Adsense

Rabu, 27 Julai 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Syarat cinta Syafinaz

Posted:

Syarat cinta Syafinaz

Syarat cinta Syafinaz



KALI terakhir figura tinggi lampai, Syafinaz Selamat tampil bersama buah tangan buat peminat adalah menerusi album Syyh... pada tahun 2001.

Setelah dicurahkan segala cinta dan kasih sayangnya melantunkan lagu-lagu seperti Dan, Tiada Maaf Bagimu serta Surat Terakhir dalam album ketiganya itu, Syafinaz, 38, seolah-olah menoktahkan perjalanan seninya tanpa khabar.

Selain menyepi dan umpama hilang ditelan arus industri hiburan dengan kemunculan bintang-bintang baharu, Syafinaz sebenarnya sedang merencanakan perjalanan seninya dengan lebih jitu dan kemas.

Karier seni dan akademik berjalan seiring dalam dirinya. Dalam pada penyanyi bersuara soprano itu sedang membikin album keempat, permintaan dan kehendak untuknya mencurah ilmu dalam bidang muzik kian bertambah.

"Kini saya terpaksa membahagikan masa untuk mengajar di Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan), ICOM (International College Of Music) dan separuh masa di UiTM (Universiti Teknologi Mara), selain itu saya dilantik sebagai konduktor Permata Seni Koir dan Vocal Master untuk Koir Kebangsaan Malaysia.

"Bayangkan betapa sibuknya kehidupan saya sehari-hari sehinggakan diri sendiri pun kadangkala terabai," ujarnya ketika ditemui selepas sesi fotografi di Studio Utusan, Chan Sow Lin baru-baru ini.

Tidak menolak cinta

Kesibukan menjadi alasan buat Syafinaz, namun katanya jika ada insan yang sudi memahami diri dan kerjayanya sehari-hari, tiada sebab untuknya menolak cinta yang hadir.

"Saya akui saya tiada masa untuk orang lain dan tiada masa untuk cinta. Cinta saya adalah karier saya yang bermula sejak pukul 8 pagi hingga ke lewat tengah malam.

"Persepsi orang ramai melihat saya seorang yang garang, tapi sebenarnya bukan seperti yang disangka. Mungkin saya kelihatan agak tegas.

"Kalau ada jodoh maka adalah, saya percaya pada ketentuan Tuhan dan saya terbuka untuk menerima sesiapa saja yang hadir pada masa yang sesuai dan memahami siapa saya," bicaranya tatkala ditebak kisah cintanya.

Namun, dia mengakui sudah bersedia untuk disunting arjuna dalam hidupnya. Bagaimanapun Syafinas ada meletakkan syarat-syarat tertentu. "Kesefahaman dan tolenransi, itu yang saya harapkan dalam hubungan," akuinya.

Kecewa! Itu luahan Syafinaz apabila ditanya perkembangan album keempatnya. Ujarnya, kekecewaannya itu disebabkan oleh tempoh masa yang diambil untuk melahirkan album yang diimpikannya itu sehingga lapan tahun.


BERGANDINGAN dengan bintang ternama seperti Syafinaz sememangnya mengujakan Frank.


"Saya buat banyak kerja dalam satu masa sampaikan terkejar-kejar ke sana sini, itu puncanya album keempat ini tergendala," katanya yang memberikan sepenuh perhatian dalam setiap perkara yang dilaksanakannya.

Sebanyak enam buah lagu berjaya disiapkan dan hanya dua buah lagu lagi sedang dalam proses rakaman.

Berbeza daripada album sebelum ini, Syafinaz menyerapkan 'roh' lagu opera ke dalam muzik pop dan membentuk karya pop kontemporari yang sangat istimewa baginya.

Selain itu, teknik nyanyian dan instrumentasi yang digunakan dalam album yang diterbitkan oleh syarikatnya sendiri, Syafinaz Selamat Productions turut berbeza daripada album terdahulu.

"Saya ingin melakukan sesuatu yang saya percaya boleh dilakukan dengan elok, maka album yang berteraskan elemen klasik ini satu kelainan yang sangat istimewa bagi saya dan saya yakin akan kekuatan tersendiri album ini," katanya yang turut menulis sebuah lirik lagu dalam album itu.

Juga serasi dengan dunia seni persembahan pentas antaranya teater, Syafinaz terpaksa melepaskan hajatnya untuk berlakon memandangkan tempoh latihan yang memakan masa panjang.

"Sememangnya berlakon teater sangat menyeronokkan tapi malangnya ia mengambil masa terlalu lama untuk berlatih termasuk proses menghafal skrip," katanya yang disunting beberapa kali untuk berlakon teater selepas kemunculan mantapnya mendukung watak Ratu Sheeba dalam siri jelajah pementasan teater Sinbad: Batu Permata Dewa.

Kilauan Koir Kebangsaan


SYAFINAZ mengakui bertuah dapat mengenali Frank.


Berbangga dengan Kumpulan Koir Permata Seni yang dibimbingnya sejak bulan Januari 2010, Syafinaz bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan ke atas kejayaan kumpulan itu sehingga melayakkannya mewakili negara dalam World Peace Choral Festival 2011 yang diadakan di Schon Brunn Palace, Vienna, Austria mulai 25 hingga 28 Julai ini.

Mengendalikan 55 orang kanak-kanak berusia di antara 7 hingga 12 tahun bukan tugas mudah bagi Syafinaz namun rahsianya bergantung pada cara pendekatan yang dilakukannya.

"Kanak-kanak ini perlu nampak profesional dan apa yang saya buat adalah melayan mereka seperti orang dewasa, syukur alhamdulillah setakat ini segalanya berjalan lancar dan kami sudah bersedia untuk bertemu dengan 40 buah kumpulan koir lain dari seluruh dunia antaranya China, Hong Kong, Taiwan, Slovakia dan beberapa negara Eropah lain," jelasnya yang juga mengagumi kumpulan Vienna Boys Choir sebagai pasukan koir terunggul di dunia.

Festival berprestij itu diwakili oleh 37 orang peserta Kumpulan Koir Permata Seni dan merupakan acara tahunan anjuran The Artistic Comittee of World Peace Festival, Vienna yang bertujuan mempromosikan keamanan sejagat menerusi nyanyian koir oleh kanak-kanak berbakat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Ala Carte! 3 tampilkan Chef Norman

Posted:

Ala Carte! 3 tampilkan Chef Norman

Ala Carte! 3 tampilkan Chef Norman


GELAGAT Chef Norman bersama tetamu jemputan dalam program Ala Carte 3.


BERSESUAIAN dengan bulan Ramadan yang bakal menjelang Ogos ini, program Ala Carte musim ke-3 kini kembali dengan pelbagai resipi menarik dan chef baharu.

Tampil segar dan berwajah baharu, Ala Carte ! kali ini menampilkan Chef Norman Musa dan bakal menjanjikan segmen menarik dan resipi-resipi yang enak.

Program ini bagaimanapun tetap mengekalkan gayanya yang bersahaja, urban dan tidak bergantung sepenuhnya kepada skrip yang sedia ada.

"Chef Norman akan bersama beberapa tetamu jemputan istimewa untuk menyediakan resipi kegemaran mereka," ujar penerbit Ala Carte 3," Aeizul Reeza Ismail.

Menurutnya lagi, Ala Carte musim ini juga menyelitkan segmen baharu iaitu tetamu jemputan diminta memilih dan membeli ramuan yang diperlukan untuk memasak selepas berbincang bersama Chef Norman.

"Segmen seterusnya pula akan mengimbau kembali kenangan dan memori bersama tetamu jemputan sebelum beralih kepafa penyediaan hidangan yang seterusnya dan diakhiri segmen menikmati hidangan bersama-sama.

"Dengan konsep temu bual kali ini, para penonton dapat mengenali tetamu jemputan program ini dengan lebih dekat antaranya ialah Ning Baizura, Jonathan Putra, Sharon Bakar, Sasha Bashir, Steve Thornton dan Juliana Evans," ujarnya.

Tambahnya: "Hidangan ditampilkan kali ini ringkas dan mudah untuk dipelajari, tambahan pula ia mendapat sentuhan Chef Norman dan dengan personalitinya yang peramah pasti menjadikan memasak adalah sesuatu yang menarik dan menggembirakan."

Tidak lengkap menonton program ini tanpa mengenali serba sedikit tentang Chef Norman. "Saya memiliki sebuah restoran yang diberi nama Ning di United Kingdom," ujarnya.


CHEF Norman memiliki sebuah restoran yang dikenali sebagai Ning di Manchester, London.


Tambah Norman: "Selain menjadi Chef Eksekutif restoran itu, saya juga menguruskan sebuah sekolah memasak dengan pengkhususan menyediakan makanan citarasa Malaysia di United Kingdom."

Menyingkap kembali sejarah bagaimana dirinya boleh menjadi seorang chef di Manchester, United Kingdom, anak kelahiran Butterworth, Pulau Pinang itu sebenarnya telah melanjutkan pelajaran di Universiti of Portsmouth, London pada tahun 1994.

Namun bidang yang dipilihnya itu bukan bidang masakan tetapi bidang kajian ukur bahan. "Selepas memperolehi ijazah dan bergelar graduan pada tahun 1997, saya kemudian mendapat pekerjaan pertama sebagai juruukur bahan di Bournemouth sebelum berpindah ke London pada 1999," katanya.

Pada tahun 2003, Norman kemudian berpindah ke Manchester dan masih dengan kerjayanya sebagai juruukur bahan. Pada 2006, dia memulakan projek restorannya yang dikenali sebagai Ning yang terletak di Nothern Quater, Manchester itu.

Justeru, jika ingin mengenali lebih lanjut Chef Norman dan bagaimana cara dia mengendalikan program masakan, ikuti Ala Carte 3 di saluran ntv7. Program 13 episod ini akan bersiaran setiap hari Rabu, pukul 7.30 malam bermula hari ini, 27 Julai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Justin enggan kongsi lif

Posted:

Justin enggan kongsi lif

Justin enggan kongsi lif


JUSTIN TIMBERLAKE


JUSTIN TIMBERLAKE telah menunjukkan 'belang' status selebritinya apabila dilaporkan enggan berkongsi lif dengan orang kebanyakan. Penyanyi yang kini semakin aktif berlakon di layar perak itu baru-baru ini menghadiri parti yang berlangsung di bahagian bumbung Standard Hotel di New York usai majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonan Justin, Friends with Benefit.

Sumber yang memberitahu E! Online berkata: "Selepas seronok berparti, Justin lalu mahu beredar daripada parti tersebut pada pukul 1 pagi. Untuk pulang, semua tetamu parti itu perlu menggunakan lif."

"Namun ketika Justin mahu turun, tiga orang gadis yang turut menyertai parti itu sudah menunggu di depan lif itu untuk turun ke bawah.

Bagaimanapun pengawal-pengawal peribadi Justin tidak membenarkan gadis-gadis itu memasuki lif tersebut.

"Apabila gadis-gadis tersebut mempersoalkan tindakan pengawal-pengawal peribadi Justin itu, mereka telah diugut akan diambil tindakan oleh pihak hotel sebelum mereka kemudian bersetuju mengikut arahan."

Tambah sumber, apabila gadis-gadis tersebut bersetuju untuk tidak menggunakan lif tersebut, Justin kemudian dibenarkan memasuki lif tersebut.

Pada parti yang turut dihadiri oleh selebriti seperti Penn Badgley, Courtney Love dan Rose Byrne itu, bintang berusia 30 tahun itu dilihat berbual dengan aktres Mila Kunis dan Patricia Clarkson.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.