Adsense

Rabu, 27 Julai 2011

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Miera Liyana yang seksi bersama teman lelaki

Posted: 27 Jul 2011 01:43 AM PDT

miera liyana seksi bersama teman lelakiOpss.. siapakah jejaka yang bersama Miera Liyana ni?.. Dengar-dengar cerita jejaka yang dikenali sebagai Lash Mokhtar ni adalah teman lelaki terbaru Miera Liyana.. Wah.. beruntung lah Lash Mokhtar ni dapat teman wanita secantik Miera Liyana ni kan.. melalui gambar yang kita boleh tengok kat bawah ni.. nampak sangat mereka berdua tengah melalui saat-saat bahagia bersama kan..

Menurut sumber, Lash Mokhtar ni juga turut aktif berlakon untuk beberapa drama dan filem.. antaranya ialah 'Kami The Movie','Hanyut' dan yang terbaru ialah 'Alauddin'.. Jika betul mereka berdua ni tengah bercinta, MyGosip harap cepat-cepat la mereka berdua ni berkahwin.. nampak serasi sangat dah tu.. Apa-apa pun jom kita layan gambar Miera Liyana dan Lash Mokhtar bermanja-manja kat bawah ni… Miera Liyana Agak seksi disitu..

Miera Liyana bersama teman lelaki

Miera Liyana dengan bf

teman lelaki Miera Liyana

miera liyana seksi

Miera Liyana seksi

gambar seksi Miera Liyana
Gambar: OhBulan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Nursuhaila beberapa kali dipukul Jimmy Shanley

Posted: 27 Jul 2011 01:11 AM PDT

suhaila dipukul jimmySetelah sekian lama, akhirnya Nursuhaila Eliani Suhaimy yang juga isteri kepada Jimmy Shanley membongkar perkara sebenar mengapa rumah tangga mereka berantakan.. Menurut Nursuhaila, Jimmy berperagai pelik dengan tidak bercampur gaul dengan orang ramai dan Jimmy juga menghalang Nursuhaila daripada keluar bersama-sama rakanya.. apa yang lebih teruk Nursuhaila juga telah beberapa kali dipukul oleh Jimmy sebelum dan selepas berkahwin dengan Jimmy..

"Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang… itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja.

"Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (suami). Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan,"

"Dia ingat dia tu superstar tak layak untuk bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bertegur sapa dan bersalaman dengan sanak saudara kami."

"Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa.

"Selama ini saya berdiam kerana tak nak publisiti murahan…saya orang bisnes dan tak suka publisiti macam ni.Banyak lagi yang saya pendamkan dan tak perlu dihebahkan kepada umum,"

Nursuhaila juga mendakwa yang Jimmy tidak mengeluarkan sebarang pembayaran kos rawatan bersalinnya, bayaran mengurut mahupun wang untuk membeli lampin untuk anak mereka Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu.

"Dia kata dia seorang yang bertanggungjawab… semestinya dia sudah membuat persiapan tersebut dan bukan cakap kosong di media sahaja. Selepas bersalin, saya tidak pernah pun menghalang dia untuk berjumpa anak kerana saya tahu, Zahrah juga memerlukan Jimmy dan saya tidak akan halang kasih ayah terhadap seorang anak,"

Kenyataan balas daripada Jimmy Shanley mengenai dakwaan isterinya pula mengakui yang Jimmy sememangnya tidak mempunyai ramai kawan rapat.. malah Jimmy juga mengakui yang dia memang pernah memukul Nursuhaila.. itu pun disebabkan isterinya telah mengingkari nasihatnya..

"Ya, memang benar. Saya pernah memukul Suhaila pada hari ketiga perkahwinan dan hari kedua kami bulan madu. Kejadian itu disebabkan dia mengingkari nasihat saya. Tetapi saya tidaklah memukul sehingga mencederakan dirinya"

Tambah Jimmy, dia tidak pernah mengongkong kehidupan Suhaila sebaliknya cuba mendidiknya menjadi seorang isteri yang baik selain memintanya mengurangkan aktiviti yang sering dilakukan semasa hidup sebagai seorang bujang.

Mengenai dakwaan Nursuhaila mengenai kos rawatan bersalinnya pula, Jimmy menegaskan yang dia sendiri tidak diberitahu mengenai kelahiran anaknya..

"Saya hanya diberitahu menerusi SMS pada hari kedua bahawa anak saya sudah dilahirkan tetapi dia tidak beritahu saya bila dia akan keluar (wad) jadi macam mana saya mahu menjelaskan bil perubatannya itu?" soal Jimmy.

Sumber: mstar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.