Adsense

Selasa, 28 Jun 2011

Zon Artis

Zon Artis


Tauke (Jambu) Sudah Setahun Tidak Tinggal Sebumbung Dengan Isteri

Posted: 27 Jun 2011 09:09 PM PDT

GAMBAR TAUKE BERSAMA KEKASIH

Memang benarlah yang Tauke (Jambu) sememangnya sudah beristeri malah mempunyai enam orang anak ekoran ramai yang tertanya-tanya mengenai statusnya selepas tersebarnya gambar-gambar ini.

Walau bagaimanapun, Tauke dan isterinya dilaporkan sudah setahun tidak tinggal sebumbung. Perkara ini diperakui sendiri oleh Tauke dan menambah hubungan'nya dengan isteri sudah lama bergolak.

Berikut kenyataan Tauke:-

Selepas masuk Maharaja Lawak, orang semakin mengenali diri saya, dan kemungkinan untuk gambar ini tersebar sememangnya sangat besar. Tak dinafikan, impaknya juga besar kerana keluarga saya juga mengetahui perkara ini.

Hubungan saya dan isteri sememangnya sudah lama bergolak, malah sejak satu tahun yang lepas kami sudah tinggal berasingan.

Walaupun sudah setahun tidak tinggal bersama, namun Tauke memberitahu yang dia sedang berusaha mencari jalan terbaik untuk menyelamatkan rumah tangganya dan berbaik semula dengan isteri.

Namun sekarang saya sedang berusaha mencari jalan yang terbaik untuk hubungan kami ini, keluarga saya dan keluarganya akan berbincang, jika masih boleh diteruskan saya tidak keberatan untuk berbaik semula dengannya.

Semoga usaha Tauke untuk kembali berbaik dengan isteri akan berjaya.

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.