Nabil Raja Lawak

Nabil Raja Lawak yang baru-baru menang tempat ke-3 Maharaja Lawak nak jual kasut?   Ya memang itu rancangan pelawak Nabil Ahmad, 28 untuk membuka perniagaan menjual kasut wanita dengan wang RM 150,000 yang di menangi pada pertandingan Maharaja Lawak.

Ini bukanlah sebahagian lawak Nabil, tapi katanya dah lama dia merancang nak buka perniagaan kasut ni. Nabil berkata wang yang di menanginya itu akan di gunakan sebagai modal untuk memulakan perniagaan.

"Saya dah lama ingin berniaga kasut wanita kerana kasut merupakan barangan wanita yang paling banyak dibeli dan mereka sentiasa mengikut trend masa kini.

"Kebetulan pula, saya dapat tempat ketiga dalam Maharaja lawak, wang tersebut saya gunakan sebagai modal," katanya.

Matkepoh doakan agar rezeki Nabil bertambah dan perniagaan yang bakal di buka itu berjaya, mungkin boleh tandingi kasut Jimmy Choo ke nanti? :) Pandai Nabil mencari rezeki di luar bidang seni.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , ,