:: MYARTIS.COM :: |
MAHARAJA LAWAK - SIAPA LEBIH UNTUNG? Posted: 27 Jun 2011 02:16 PM PDT Umum memang sudah sedia maklum siapakah pemenang Maharaja Lawak baru-baru ini. Masing-masing dilihat tersenyum lebar membawa pulang hadiah kemenangan yang berjumlah ratusan ribu ringgit setelah berhempas-pulas bertarung dalam rancangan realiti itu. Namun persoalannya sekarang, siapa lebih untung? Kita tolak tepi Astro yang sudah pasti mengaut keuntungan berganda hasil undian penonton melalui SMS... yang diketengahkan sekarang ialah antara Sepah, Jozan dan Nabil! Ikhlasnya... meskipun juara, Sepah hanya mendapat lebih kurang RM116,666 seorang, manakala Naib juara Jozan pula hanya mendapat RM125,000 seorang. Apa yang segelintir daripada kita tidak terfikir, Nabil sebenarnya lebih beruntung apabila mendapat RM150,000 bersih meskipun hanya mendapat tempat ketiga. Dalam hal ini, gelaran juara kadangkala bukan satu kelebihan dalam sesebuah pertandingan yang memberi imbuhan besar. Malah kejuaraan juga sebenarnya bukan penentu kepada populariti yang berterusan jika kejayaan tersebut tidak dikekalkan dengan usaha keras dan idea yang mantap. Persoalannya sekarang, realiti apa pula selepas ini yang bakal disajikan oleh Astro untuk mengaut undian SMS? Mungkinkah Maharaja Akademi Fantasia? Sepah - Juara.... Jozan - Naib Juara Nabil - ketiga... (\__/) (='.'=) (")_(") www.myartis.com 2011 |
Posted: 27 Jun 2011 02:01 PM PDT Bumi mana tak ditimpa hujan... lautan mana yang tak bergelora? Meskipun rumahtangga pengacara Jimmy Shanley sedikit bergolak, namun itu semua tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang. Dan akhirnya pada 24 Jun lalu, Allah mengurniakan seorang bayi perempuan sebagai penghubung kepada kedua-dua pasangan tersebut bagi mengukuhkan lagi silaturahim. Bayi seberat 2.2 kilogram itu selamat dilahirkan oleh isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy secara pembedahan di Pusat Perubatan Putra (PMC), Sungai Buloh pada pukul 6 petang. "Setelah isteri saya selesai berpantang di rumah mak mertua saya, saya akan membawa anak kami tinggal bersama-sama saya dan membesarkan dia secara sederhana. Jadi, isteri saya perlu mengikut serta jika dia mahu tinggal bersama-sama anak. "Saya rasa, itu sahaja cara yang saya perlu lakukan untuk membawa isteri saya pulang kerana saya tidak akan menceraikan isteri saya seperti yang diinginkan olehnya," kata Jimmy dipetik sebagai berkata. Harapan kita, moga kelahiran bayi tersebut dapat memberi sinar baru buat mereka... bak kata pepatah, buang yang keruh... ambil yang jernih. Klik untuk imej besar... Saat Bahagia Jimmy dan Nursuhaila (\__/) (='.'=) (")_(") www.myartis.com 2011 |
You are subscribed to email updates from :: MYARTIS.COM :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |