3 Ogos. Fair & Lovely forever GLOW™ dijual pada harga RM18.90 bagi sebotol 50g dan boleh didapati di farmasi, pasar raya dan pasar raya besar di seluruh negara. Rangkaian produk pencerah Fair & Lovely merangkumi Fair & Lovely Multi Vitamin yang mengandungi vitamin Tri-Fair Complex™ bagi kulit wajah yang cerah sempurna; Fair & Lovely Herbal Balance yang mengandungi 16 herba India untuk kulit yang cerah secara semula jadi dan Fair & Lovely Anti-Marks yang mengandungi Vita Aloe Complex untuk memudarkan dan meghilangkan bahagian yang bertompok untuk kulit lebih cerah berseri. Tags: Amyza Adnan, DJ Lin, Dynaz Kongsi, Fair & Lovely Forever Glow, Isma AF7, Marissa Yasmin, pelakon Norkhiriah, pengalaman, penyanyi femes, suria fm, tips cantik Tags: Dynas Mokhtar, Isma AF7, Noorkhiriah, Amyza Adnan, DJ Lin, Dynaz Kongsi, Fair amp Lovely Forever Glow, Marissa Yasmin, pelakon Norkhiriah, Pengalaman, penyanyi femes, Suria FM, tips cantikClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Ziana Zain, Jaclyn Victor & Suki Meriahkan 1Malaysia Aidilfitri Posted: 02 Aug 2011 03:32 PM PDT Raikanlah 1Malaysia Aidilfitri dengan DIVA-DIVA Raikanlah Raya ini dengan Muhibbah selaris dengan tema 1Malaysia Aidilfitri yang dianjurkan oleh Sungei Wang Plaza berikutan perayaan Hari Raya Aidilfitri dari 10 Ogos hingga 4 September 2011. Banyak aktiviti menarik menanti anda dan seisi keluarga pada musim ini. Tiga Diva terkenal Malaysia, Ziana Zain, Jaclyn Victor dan Suki Low akan membuat persembahan semasa majlis pelancaran 1Malaysia Aidilfitri dan Majlis Berbuka Puasa pada 10 Ogos 2011, 5.30 petang di ruang legar Sungei Wang Plaza. Turut serta pada hari itu juga adalah penyanyi tempatan terkenal IQA (Mentor 4) dan kumpulan lelaki VIP. Popular dengan lagu-lagunya seperti Anggapanmu, Setia Ku Di Sini dan Puncak Kasih, Ziana Zain telah menjadi minat orang ramai di arena hiburan. Ziana telah mencipta sejarah dalam hidupnya apabila memenangi gelaran "Voice of Asia" di Kazakhstan pada tahun 1995. Kejayaan besar ini telah menjadikan Ziana salah satu DIVA POP yang terhebat di SelatanTimur Asia. Dia juga pernah berlakon dalam beberapa tayangan tempatan seperti Sembilu dan Maria Marianna. Ziana Zain yang sentiasa meletop. Cantik gambar ni. Jaclyn Victor atau lebih dikenali dengan nama singkatnya, "Jac" merupakan penyanyi dan pelakon tempatan yang telah memenangi gelaran Ikon Malaysia. Jac pernah memenangi anugerah penyanyi terbaik di Anugerah Juara Lagu dan juga berlakon dalam filem Yasmin Ahmad, "Talentime". Album terkininya, 3 Suara merupakan gabungan Ning Baizura dan Shilla. Akhir sekali, Suki Low yang namanya terserlah apabila memenangi Juara Pertandingan Menyanyi One in A Million yang merupakan pertandingan realiti pertama yang menawarkan sejuta ringgit kepada juara. Anak Seremban ini pernah menjadi jurucakap PEPSI pada tahun 2007. Album terkininya yang berjudul, "Finally / Akhirnya" diterbitkan pada tahun 2008. Tetamu istimewa pada hari itu adalah RUMAH KEWAJA yang merupakan rumah perlindungan dan terapi untuk wanita khas yang telah dianiayai dan didera. 25 wanita bersama penjaga rumah mereka akan meraikan upacara berbuka puasa bersama- sama artis. Mereka juga akan diberikan duit Raya berserta cenderamata dan peluang untuk bersembang dengan artis pada majlis pelancaran tersebut. Mengikut KK Lim, Pengurus Kanan Bahagian Promosi dan Perhubungan Awam Sungei Wang Plaza, konsept 1Malaysia Aidilfitri ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama kaum dengan meraikan Hari Raya Aidilfitri ini bersama walaupun perayaan ini adalah untuk umat Islam. Dia bertambah lagi; " Untuk majlis pelancaran dan berbuka puasa ini, kami telah menjemput pihak KEWAJA untuk meraikan bersama kami supaya mereka tidak rasa ketinggalan atau sedih walaupun telah melalui kehidupan yang susah." Lagu-lagu popular seperti "Suasana Hari Raya", "Hari yang Mulia ini", "Indahnya di Hari Raya" dan "Selamat Hari Raya" antara lagu-lagu yang akan dipersembahkan oleh tiga DIVA, IQA (Mentor 4) dan kumpulan lelaki VIP. Antara aktiviti menarik yang disediakan pada musim Raya ini termasuklah; Sambutan Hari Raya ini ditaja oleh Watson's. Sungei Wang Plaza mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua! Suki Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |