borak kosong |
- Kupu-Kupu Setengah Jantan Setengah Betina Lahir di London
- Gempak..pemuda ini tunjukkan cara jadikan komputer seperti iPad
- Lelaki terbenam dalam lumpur
- Kena bayar AS$10,000 jika berjaya tangkap lelaki ini
- Walah! Minum Teh Hijau Berlebihan Ternyata Berbahaya
- Mak Cik suka anak makcik berpakaian begini
- Isteri berikan ubat bius yang dicampur dalam makanan dan potong kemaluan suaminya
- Gambar,,lelaki panjat dan terjun dari tiang elektrik untuk bunuh diri
- Gadis 6 Tahun Buat Hole In One
- Tiduri Isteri Orang, LelakiIni Diarak Bogel dan Diajar Oleh orang ramai
- Di Bali, Hamil di Luar Nikah Didenda 40 ribu seHari
- Kartun Ejekan Terhadap Kekerasan Israel Menang Penghargaan di AS
- Selipar yang boleh dimakan dan The Real Kedai Handphone
- The Dog and Bone, Bar Terkecil di Dunia yang Dibuat dari Pondok Telefon
- Darah Haid, Boleh Ubati Penyakit Jantung?
- Kisah Gadis Muslim dan Kristian yang terperangkap dalam dunia porno
- Gagal Merompak, Malah Perompak Dijadikan Budak Seks Oleh Mangsa rompakan
- TV Berjalan
- Wow..pasangan ini pasangan pertama nikah di Stadium Barcelona
Kupu-Kupu Setengah Jantan Setengah Betina Lahir di London Posted: 13 Jul 2011 09:00 PM PDT Peneliti di Museum Sejarah Nasional London dibuat terkejut dengan lahirnya seekor kupu-kupu aneh setengah jantan, setengah betina. Kupu-kupu berjenis mormon ini memiliki tubuh unik. Di dunia manusia, kupu-kupu ini boleh dikatakan mirip dengan seorang peserta IMB, Hudson. Setengah tubuh bahagian kanannya adalah betina, sedangkan bahagian kirinya adalah jantan. Bezanya, kedua kelamin itu memang sudah menempel pada dirinya sejak lahir. Sayap bahagian kanannya yang berwarna cerah berasal dari hormon betina, sedangkan sayap kiri yang berwarna lebih gelap adalah ciri-ciri kupu-kupu jantan. Sesungut kiri dan kanannya juga memiliki panjang yang berbeza. Dilaporkan Guardian, alat reproduksi kupu-kupu yang baru saja lahir dua minggu lalu ini "menyatu di tengah." Para pengunjung berebut menyaksikan kupu-kupu aneh ini. Kerana masa hidup serangga tersebut hanya 1 bulan. Dikenal sebagai gynandromophs, hanya 1 dari 10 ribu serangga mengalami kelamin ganda seperti ini. sumber: Guardian / BBC foto: Kevin Webb |
Gempak..pemuda ini tunjukkan cara jadikan komputer seperti iPad Posted: 13 Jul 2011 08:00 PM PDT BEIJING - Seorang lelaki di China, Liu Xinying menunjukkan cara-cara memasang sendiri komputer tablet menyerupai gajet popular keluaran Apple, iPad tetapi melibatkan kos yang lebih murah. Dalam klip video 20 minit di laman perkongsian video China, Youku, lelaki itu menunjukkan cara bagaimana untuk memasang komputer tablet mirip iPad itu dengan menggunakan beberapa peralatan komputer, sebuah skrin sentuh bersama sebuah sarung serta papan kekunci. Pada penghujung klip video berkenaan yang berjudul DIY IPAD 3, Xinying menunjukkan komputer tablet berkenaan yang sudah siap dipasang. Komputer tablet pasang sendiri itu agak tebal dan berfungsi seperti iPad tetapi ia dijana sistem operasi Windows keluaran Microsoft. Berita mengenai kehebatan lelaki itu seterusnya tersebar di beberapa laman web luar negara dan laman teknologi China selain laman jaringan sosial tempatan, Weibo. Apabila dihubungi, pemuda berusia 21 tahun dari wilayah Shandong, timur China itu berkata, sejak klip video itu disiarkan di Youku pada bulan lalu dia terpaksa menolak lebih 12 permintaan orang ramai yang mahukannya membuat komputer pasang siap tersebut. "Saya membuat komputer pasang sendiri ini untuk keseronokan sahaja," kata Xinying yang bekerja di sebuah kedai komputer di bandar raya Jinan. "Kos untuk membuat komputer ini bersamaan 2,000 yuan (RM933)," tambahnya. Kos tersebut adalah jauh lebih murah berbanding versi iPad 2 termurah di China yang dijual pada harga sekitar 3,688 yuan (RM1,721) manakala model iPad 64 gigabit iaitu yang paling mahal di negara berkenaan pula berharga 5,288 yuan (RM2,467). - AFP sumber : kosmo online |
Posted: 13 Jul 2011 07:00 PM PDT WESTON-SUPER-MARE, Britain - Seorang pelancong lelaki dan dua rakannya diselamatkan dalam satu operasi besar-besaran selepas kaki mereka terbenam dalam lumpur di Sungai Axe dekat sini, lapor sebuah akhbar kelmarin. Beberapa pejalan kaki mendengar jeritan mereka meminta pertolongan menyebabkan satu operasi menyelamat dilakukan melibatkan beberapa pengawal pantai, paramedik dan sebuah helikopter polis. Dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu, mereka cuba untuk menyeberangi Sungai Axe. Ketiga-tiga mereka ditemui kira-kira 0.8 kilometer dari tebing sungai oleh pasukan penyelamat. Namun, mereka akhirnya berjaya menyelamatkan diri masing-masing dua jam kemudian apabila mampu berjalan semula namun tubuh ketiga-tiganya dipenuhi lumpur. Seorang pegawai pengawal pantai, Steve Bird berkata, ketiga-tiga lelaki itu cuba untuk menyeberangi sungai semasa sungai cetek. "Anda boleh terperangkap apabila air pasang dan terdapat risiko lemas," katanya. - Agensi sumber : kosmo online |
Kena bayar AS$10,000 jika berjaya tangkap lelaki ini Posted: 13 Jul 2011 06:00 PM PDT BANDAR RAYA SALT LAKE, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki dipercayai dari negeri Utah yang menggelarkan dirinya Mork Encino akan mengenakan bayaran AS$10,000 (RM30,205) kepada orang ramai yang berjaya memburu dan menangkapnya, lapor sebuah akhbar semalam. Lelaki berusia 28 tahun itu yang menganggur berkata, dia membuat tawaran aneh tersebut di satu laman web kerana mahu mencari kelainan. "Saya lebih laju daripada seekor ayam belanda dan pintar seperti babi hutan," kata lelaki tersebut. Menurutnya, mereka yang berminat untuk memburunya dalam keadaan berbogel pula akan dikenakan bayaran AS$2,000 (RM6,041) lebih mahal. Pemuda itu menegaskan dia serius berhubung tawaran tersebut tetapi beberapa pakar menyatakan, tawaran itu mungkin palsu selain menyalahi undang-undang AS. - Agensi sumber:kosmo online |
Walah! Minum Teh Hijau Berlebihan Ternyata Berbahaya Posted: 13 Jul 2011 05:00 PM PDT INILAH.COM,– Meminum teh hijau dalam porsi yang sewajarnya memang baik untuk kesihatan. Namun jika diminum secara berlebihan dapat merosak hati. Sebuah kajian telah dibuat. Beberapa peneliti telah menyampaikan keperihatinan atas efek samping yang mungkin timbul akibat meminum terlalu banyak teh hijau. Sebelumnya, telah muncul laporan adanya kes kerousakan hati dan teh hijau juga dapat mengurangi efek beberapa ubat. Namun sebaliknya, jika teh hijau diminum sewajarnya dapat memberi impak positif terhadap kesihatan antara lain untuk memangkas jumlah kolestrol dan gangguan jantung. Peneliti dari Universotas California, Nathan Wong menjelaskan, teh hijau memang berkhasiat memangkas jumlah kolestrol 'buruk' di dalam tubuh tanpa menganggu kolesterol 'baik'. Inilah yang menjadi banyak alasan mengapa banyak orang menggemari minuman tersebut. Selain itu, minum teh hijau dalam jumlah sedikit boleh berguna menyihatkan jantung, terlebih dengan efeknya terhadap kolesterol. Teh hijau juga telah dikaitkan dengan penurunan risiko beberapa jenis kanser serta risiko kematian akibat pneumonia. "Analisis dalam penelitian ini menunjukkan bahawa minuman atau ekstrak teh hijau memang menghasilkan pengurangan signifikan dalam serum total kolesterol dan kolesterol LDL, tapi tidak berpengaruh pada kolesterol HDL," tulis Xin-Xin Zheng dari Peking Union Medical College di Beijing dalam American Journal of Clinical Nutrition. |
Mak Cik suka anak makcik berpakaian begini Posted: 13 Jul 2011 11:01 AM PDT |
Isteri berikan ubat bius yang dicampur dalam makanan dan potong kemaluan suaminya Posted: 13 Jul 2011 10:30 AM PDT Liputan6.com, Los Angeles: Seorang perempuan California yang berusia 48 tahun ditangkap kerana dia memberikan ubat bius pada makan malam suaminya. Setelah itu dia pun memotong penis suaminya dengan alasan suaminya "patut menerima itu".Dalam kejadian yang mengingatkan orang mengenai kes John Wayne Bobbitt 1993 –yang penisnya disambung kembali setelah mengalami peristiwa serupa. Catherine Becker ditangkap kerana meracuni dan menyerang dengan menggunakan senjata mematikan. Dia mengikat suaminya di katil padaIsnin di Garden Grove, sebelah tenggara Los Angeles, demikian laporanAFP, Rabu (13/7). Perempuan tersebut, yang dalam proses perceraian dari suaminya (51), menelepon 911 untuk memberi tahu keadaan darurat, setelah dia membuang kemaluan suaminya, yang sudah terputus, ke tempat sampah, kata juru bicara polis Jeff Nightengale. "Beberapa petugas tiba dan menemukan korban, suami wanita tersebut, terikat di katil sementara darah mengalir dari daerah bawah perutnya," kata juru cakap itu. "Perempuan tersebut, yang diidentifikasi sebagai suami lelaki itu, telah menggunakan sejenis racun dan/atau ubat pada makanan lelaki tersebut untuk membuat dia tertidur." "Perempuan itu mengikat suaminya ke katil dan saat ia sedar, perempuan tersebut memotong penisnya dengan menggunakan pisau. Perempuan itu membuang penis suaminya ke tempat sampah … ." Meskipun begitu, potongan anggota tubuh yang tercabik tersebut ditemukan dan dibawa ke hospital, tak diketahui apakah ahli bedah akan boleh menyambungnya lagi. Setelah tiba di lokasi, polis membuka ikatan lelaki itu, dan menyita tambang dan pisau dapur sepanjang 10 inci sebagai barang bukti. "Penyelidikan awal menetapkan keduanya menikah dan dalam proses perceraian," kata Nightengale. "Tersangka menyediakan makan malam buat korban dan lelaki itu memberi tahu detektif ia percaya ada yang tidak kena dengan makanannya. Korban tergeletak, dan ia sedar dalam keadaan terikat di rancang sementara isterinya membuka pakaiannya." Perempuan tersebut, yang juga menghadapi dakwaan melakukan penganiayaan berat, penderaan, dan pelecehan terhadap pasangan, kini ditahan sebagai pengganti jaminan sebesar satu juta dolar AS, kata jurubicara itu. |
Gambar,,lelaki panjat dan terjun dari tiang elektrik untuk bunuh diri Posted: 13 Jul 2011 09:20 AM PDT 12 Julai di tengah hari, seorang lelaki memanjat tiang elektrik di Kebanggaan Concert Hall, Jalan Chengdu Shuinian .Dia berada diatas tiang itu hampir satu jam dan cuba untuk membunuh diri.Pihak bomba telah dipanggil untuk menyelamatkan . Tetapi lelaki itu terus terjun tanpa memperdulikan orang disekitar dan kemudian dikejarkan ke hospital.Nasib lelaki itu tidak diketahui. |
Gadis 6 Tahun Buat Hole In One Posted: 13 Jul 2011 08:48 AM PDT Dengan satu pukulan, bola golf itu masuk ke lubang yang jaraknya 77 meter dari seorang anak gadis berumur enam tahun yang memukulnya. Ayah dan kakak perempuannya teriak kegirangan. Namun, gadis kecil itu hanya berbalik dan kembali ke mobil golfnya. Ternyata ayah dan ibunya, selalu memperingatkan Reagan Kennedy, nama gadis itu, agar tidak beising di lapangan golf. "Kami berkata kepadanya untuk yang satu ini kamu boleh teriak," ujar Cheyenne Broquard, kakak perempuannya yang berusia 13 tahun. Reagan dan keluarganya memang sering bermain golf sebagai acara percutian keluarga. Gadis itu senang kerana dengan bermain golf, ia boleh menghabiskan waktu bersama ayahnya, Steve Kennedy. Steve telah mengajak puterinya itu ke lapangan golf semenjak umur 2 tahun. Reagan yang beberapa kali mengikuti pertandingan golf untuk anak kecil memang lahir dari keluarga pecinta golf. Baik keluarga ayah mahupun ibunya adalah pemain golf. Tak hairan apabila bakat ayahnya yang pernah melakukan hole in one pada tahun 1990 menurun kepada dirinya. Setelah berhasil melakukan hole in one di lapangan golf The Links, Ireland Groove, minggu kelmarin, Reagan makin memantapkan tujuannya bermain golf - selain menjadi pemain profesional tentunya. "Mengalahkan Ayah," ujarnya sambil tersenyum. sumber: The Pantagraph |
Tiduri Isteri Orang, LelakiIni Diarak Bogel dan Diajar Oleh orang ramai Posted: 13 Jul 2011 07:30 AM PDT Gara-gara kepergok sedangmelakukan seks dengan isteri orang, Ran (39) warga Kp Compreng, Kabupaten Subang, babak belur dihakimi orang ramai. Sebelum diajar, Ran bahkan diarak beramai–ramai dalam keadaan telanjang. Perkara ini menjadi perhatian warga lantaran yang membongkar perselingkuhan itu adalah suami Das (29), perempuan yang diselingkuhi Ran itu. (gambar hiasan) Seperti diberitakan Radar Cirebon, terbongkarnya kasus perselingkuhan antara Ran dengan Das itu bermula ketika suami Das menjejaki keduanya yang ketika itu tengah berhubungan intim di rumah orang tua Das di Dusun Kedung Waru, Desa Drunten Wetan, Kecamatan Gabuswetan, Sabtu malam hari (9/7). Ketika itu, sang suami yang sudah lama tidak tinggal serumah dengan Das, tiba–tiba datang dan memerangkap mereka. Terkejut melihat isterinya tengah berselingkuh, dia langsung mengajar Ran sembari berteriak–teriak. Teriakan lelaki yang dalam keadaan marah itu membangunkan tetangga. Kerana gaduh, para tetangga datang melihat suami Das tengah memukuli Ran. Sebelumnya warga sempat melerai, hanya setelah mengetahui kenya, warga pun ikut marah. Tanpa diarah, warga langsung mengarak Ran keliling kampung dengan keadaan telanjang. Dia lantas a menuju kantor desa setempat. Petugas Polsek Gabuswetan yang mendapat laporan langsung menuju lokasi dan kemudian membawanya ke RS Bhayangkara Losarang. Ran kini masih menjalani rawatan. Kapolsek Gabuswetan AKP Setyo Aji melalui Kanit Reskrim Bripka Sutarko memberitahu kejadian itu. "Suaminya berinisial Mr X, dan kini masih menjalani pemeriksaan di polsek. Korban sendiri sekarang masih dirawat di RS Bhayangkara guna menjalani perawatan kerana keadaanya kritis," ujar Bripka Sutarko. sumber :http://ruanghati.com |
Di Bali, Hamil di Luar Nikah Didenda 40 ribu seHari Posted: 13 Jul 2011 06:45 AM PDT Menikah bukan sekadar urusan menyatukan dua manusia yang saling mencinta. Ada makna yang lebih luas lagi, seperti kemahuan berbagi beban hidup dan menyatukan dua atau lebih keluarga. Di Desa Pengotan, Kabupaten Bangli, Bali, kedua makna pernikahan itu lebih kental terasa. Tradisi pernikahan di Desa Pengotan memiliki dua keunikan. Pertama, pernikahan hanya boleh dilakukan sebanyak dua kali dalam satu tahun berdasarkan kalender Hindu. Pernikahan dilakukan pada sasih kapat (bulan keempat) dan sasih kedasa (bulan kesepuluh) atau dalam kalender Masehi sekitar bulan September-Oktober dan Februari-March. Kedua, kerana hanya berlangsung dua kali dalam satu tahun, pernikahan selalu dilaksanakan secara beramai-ramai. Dalam satu kali upacara pernikahan, boleh ada 70 pasang atau sedikitnya hanya 5 pasang pengantin. Oleh kerana itu, setiap kali ada upacara pernikahan , suasana di Desa Pengotan mendadak ramai. Warga dari luar desa juga berbondong-bondong ingin melihat keunikan pernikahan itu. Pernikahan pada siang itu melibatkan 20 pasang pengantin yang merupakan penduduk asli Desa Pengotan. "Sebenarnya orang dari daerah lain atau kepercayaan lain yang menikah dengan penduduk Desa Pengotan boleh menikah dengan tradisi ini," kata tokoh Desa Pengotan, Wayan Kopok. Rangkaian upacara pernikahan itu total berlangsung selama enam hari. Tiga hari sebelum upacara puncak, setiap pasang pengantin menghaturkan canang sedah berupa sesaji kepada pemimpin adat desa. Ritual itu menyimbolkan kesungguhan pengantin yang akan melakukan pernikahan. Setelah upacara pernikahan berlangsung, pengantin lelaki dan perempuan masih melakukan ritual pebratan. Selama tiga hari setelah pernikahan, setiap pengantin tidak boleh keluar dari pekarangan rumah. Mereka pun memanfaatkan waktu untuk menerima tamu yang ingin mengucapkan selamat. Ritual puncak Pada hari puncak pernikahan, sekitar pukul 10.00 Wita, Pura Penataran Agung Pengotan yang menjadi tempat pusat kegiatan acara pernikahan mulai ramai. Para peduluan atau petugas pura mulai menata sesaji. Lembu merupakan persembahan pokok dalam upacara itu. "Dulu setiap pasang pengantin wajib menyerahkan satu ekor lembu. Sekarang cukup satu ekor lembu untuk semua pasangan," kata Kopok. Perubahan itu dilakukan supaya tidak memberatkan pengantin. Jika satu ekor lembu Rp 4 juta, maka setiap pasangan hanya membayar sekitar Rp 200.000. Selain lembu, ada pula sesaji lain yang disiapkan, seperti nasi, daging ayam, dan buah-buahan. Semua sesaji itu sudah harus tertata rapi sebelum para pengantin dipanggil masuk ke dalam pura. Setiap pasangan yang memakai baju adat berupa kain songket khas Bali diarak satu per satu menuju ke pura. Di luar pura, para pengantin mengikuti ritual pembersihan diri atau pebiak kalan. Pembersihan diri juga dilakukan di dalam pura oleh para pendeta dan sekaligus menjadi ritual inti pernikahan massal ini. Pura tampak penuh sesak selama prosesi pernikahan berlangsung. Siapa pun yang ingin menyaksikan pernikahan ini harus memakai pakaian adat Bali. Lelaki memakai kain kamben dan udeng, sementara kaum perempuan memakai kain kamben dan kebaya. Perempuan yang sedang datang bulan tidak boleh masuk pura. Sebelum pulang ke rumah, para pengantin harus melakukan ritual di setiap pura di desa itu yang berjumlah 13 pura. Para pengantin pun tampak hilir mudik berjalan kaki di jalan desa dengan dihantar anggota keluarga mereka. Proses itu memerlukan waktu sekitar 1,5 jam. Sesampainya di rumah adat, setiap pasangan pengantin saling menyuapi makanan sebagai simbol untuk saling menghidupi. Prosesi itu diiringi kidung berbahasa Bali yang dinyanyikan tetua desa. "Setelah pebratan selesai, kami akan pindah ke rumah kami sendiri," kata salah seorang pengantin lelaki, Wayan Dayuh (36). Prosesi pernikahan dan pebratan itu berlangsung di rumah adat. Di Desa Pengotan, permukiman warga mirip sistem kluster. Setiap kluster yang terdiri dari beberapa unit rumah dihuni oleh satu keluarga besar dan di dalamnya terdapat satu rumah adat. Kearifan lokal Salah seorang warga Desa Pengotan, Made Paksa (36), menjalani ritual pernikahan massal itu pada tahun 1989 bersama empat pasang pengantin lainnya. "Hampir semua prosesi upacara nikah masih asli, sampai sekarang tidak banyak berubah," katanya. Para pemimpin di desa itu pun berusaha keras melestarikan tradisi satu-satunya di Bali ini kerana pernikahan beramai-ramai ini mengandung nilai-nilai yang positif. Salah satunya adalah pemberian denda bagi pengantin perempuan yang hamil di luar pernikahan. Mereka akan didenda Rp 40.000 per bulan hingga pernikahan massal itu berlangsung. Sanksi adat berupa denda juga berlaku bagi warga Desa Pengotan yang menikah dengan tradisi lain. Sanksi itu akan ditentukan oleh para pemimpin desa. Meski unik, pemimpin desa tidak berambisi menjadikan ritual ini sebagai daya tarik pelancungan utama. "Yang penting tradisi ini tetap bertahan," kata Kopok. Bagi Desa Pengotan yang dihuni 699 keluarga dan sebagian besar di antaranya bekerja sebagai petani, pernikahan itu cukup meringankan beban warga. Keluarga setiap pasangan pengantin pun menjadi lebih akrab kerana banyak hal yang ditanggung bersama. Kearifan lokal itulah yang perlu dilestarikan. Sumber: Forum VIVAnews |
Kartun Ejekan Terhadap Kekerasan Israel Menang Penghargaan di AS Posted: 13 Jul 2011 05:00 AM PDT Sebuah gambar kartun yang menggambarkan respon cerdas seorang anak Palestin atas pernyataan rasis dari seorang anak Israel telah memenangkan penghargaan terbaik Kartun Politik Amerika Syarikat. Penghargaan ini diberikan kepada kartunis politik freelance asal Brasil Carlos Latuff yang bertajuk "Once upon a Time in Rafah", Fars News Agency melaporkan. Dalam kartun itu, seorang anak Israel berbicara dengan nada rasis kepada anak Palestin dengan mengatakan, "Ayah saya mengatakan kepada saya bahawa Anda orang Arab adalah haiwan teroris yang jahat." Sebagai tanggapan atas pernyataan rasis tersebut, anak Palestin dengan cerdas membalas pernyataan anak Israel itu dengan mengatakan, "Ayahku justru tidak berkata apa-apa! Kerana dia dibunuh oleh Anda." |
Selipar yang boleh dimakan dan The Real Kedai Handphone Posted: 13 Jul 2011 04:35 AM PDT |
The Dog and Bone, Bar Terkecil di Dunia yang Dibuat dari Pondok Telefon Posted: 13 Jul 2011 03:30 AM PDT Marah dengan ditutupnya bar paling popular di desa mereka, warga Shepreth, Cambridgeshire, menciptakan idea unik. Mereka membuat sebuah pondok telefon awam menjadi bar dan diberi nama The Dog and Bone. Bar itu ukurannya hanya 1 meter x 1 meter, dipercayai sebagai bar terkecil di dunia. Di sisi pintunya dipasang meja segitiga sebagai tempat bartender melayani para pengunjung dan dibawah meja tersebut disediakan tong sebagai tempat persediaan air minum. Idea pembuatan The Dog and Bone sebagai bentuk kempen menentang rancangan mengubah bar The Plough, bar paling terkenal di desa itu, menjadi rumah. Mereka ingin Dewan Kota memutuskan The Plough tetap menjadi bar. The Dog and Bone dibuka hanya pada Jumaat malam, sebagai sebahagian kebiasaan penduduk desa untuk berkumpul pada Jumaat malam sebelum pesta akhirminggu Pada hari pertama pembukaannya, sebanyak 70 warga desa berbaris untuk memesan bir. Bar unik itu ukurannya kurang dari setengah bar The Nutshell di Bury St Edmunds, Suffolk, yang dicatat oleh Guinness Book of Records sebagai bar terkecil di Inggris, dengan ukuran 5,5 meter x 2 meter. Penduduk desa Shepreth sekarang menunggu pengesahan dari Guinness Book of Records untuk menjadikan bar The Dog and Bone sebagai bar terkecil di dunia. |
Darah Haid, Boleh Ubati Penyakit Jantung? Posted: 13 Jul 2011 02:30 AM PDT INILAH.COM– Sebuah kajian baru yang dilakukan ilmuwan Jepun mengungkapkan, darah haid boleh memberikan harapan baru bagi pengubatan jantung. Benarkah? Para ahli penyakit jantung dari Fakulti Kedoktoran Universiti Keio Jepun berhasil menemukan fakta menarik. Mereka berhasil mengembangkan sel-sel punca (stem cell) atau sel induk dari darah haid untuk mengubati gangguan jantung. Berdasarkan pada penelitiannya, ilmuwan Jepun menggunakan sampel darah haid dari sembilan responden wanita. Sampel darah ini kemudian dikembangkan selama sekitar satu bulan di laboratorium universiti tersebut. Awalnya, sekitar 20% sel-sel mulai saling menyerang secara spontan setelah tiga hari dikumpulkan dalam kultur in vitro bersama sel-sel dari jantung tikus. Sel-sel darah haid ini akhirnya membentuk lembaran jaringan mirip jaringan otot jantung. "Rata-rata kesuksessannya 100 kali lebih tinggi dibanding 0,2 hingga 0,3 peratus sel punca yang diambil dari tulang manusia," ujar salah seorang ilmuwan, Shunichiro Miyoshi. Hasil penelitian, lanjut Miyoshi, menunjukkan bahawa seekor tikus yang mengalami serangan jantung ternyata membaik keadaannya setelah menerima sel-sel yang dihasilkan dari darah haid. "Dalam waktu dekat, mungkin akan tercipta sebuah sistem yang akan memudahkan para wanita menggunakannya untuk pengubatan mereka sendiri," jelasnya. Miyoshi menjelaskan, dengan menggunakan darah dari tubuh sendiri akan dapat memecahkan masalah besar dari penggunaan sel-sel ini, iaitu sistem kekebalan tubuh yang seringkali menolak kehadiran sel. "Darah haid dapat digunakan untuk membangun persediaan dari sel-sel yang memiliki keragaman protein pengenal kesesuaian jaringan atau human leukocyte antigen (HLA), yang juga bahagian penting dari sistem kekebalan tubuh manusia," jelasnya. "Sel-sel ini dapat disimpan untuk waktu lama di dalam sebuah tabung seukuran jari tangan, dan dapat pula dikembangkan sesuai keperluan," tegasnya. Sel punca dipertimbangkan sebagai kunci kerana sel ini dapat dikembangkan menjadi berbagai jenis sel. Sel punca juga berpotensi besar membantu memperbaiki sel-sel yang rosak, jaringan, bahkan organ tubuh sekalipun. Dalam pengertian yang tepat, lanjut Miyoshi, sel-sel ikat atau penghubung tersebut yang dipanen dari darah haid atau menstruasi, tidak bisa otomoatis disebut sel-sel induk (sel punca) yang bisa berubah menjadi beragam tipe sel di dalam tubuh. "Tetapi, mereka memiliki potensi yang tinggi untuk berkembang menjadi sel otot, dengan mengarahkan darah secara tepat pada waktu dipakai untuk mengubati penyakit di dalam otot-otot yang menyusut," pungkasnya. |
Kisah Gadis Muslim dan Kristian yang terperangkap dalam dunia porno Posted: 13 Jul 2011 01:25 AM PDT Berikut kisah Jasmin dan Nikki Jayne, yang terperosok dalam lembah hitam dunia porno yang sangat merugikan dan berbahaya. Gadis cantik bermata biru, Nikki Jayne. Nikki, yang kini berusia 22 tahun tentu tidak boleh melupakan masa lalunya. Ketika dia masih berusia kanak – kanak, dia seperti pari kecil yang setia. Rajin ke gereja dan menjalankan kewajibannya sebagai umat Kristian. Diapun tidak boleh mengelak jika menyaksikan foto dirinya ketika berusia 12 tahun, ketika menerima komuni yang pertama.Sungguh, seperti gadis cilik yang jauh dari perbuatan dosa. Tetapi waktu terus berjalan, dan kehidupan hingar bingar dunia terus "melucuti" kesucian keperibadian Nikki Jayne. Waktupun menjadi saksi ! Nikki Jayne terpelosok kedunia porno! Vivid Entertainment telah mengukir namanya menjadi artis porno yang tergolong sangat panas dijagat XXX. Tiada sesal dihatinya. Dan diapun berkata, "I feel lucky to be Vivid Girl. I know I can go far. "(untuk cerita sila klik SINI) Jasmin, yang merupakan gadis muslimah akhirnya terperangkap dalam dunia porno. Gadis berparas cantik yang mengenakan jilbab itu telah merelakan dirinya diperbudak syaitan ! Jasmin Nikki Jayne Ibu tunggal berusia 26 tahun tak lagi menghiraukan n asihat ayahnya, yang merupakan imam. Walaupun ayahnya tergolong imam beraliran keras dan radikal, tetapi sama sekali tidak menyentuh dirinya. Suasana keagamaan negara Lebanon tempat tinggal ayahnya, telah ditukar dengan hingar bingar negara Inggris. Dia merelakan dirinya menari telanjang ! Ya, ampun………………!(untuk ceritanya sila Klik SINI) |
Gagal Merompak, Malah Perompak Dijadikan Budak Seks Oleh Mangsa rompakan Posted: 13 Jul 2011 12:40 AM PDT Seorang perompak yang cuba merompak sebuah salon di Russia telah menjadi budak seks ketika pemilik salon berhasil mengalahkannya .Lelaki itu diikat dan ditelanjang , kemudian menjadikan perampok tersebut sebagai budak seks selama tiga hari. Olga Zajac 28 tahun pemilik salon yang dirampok berhasil menahan perampok bahkan menjadikannya sebagai budak seks dengan memaksa perampok meminum viagra dan melayani nafsu seksnya selama beberapa hari Si perampok, Viktor Jasinski (32) mengaku ke polis ia pergi ke salon di Meshchovsk, Russia, dengan niat merompak. Tapi keadaan terbalik buat Viktor saat pemilik salon Olga Zajac (28) -pemegang talipinggang hitam karate- mengalahkan Viktor. Hebatnya, Olga mampu mengatasi Viktor hanya dengan satu tendangan! Olga kemudian menyeret Viktor ke ruang belakang salon lalu mengikatnya dengan kabel pengering rambut. Olga, seperti keterangan polis, kemudian menelanjangi Viktor. Selama tiga hari berikutnya, Viktor jadi bahan ekperimen seks Olga . Agar Viktor tetap fit, Olga juga memberi Viktor obat kuat Viagra selama eksperimen seks tersebut berlangsung. Perampok beruntung tersebut akhirnya dibebaskan setelah memohon dan mengaku salah ke Olga. Tak lama setelah dibebaskan, Viktor melaporkan kejadian ini ke polis dan menyatakan 'penderitaannya'. Seperti dilapor Daily Mail, Viktor menyebut dia telah didera, dirogol , ditelanjangi, dan tidak ada makan kecuali obat kuat Viagra. Keduanya kini telah ditahan. Lucunya, ketika polis tiba Olga ia secara terang menafikan tudingan Viktor tersebut. Ia menyiratkan juga telah 'membayar' Viktor atas perlakuan tersebut. "Dia yang melapor itu kurang ajar. Ya, kami berhubungan seks beberapa kali. Tapi aku membelikannya jeans baru, memberinya makanan dan bahkan memberinya 1.000 rubel ketika dia pergi," ujar Olga. |
Posted: 12 Jul 2011 11:00 PM PDT TV berjalan ini dikenakan di badan. Dikenakan ke mana? ANEH? David Forbes menciptakan TV berwarna yang boleh dikenakan sebagai pakaian. Jaket TV-nya dikenakan di bahagian dalam dan di luarnya dilapisi jaket putih panjang agar tampilannya lebih rapi. Jika dipakai, anda akan terlihat seperti TV berjalan. TV ini menampilkan gambar filem pada layar LED ber-piksel 160 x 120. Format video yang diyampilkan adalah NTSC. Dalam demonya, filem yang ditampilkan adalah The Simpson. Tampilan LED-nya depan-belakang, serta di lengan. TV ini dibuat dari papan sirkit yang terdapat di bahu dan pinggang. Tiap papan sirkit dihubungkan dengan kabel-kabel tipis dan saling berjalin kuat pada jaket. Tampilan digitalnya boleh diatur, terang-gelap dan warna penuh atau hitam-putih. TV berjalan ini tersambung ke kabel USB ke iPod. iPod digunakan sebagai player filemnya. Beterinya dapat bekerja selama satu jam. |
Wow..pasangan ini pasangan pertama nikah di Stadium Barcelona Posted: 12 Jul 2011 10:00 PM PDT Liputan6.com, Barcelona: Pasangan penggemar kelab Barcelona, Iban Anglada dan Sans Sigrid, menjadi pasangan pertama yang menggadakan upacara pernikahan di stadium milik kelab Barcelona, Camp Nou. Demikian dilapor AFP, Isnin (11/7). Anglada dan Sans saling mengucap janji setia di hadapan 260 tamu pada Sabtu lalu di stadium yang memiliki kapasiti 98.787 orang itu. "Kami ingin sesuatu yang istimewa dan kami fikir ini tempat yang tepat," kata Sans, yang juga seorang ekonomis. Menurut laporan media Sepanyol, total biaya pernikahan mereka sekitar 60 ribu euro . Menurut pihak kelab, biaya menggadakan pernikahan di stadium itu boleh berkisar antara 1.800 euro sampai 2.400 euro, tergantung jumlah tamu. Harga untuk pesta dimulai dari 110 euro per orang dan dapat menampung hingga 750 tamu. Untuk tambahan, seperti menghadirkan piala yang dimenangkan Barcelona musim lalu, termasuk Liga Champions, dikenakan biaya 1.500 euro. "Impian para penggemar Barcelona akhirnya boleh terwujud untuk merayakan pernikahannya di stadium Barca," kata kelab itu dalam brosur untuk mempromosikan layanan pernikahan di Camp Nou. Pada Oktober 2010, Barcelona mengumumkan rancnagan mereka menyediakan tempat upacara pernikahan di stadium pada tahun ini. Menurut laporan saluran televisyen TVE, layanan menarik ini sudah ditempah para penggemar El Barca dari China dan Jepun |
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |