Himpunan Kisah Sensasi |
Posted: 01 Aug 2011 04:27 PM PDT KUALA LUMPUR 1 Ogos – Penulis blog, Amizudin Ahmat hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang memerintahnya membayar ganti rugi RM300,000 setelah didapati bertanggungjawab memfitnah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Amizudin (gambar), 42, yang merupakan anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK), memfailkan notis rayuan itu setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof pa-da bulan lalu. Notis rayuan tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Ong Jaya & Co di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini. Pada 19 Julai lalu, Amizudin diperintah membayar ganti rugi RM300,000 dan kos RM100,000 setelah didapati bertanggungjawab memfitnah Rais, 69, menerusi sebuah artikel yang dipaparkan dalam laman blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com. Rais selaku plaintif memfailkan writ saman terhadap Amizudin pada 31 Januari lalu dengan mendakwa pada 28 Disember 2010, Amizudin sama ada secara sendiri mahupun melalui ejen-ejennya telah menyebabkan satu penerbitan artikel bertajuk 'Hei Pak Menteri…mana mau lari…' Menurut Rais, seluruh kandungan artikel dalam bahasa Malaysia itu berniat jahat dan memfitnahnya, selain ia bermaksud atau difahamkan membawa maksud yang beliau bersalah melakukan kesalahan serius membabitkan pembantu rumahnya dari Indonesia. Beliau yang juga Ahli Parlimen Jelebu di Negeri Sembilan, menafikan tuduhan itu selepas penulis blog terbabit menamakannya. Susulan itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah selama lapan tahun dengan Rais dilaporkan oleh portal berita Indonesia telah menafikan yang dirinya diberi layanan buruk atau dirogol oleh majikannya. /// utusan /// Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Himpunan Kisah Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |