Adsense

Rabu, 13 Julai 2011

Zon Artis

Zon Artis


Mawi Bakal Bergelar Ayah, Ekin Mengandung 7 Minggu

Posted: 13 Jul 2011 10:39 PM PDT

GAMBAR EKIN MENGANDUNG

Belum terlambat rasanya untuk kami di Zon Artis ni mengucapkan tahniah kepada Mawi kerana dalam masa 7 bulan dari sekarang, dia bakal bergelar ayah. Ini kerana, isterinya Ekin disahkan hamil dengan usia kandungan 7 minggu.

Seperti diperkatakan oleh Mawi:-

Kami berjumpa doktor dua minggu lalu, selepas mendapati kitaran haid Ekin tidak stabil dan doktor mengesahkan Ekin hamil 7 minggu.

Tapi kalau mengikut dari apa yang dipekatakan oleh Mawi ni, kandungan Ekin kini sudah berusia 9 minggu.

Sekali lagi, tahniah kami ucapkan dan kami turut mendoakan agar semuanya baik-baik saja. Kepada Ekin, jaga kandungan tu elok-elok. Tak nak apa yang pernah terjadi sebelum ni berulang lagi. Kepada Mawi pula, jaga Ekin bebaik.

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.