Berita Harian: Hip |
Jawablah!: Jangan cetuskan kontroversi Posted: 26 Jul 2011 06:12 PM PDT Hip TIDAK pernah dia menyangka bahawa muzik video Karma nyanyiannya yang disiarkan di TV dan laman sosial Youtube mendapat maklum balas kurang baik daripada penonton.Puncanya, babak anak perempuan membunuh bapa sendiri yang dipaparkan dalam klip itu disifatkan sebagai melampau dan kurang sesuai sebagai tontonan masyarakat. Walaupun niat asalnya adalah untuk memberi kesedaran dan menerangkan makna sebuah karma, ternyata mesej yang cuba disampaikan penyanyinya, Faizal Tahir tidak dapat diterima. Malah, ramai menganggap penyanyi itu tidak dapat membezakan antara karma dan dendam. Ketika dihubungi Hip, penyanyi berusia 32 tahun ini tetap mempertahankan pendiriannya menghasilkan klip video Karma dan meminta mereka yang tidak berpuas hati supaya menonton sehingga selesai untuk mengetahui kebenarannya.Sambil menegaskan bahawa apa yang dilakukannya mempunyai maksud mendalam, Faizal juga meminta penonton supaya membuka minda mereka untuk melihat video muzik itu lebih jauh dan bukan sekadar pencetus kontroversi. Hip: Ramai yang mendakwa klip video Karma mempunyai membawa mesej kurang baik dan mengelirukan penonton. Komen Faizal.
Sistem bunyi APM teruk Hip: Adakah komen negatif seperti ini akan menyekat kreativiti Faizal berkarya pada masa akan datang?
Hip: Ketika Anugerah Planet Muzik 2011 di Singapura pada 15 Julai lalu, Faizal dilihat tidak bersedia ketika mahu mengambil hadiah. Nyanyian Faizal juga dikatakan sumbang terutama ketika menyampaikan lagu Selamat Malam. Boleh jelaskan?
Hip: Masih berminat jika diundang untuk menjayakan persembahan malam kemuncak APM pada masa akan datang?
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: 26 Jul 2011 05:54 PM PDT Hip A Ali bersama sebahagian kumpulan nasyid sekolah sekitar Johor Bahru pada pelancaran album Dia Yang Teratas Segalanya. Album yang menghimpunkan 11 lagu nasyid cukup syahdu dan alunan muzik yang gemersik, yang bisa meruntun jiwa pendengar yang inginkan ketenangan rohani. Keaslian lirik dan irama masih dikekalkan mengikut gaya dan kehendak sekolah, cuma susunan muzik dan penyampaian diberi suntikan baru oleh penyanyi dan komposer terbabit, yang menampilkan teknik penyampaian lebih segar seiring dengan konsep album iaitu nasyid kontemporari. Setiap kumpulan nasyid melontarkan paduan vokal yang unik serta melodi yang harmonis, memberikan kekuatan kepada album ini untuk dijual di pasaran tempatan.Antara lagu yang berjaya menyentuh jiwa pendengar adalah Wawasan Ummah nyanyian Soutul Haq daripada Sekolah Kebangsaan Telok Mas Melaka. Lagu itu juga diiktiraf sebagai lirik dan lagu terbaik peringkat kebangsaan pada tahun 2008. Garapan lirik yang indah disulami dengan vokal syahdu, kumpulan Soutul Haq pasti menambat hati pendengar setia nasyid. Selain itu, alunan merdu suara anak gadis A Ali, Nuazira A Ali yang menyanyikan lagu Keranamu Kekasih turut memperlihatkan album ini cukup istimewa. Percubaan pertama A Ali dalam mengangkat muzik nasyid pada peringkat sekolah dianggap berjaya kerana munculnya bintang baru penyanyi bergenre nasyid sekali gus menyemarakkan lagi industri muzik nasyid yang dilihat semakin suram.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |