macam macam hiburan terkini |
- Atlet Malaysia Tiada Kekuatan Minda - Norman (KRU)
- Penyanyi Nora Mahu Dikenali 'Nora J'
- Pengesahan Lafaz Cerai & Rujuk Joey Ogos Depan
Atlet Malaysia Tiada Kekuatan Minda - Norman (KRU) Posted: 26 Jul 2011 08:46 PM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim menganggap kebanyakan atlet Malaysia tiada kekuatan minda apabila menyertai perlawanan sukan walaupun mempunyai persediaan fizikal yang kuat. Menurut Norman, kelemahan tersebut membuatkan atlet negara mudah kalah dan tersungkur apabila berdepan dengan kesukaran ketika sedang berlawan. "Berdasarkan apa yang saya lihat, atlet kita sudah bersedia dari segi kekuatan fizikal. "Tapi sayangnya, bila dah nak kalah, mereka terus hilang fokus sedangkan ketika itu mereka perlu bangkit dan lawan sehabis mungkin walaupun tinggal beberapa minit lagi untuk tamat sesebuah perlawanan yang disertai," katanya pada Seminar Personaliti Unggul untuk para atlet anjuran Majlis Sukan Negara (MSN), di sini, Selasa. Tambah Norman, dia memberikan contoh pasukan bola sepak negara yang kini semakin kuat menentang setiap negara lawan, tetapi terus hilang fokus apabila pihak lawan memberikan jaringan gol. Pada seminar tersebut, Norman bersama pelakon Rosyam Nor telah memberikan petua kepada atlet-atlet negara untuk menaikkan semangat dan menyuntik pemikiran positif dalam persediaan mengharungi Sukan Sea ke-26 yang akan berlangsung di Jakarta pada November depan. Para atlit yang menghadiri seminar anjuran majlis Sukan Negara (MSN). Tambah Norman, para atlet juga perlu diberikan lebih banyak seminar agar dapat menguatkan mental selain fizikal. "Sebenarnya antara atlet sukan dan artis, kerja kami tidak banyak berbeza kerana masing-masing melalui proses tekanan prestasi, harapan yang menggunung daripada rakyat dan persediaan kerja. "Kerana itu, agak mudah untuk saya dan Rosyam berkongsi pengalaman kami mengenai persediaan dalam melalui setiap jatuh bangun kami sebagai selebriti," katanya. Sementara itu, kata Rosyam pula, para atlet juga perlu mempunyai pengetahuan am menerusi pembacaan akhbar agar mudah berkomunikasi dengan pihak luar termasuklah media yang menemu bual mereka. "Saya lihat, atlet di luar negara begitu positif ketika menjawab setiap soalan yang ditanya oleh pihak media manakala atlet kita agak segan dan masih lagi ada perasaan malu ketika bercakap. "Contohilah Datuk Nicole David, kerana dia bijak bermain dengan kata-kata ketika menjawab soalan. Saya harap, di masa akan datang ini, atlet kita lebih yakin berdepan dengan orang ramai kerana ia juga amat penting ketika melalui perlawanan yang dijalankan masing-masing. |
Penyanyi Nora Mahu Dikenali 'Nora J' Posted: 26 Jul 2011 08:45 PM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu popular Desa Tercinta dan Naluri, Nora Ariffin kini mahu dikenali sebagai Nora J. Jelasnya, perkataan J itu diambil sempena nama suaminya, Johan Nawawi. "Biasanya orang selalu tertukar dengan orang yang bernama Nora Ariffin kerana di Singapura juga mempunyai seorang model bernama Nora Ariffin. "Jadi, saya lebih suka menggunakan nama Nora J atau Nora Johan untuk mengelakkan kekeliruan," ujarnya sewaktu majlis pelancaran album Voices of Ummi (VOU) - Erti Al-Fatihah di Saloma Bistro, di sini, Selasa. VOU merupakan kumpulan penyanyi kanak-kanak yang digabungkan kerana suara mereka juga adalah suara watak-watak utama dalam siri animasi muzikal kanak-kanak berjudul Ummi-Ceritalah Pada Kami. Mereka adalah dua anak Nora iaitu Alif Johan (Alif), 12, dan Putri Dahlia (Putri), 7, serta Aiman Abbas (Aiman), 14, Hana Hamdan (Hana), 11, dan Jihad Hamdan (Atan), 8. Selain Nora, artis undangan dalam album itu ialah Bringgo dan Mosyi. Menurut Nora, anak-anaknya itu mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan sangat berminat untuk menyertai kumpulan tersebut. "Saya sangat bersyukur dengan anugerah yang diberikan kepada anak-anak saya dan mereka rela melakukan kerja ini tanpa paksaan. "Saya yakin album ini akan mendapat sambutan kerana ia bukan sahaja disasarkan kepada kanak-kanak tetapi golongan remaja dan dewasa dan lagu-lagu seperti ini harus diberi peluang untuk diputarkan di stesen radio," ujarnya. Dalam pada itu, suaminya selaku penerbit album berkenaan memberitahu album yang mengambil masa setahun untuk disiapkan itu merupakan album runut bunyi bagi mempromosikan animasi terbitan syarikatnya, Hud Hud Media dan Johan Nawawi Sdn Bhd. "Album ini menampilkan 13 buah lagu yang akan diedarkan oleh Erama Creative Sdn Bhd dan Erama Records Sdn Bhd melalui portal www.erama.tv menjelang bulan Ramadan ini. "Animasi Ummi dijangka akan siap pada hujung tahun ini. Jadi, sementara animasi tersebut siap, kami hasilkan lagu-lagu yang bakal dimuatkan dalam animasi ini kerana ia akan diselang-seli dengan lagu berkonsep pop kerohanian," ujarnya yang turut bersedia untuk memasuki pasaran muzik Indonesia jika diberi peluang. Nora yang menyambut kelahirannya ke-38 Selasa turut diraikan pada majlis tersebut. |
Pengesahan Lafaz Cerai & Rujuk Joey Ogos Depan Posted: 26 Jul 2011 08:45 PM PDT KAJANG: Permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk yang difailkan oleh isteri kepada pelakon dan penyanyi, Joey akan diputuskan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 11 Ogos depan. Hakim Syarie, Abd Halim Abdullah menetapkan tarikh itu selepas dimaklumkan bahawa plaintif, iaitu Noraini Mohamad Nasir tidak dapat menghadiri prosiding kerana tidak sihat. Menurut peguam syarie, Amli Embong yang mewakili Noraini, anak guamnya ada menghantar mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) pada waktu tengah hari Selasa, memaklumkan dia kini demam panas. "Sebaik sahaja menerima berita itu, saya telah menghubungi plaintif dan meminta dia untuk mengemukakan sijil cuti sakit (MC). "Bagaimanapun, plaintif memberitahu dia masih tidak larat untuk ke hospital dan akan cuba mendapatkan MC daripada hospital di Ampang pada petang ini (Selasa)," katanya. Abd Halim kemudiannya bertanyakan kepada Joey atau nama sebenarnya, Zulkifli Daud sekiranya dia ada menghubungi isterinya, namun tidak memberitahu bila. Zulkifli: Ya, saya ada menghubunginya. Abd Halim: Kamu tahu keadaan kesihatan dia? Zulkifli: Waktu saya hubungi, dia sihat. Abd Halim kemudiannya memberitahu, beliau mahu supaya Noraini hadir di mahkamah untuk mendengar penghakimannya kerana beban untuk membuktikan kejadian rujuk terletak di bahu plaintif. "Dalam kes ini ada dua isu yang timbul, iaitu isu lafaz cerai dan rujuk. Kamu hanya menafikan dakwaan rujuk. Saya tidak boleh putuskan kes ini tanpa kehadiran plaintif. "Saya tahu saya telah janji untuk memberikan keputusan pada hari ini dan keputusan juga telah berada di tangan saya," ujar beliau. Noraini, 44, memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor pada 15 Oktober 2010 iaitu kira-kira seminggu selepas Joey, 37, dilaporkan bercinta dengan pelakon, Watie Elite. Pada penyataan tuntutannya, Noraini mendakwa Joey atau nama sebenarnyaZulkifli Daud, 37, telah melafazkan cerai pada 4 Jun 2010, yang hanya didengari oleh seorang rakan suaminya bernama Acong. Noraini juga mendakwa, Joey telah melafazkan lafaz rujuk ke atas dirinya empat hari kemudian, iaitu pada 8 Jun 2010 semasa berada di dalam bilik tidur. Pada keterangan Noraini, wanita tersebut memberitahu, semasa melafazkan rujuk, Joey meletakkan tangan kanannya ke dahi manakala tangan kirinya memegang Al-Quran. Bagaimanapun, Joey yang merupakan vokalis kumpulan Exist dan pernah menghasilkan album Beradu Suratan hanya mengakui bahawa dia ada melafazkan cerai dan menafikan dakwaan rujuk. |
You are subscribed to email updates from macam macam hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |