Adsense

Selasa, 2 Ogos 2011

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


‘Khairul Tak Cakap Apa Pun’ – Tunang Apex

Posted: 02 Aug 2011 06:41 AM PDT




KUALA LUMPUR – "Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam)," kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.
"Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut," katanya ketika dihubungi hmetro.com.my.
Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.
"Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya," katanya.
Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.
"Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya," dakwanya.
Elia mendakwa, kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahuinya sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidikinya dia percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum mereka bertunang lagi.
"Saya menelefonnya untuk mendapatkan kepastian dan memintanya berterus terang, namun dia enggan berbuat demikian. Dia cuma beritahu ada masalah dan akan bincang dengan keluarganya.
"Saya tidak henti-henti berdoa supaya Allah berikan petunjuk bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kami. Tak sangka, tak lama selepas itu ada seorang wanita datang berjumpa saya dan mengaku ada hubungan istimewa dengan Khairul Fahmi," katanya.
Menjawab satu soalan, Elia mengaku ada mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial facebook mengenai tindakan Khairul Fahmi menengking ibunya (Elia).
"Mungkin tindakan itu salah saya, tapi selepas itu saya mendiamkan diri dan tidak keluarkan sebarang kenyataan lagi sebab ingin memberi masa kepadanya memulihkan keadaan. Tidak sangka pula dia sudah buat keputusan dan menghebahkan di akhbar tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya," katanya.
Elia berkata, tindakan Khairul Fahmi memutuskan pertunangan memang dikesalinya kerana dia sudah menyiapkan sedikit sebanyak persiapan untuk perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada hujung Oktober ini.
Sementara itu, ibu Elia yang enggan namanya disiarkan berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku dia bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk sebelum perkahwinan anaknya berlangsung. "Namun, mak cik minta dia (Khairul Fahmi) selesaikan semua ini dengan cara baik. Jika dulu dia meminang anak mak cik dengan cara baik, seeloknya mahu putus pun biarlah dengan cara baik, bukan cara sebegini," katanya.

Sharifah Shahirah kini bertudung?

Posted: 02 Aug 2011 06:38 AM PDT




Betul ke bulan Ramadhan ni merupakan satu titik permulaan seseorang untuk berubah kepada kebaikkan? mungkin iya, tapi tidak kebanyakkan daripada orang Islam itu sendiri. Salah satu yang memberikan gambaran tersebut adalah pengacara Sharifah Shahirah. Sharifah Shahirah dikatakan sudah bertudung, memang jarang kita melihatnya bertudung sebab hanya bermula bulan Ramadhan ini dia dah bertudung dalam gambar 'background' laman web Suria FM bersama-sama deejay wanita yang lain, tapi diharap ianya betul dan berkekalan dengan pemakaian tudungnya. :)




(GAMBAR) Siti Saleha Dalam Majalah REMAJA - Dari Iklan Ke Drama TV

Posted: 02 Aug 2011 06:37 AM PDT


JANGAN LUPA DAPATKAN MAJALAH REMAJA OKAY!!

Gambar Darling dengan anaknya

Posted: 01 Aug 2011 09:19 AM PDT




Lihat gambar dibawah ni, sweet betul mama seorang ni. Darling Ngasri dengan anaknya Nur Nashrullah Nur Azlin yang dah masuk 2 bulan usianya. Foto ni diambil oleh Facebook milik
 Lenny Emelda. Mungkin untuk potret keluarga kot, tapi kemana suami yang dicintai erk? tak nampak batang idung pun. Sibuk keje kot. Apa-apa pun semoga Darling dapat beraya dengan suami dan Nur Nashrullah Nur Azlin. :)



Gambar Fiza dengan anak-anaknya

Posted: 01 Aug 2011 09:17 AM PDT



Pelakon Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim yang berusia 31 tahun kini sangat bahagia dengan dua orang anak perempuannya, Ferra Aryanna, 3 tahun, dan Feeya Adyrra, 2 tahun. Walaupun bercerai dengan suaminya pada November 2010 yang lalu, anak-anak Fiza mempunyai didikan agama yang boleh dikatakan cukup baik, selalu sebelum melakukakan sesuatu mereka akan berdoa.


Fiza dan suami mendapat hak penjagaan anak bersama, namun anak-anaknya banyak menghabiskan masa dengan bekas suami dan mertua di Gombak kerana kesibukannya berlakon. Ketika Fiza sibuk berlakon, anak-anaknya juga akan dijaga oleh pembantu rumahnya.